Monday, November 10, 2008

Aku Bukan Untukmu - 11

“Kau dah gila ke Ijan? Sanggup kau terima tawaran tu? Lepas tu dia tak beri masa nak berfikir pula tu!” soal Asma sambil menggelengkan kepala tanda tidak setuju dengan tindakan Anizan.
Dia memang tak setuju, Anizan memang dah gila agaknya. Memang Anizan mata duitan, dengar je orang tu nak bagi lima ribu, dia tak payah tapis, terus terima.
“Lima ribu, As! Aku boleh tukar motor baru tau? Boleh bayar yuran kolej…” balas Anizan.
Bukan dia tidak mahu berfikir tentang tawaran Izham, tapi Izham yang tidak beri masa untuknya berfikir. Dia nak balik kampung pun, tiga hari lagi, kalau nak bagi dia berfikir alamatnya, lebur Ringgit Malaysia Lima Ribu.
“Kau ni kan, sebab duit, kau sanggup buat apa saja. Kau dah jadi mata duitan ye, Ijan. Ijan kau fikirlah, dia nak tipu mak bapak dia, nak tipu keluarga dia, lepas tu kau bersubahat sekali! Buatnya mak bapak dia terus nak kahwinkan kau dengan dia macam mana? Kau nak jadi isteri pada orang yang kau benci sangat tu? Tak tahulah kalau, kau sebenarnya memang ada hati dengan Bos kau tu,” sindir Asma.
Asma memang tidak puas hati, bukan dengki kerana Ijan mendapat ganjaran sebegitu. Sebagai seorang sahabat sudah tentu dia tidak mahu Anizan dipermainkan. Maklumlah, kawannya tu nampak je kuat, keras, kasar, tetapi disebalik kekasaran itu tersembunyi kelembutan hati dan perasaannya sebagai seorang perempuan. Semua itu tidak boleh dinafikan. Lagipun Anizan tidak pernah kenal dengan keluarga Izham
- Dibuatnya mak si Izham tu ala-ala mak dara ‘Ibu Mertuaku’ tak ke niaya si tomboy tu.
“As, janganlah marah aku. Ni ha kau tengok barang-barang ni, lepas je aku habis berlakon nanti. Aku bagi semuanya pada kau… cantik-cantik ni… sesuai untuk kau, As!” pujuknya.
Dia mengeluarkan aneka barangan yang dibelinya bersama Izham siang tadi. Macam-macam di belikannya, skirt, blouse, baju kurung, handbag, semuanya baru dan berjenama, kasut tumit tinggi pun ada. Anizan sendiri tidak dapat bayangkan bagaimana dia akan memakai pakaian sebegini yang tidak pernah dipakainya seumur hidupnya.
- Kalau baju kurung tu biasalah, ini beraneka benda, blouse yang buka-buka dada pun ada… alamak! Sanggup ke aku pakai semua ni?
“Wow! Handbag Gucci, Jan? Alat make-up branded. MAC, Lancome? Baju pun beli kat butik, kebaya nyonya splendour pun ada, banyak duit bos kau, belikan barang-barang ni. Biar benar bos kau ni, ye ke dia nak suruh kau menyamar ni? Entah-entah dia yang dah syok kat kau tak?” soal Asma sambil terbeliak, terkejut mentadak si Asma tengok barang-barang yang dibeli Izham. Mana tidaknya, dari hujung rambut sampai hujung kaki, semua berjenama terkenal.
“Dia tak tahu nak beli kat kedai biasa, yang dia tahu… kat mana girlfriend dia bawa, kat situlah yang dia tahu ada jual barangan perempuan. Aku pun mana pernah beli baju-baju macam ni. Setakat jeans dan T-shirt aku ni, kat bundle pun berlambak. Nasib dialah nak berhabis sebab aku,” beritahu Anizan.
- Eleh! Tadi kata aku ni mata duitan, dia tu tu lagi materialistic, tengok je barang branded dah macam tengok emas satu kawah. Siap terbeliak biji mata, entah hapa-hapa entah!
“Kalau macam ni Jan, dari malam ni kau kena practice jadi ‘perempuan’, kalau tak sure nanti kau fail!” cadang Asma, tangannya tidak henti membelek kesemua barangan itu.
- Bukan senang nak dapat barangan berjenama ni, semua barang ni mahu habis tiga-empat bulan gaji aku ni!
Malam itu Anizan didera habis-habisan oleh Asma, cara jalan, cara bercakap sampaikan cara merenung orang pun diajarnya.
“Kalau dah kau kena jadi kekasih Bos kau, jadi kau kena renung dia dalam kasih sayang, tak boleh kau renung dia macam sekarang ni tau… nanti bakal mak mertua kau tu syak pula!” ajar Asma.
Sampai renungan dan pandangan mata pun nak diambil kira? Parah macam ni, dah lah aku kalau boleh tak mahu merenung muka si Izham yang macam singa lapar tu, dua puluh empat jam buat muka nak telan orang! Pening kepala, kalau tak terima offer tu, bila lagi nak merasa duit sebanyak tu masuk poket? Kalau di terima pula, macam inilah ceritanya, buat aku pening kepala berfikir macammana nak berlakon watak berat ni. Yang si Izham ni tak ada calon lain ke? Takkanlah muka kacak macam dia tu tak ada pasang spare tyre? Pelik lah pula…

No comments: