Monday, November 10, 2008

Aku Bukan Untukmu - 8

Izham dan Hasrul sudah memasuki lobi Hotel Ancasa, menuju ke coffee house tempat pertemuan mereka dengan Haji Ghani. Kebetulan Haji Ghani ada seminar di hotel itu, kerana itu jugalah Izham memilih tempat ini sebagai lokasi pertemuan. Jadi tidak perlu klien penting mereka pergi ke tempat lain. Hati klien kena jaga sebaik mungkin.
Masuk sahaja ke ruang coffee house, Izham terpandangkan seseorang yang amat dikenalinya. Hatinya mulai terasa membahang bila dilihatnya orang yang disayanginya itu begitu mesra dirangkul oleh seorang lelaki berbangsa asing. Ingin sahaja dia bersemuka dengan gadis itu, tapi kerana kerjanya lebih penting dari melayan perempuan bongkak itu.
Paling dia panas hati bila Sofea yang sudah menyedari kehadirannya di situ, menjeling sambil tersenyum sinis padanya. Dia diamkan sahaja, ikutkan hati mahu sahaja dia menarik gadis itu keluar dari situ. Malas dia nak bergaduh apatah lagi depan Haji Ghani yang pada.
Hasrul yang berada disebelahnya juga mengetap bibir melihat Sofea dan lelaki mat saleh itu. Patutlah Izham monyok je sejak pagi tadi, rupanya buah hatinya diambil orang. Mana tidaknya kawannya itu bengang. Nampaknya terpaksalah Izham berkahwin dengan Amira, calon pilihan emaknya tu.
Sejak pulang dari hotel Ancasa, Izham lebih banyak berdiam. Hasrul tak mahu banyak bertanya tidak mahu menganggu emosi temannya itu. Dari riak wajah Izham, dia tahu hati sahabatnya itu terluka. Siapa yang akan ketawa kalau ternampak kekasih hati bersama dengan orang lain. Tapi berita tentang mereka dapat projek Maju Mahir Development adalah berita gembira. Haji Ghani yang berhati mulia itu telah setuju untuk memberika 200 ratus unit rumah yang mahukan urusan jualbeli dan sekaligus firma mereka telah menjadi peguam panel bagi Maju Mahir Development dan apa sahaja projek terbaru akan diumumkan kelak. Maju Mahir Development adalah syarikat bumiputera yang baru menjangkau usia sepuluh tahun sudah berdiri kukuh walaupun tidak seteguh MK Land mahupun SP Setia.
“Relaxlah Ham, janganlah frust sangat. Mungkin kawan je tu, tak pun saudara-mara sebelah maknya…” Hasrul mula bersuara bila dilihatnya Izham langsung tak mahu bercakap.
“Nak frust apahal pula? Aku tengah berfikir ni, nak cari clerk baru dengan seorang experience LA ke atau clerk yang ada experience dan tak payah appoint LA. Bukan apa factor kewangan kita kena ambil kira juga. Tapi kita perlukan staff yang mahir juga… apa pendapat kau?” Izham menyembunyikan perasaannya. Memang sejak tadi dia fikirkan tentang Sofea dan emaknya, tapi kerjanya lebih penting dari itu semua. Jadi dia harus utamakan kerjanya sebelum fikirkan tentang perkara lain.
“Aku rasa kita appoint seorang experience clerk, seorang chambering student, jimat kos. Kalau appoint experience LA dengan clerk, kurang-kurang lima ribu. Lagipun kita buat agreement, tak banyak benda lawyer kena buat, sign je. Kalau kita appoint experience clerk dengan chambering student, paling banyak pun tiga ribu. Then after nine months, kita tak payah bayar elaun chambering student lagi…” Izham terus setuju dengan Hasrul. Sahabatnya itu memang layak menjadi penasihatnya. Pandangannya selalu bernas dan yang penting jimatkan kos. Sekurang-kurangnya mindanya tidak terbeban dengan banyak perkara.

No comments: