Tuesday, March 3, 2009

Aku Bukan Untukmu - 41

“Fizah! Izham ada?” soalan kasar dari si gadis berkaki panjang membuatkan Fizah tergamam.
“Err… belum masuk Cik Sofea!” gugup Fizah menjawab. Tiba-tiba sahaja perempuan ini masuk dan menyergahnya. Kurang sopan.
“Dia pergi mana? I call tak jawab?” soalan itu bertubi menusuk telinga.
“Pergi Court, Jalan Duta. Dia tutup handphone lah tu, itu pasal tak jawab,” balas Fizah merenung wajah Sofea. Cantik betul perempuan itu. Sempurna.
“Err, kalau Cik Sofea nak tahu lebih lanjut, tanyalah setiausaha dia tu hah!” Fizah menundingkan ibu jarinya ke arah Anizan yang sedang menaip sesuatu.
“Setiausaha? Sejak bila dia ada secretary? I tak tahu pun,” Sofea memandang ke arah Anizan dengan wajah jengkel. Fizah mengjungkitkan bahu.
Sudah ada setiausaha pula. Tanpa pengetahuan aku pula tu. Izham ni memang nak kena. Dah lah entah apa rupa setiausahanya. Tak ada taste langsung.
Dia melangkah menuju meja Anizan yang terletak betul-betul di sebelah pintu masuk ke bilik Izham. Dia merapati meja itu. Kemudian mengetuk meja dengan hujung kukunya yang runcing. Tanpa merenung Anizan, dia terus membuka daun pintu bilik Izham. Mahu menunggu lelaki itu di situ.
“Err, Cik, Cik tak boleh masuk. Cik Izham tak ada. Cik ada buat appointment ke?” Anizan bersuara.
Bukan dia tidak kenal dengan perempuan si kaki panjang itu. Tetapi, dia tahu Izham pasti tidak selesa dengan kehadiran Sofea.
“Hey, you tak kenal siapa I okey. I ni bakal tunang dia no need to make any appointment, okey!” Sofea menghentak meja Anizan dengan telapak tangannya. Geram dengan setiausaha itu. Sudahlah tak kenal siapa aku, main tahan orang suka-suka hati.
“Maaf Cik Bakal Tunang Dia, saya cuma jalankan tugas. Saya cuma boleh benarkan Cik masuk kalau Cik ada appoinment. Itu pun cik kena tunggu di conference room,” tegas Anizan.
Mengada-ngada betul Cik Bakal Tunang Dia ni. Hari tu Izham kata dah putus. Ni macam dah sambung balik je. Ini yang aku rasa bagai tertipu je dengan lelaki tu. Atau pun si Cik Bakal Tunang Dia ni sebenarnya yang dah macam orang gila talak.
“Fizah! You try to explain siapa I ni pada perempuan tak sedar diri ni!” jerit Sofea. Dua tiga staf di situ tiba-tiba menoleh ke arah mereka. Fizah yang mendengar jeritan itu pun terkocoh-kocoh datang.
“Jan, cik Sofea ni bakal tunang Cik Izham. Jadi tak payah la nak lebih-lebih, benarkan aje dia masuk!” Fizah berpihak kepada Sofea.
Dia pun sudah lama mahu mengenakan Anizan. Sejak jadi setiausaha ni bukan main berlagak lagi Anizan. Sarapan dengan bos, lunch dengan bos. Kadang-kadang pergi kerja pun bos jemput. Macam merpati dua sejoli pula. Macam orang bercinta. Tapi tak mungkin Izham tu buta hati nak pilih perempuan tomboi ala-ala dah jadi perempuan Melayu terakhir ni. Tak padan langsung.
“Oh, ye ke? Bakal tunang ke, bakal isteri ke, tapi mana boleh nak masuk bilik orang sesuka hati. Fizah, tolong bawa Cik bakal tunang dia ni masuk bilik conference, nanti saya confirmkan dengan Cik Izham!” Anizan tidak perduli. Sakit hatinya bila Fizah berpihak pada Sofea.
Sofea mengetap bibir. Geram dengan Anizan. Tak sedar diri. Baru jadi secretary sudah perasan yang dia tu Bos. Semua kena ikut arahan dia.
“Hey budak, kau dengar sini ye, aku akan jadikan hari ini hari terakhir kau bekerja di sini! Aku akan pastikan, kau kena pecat hari ini, depan aku!”
Sofea memberi amaran keras sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik Izham. Dia tidak akan mengikut arahan perempuan setiausaha Izham yang menyakitkan hati itu. Tahulah apa yang dia mahu buat. Dia tahu, Izham akan menurut segala kemahuannya. Dia tahu Izham tidak akan teragak-agak mahu memecat Anizan.
Anizan buat muka biasa. Tiada menunjukkan reaksi takut atau marah. Dia Cuma senyum sinis pada gadis berkaki panjang itu. Menambahkan lagi sakit hati. Dia nampak wajah Fizah yang mengulum senyum semasa Sofea beri amaran padanya. Dia tahu tidak semudah itu Sofea dapat mempengaruhi Izham. Nampak sangat Sofea tidak kenal Izham seratus peratus. Selepas sahaja Sofea melangkah masuk ke bilik Izham. Fizah muncul di hadapannya.
“Kau jangan yakin sangat Izham tak pecat kau! Bapa Sofea tu, ada share banyak dalam syarikat ni,” sinis suara Fizah memberitahu.
“Ada aku kisah?” sinis juga Anizan membalas. Dia membeliakkan matanya kepada Fizah.
Fizah menarik muka, kemudian berlalu meninggalkan Anizan yang sudah mula duduk menghadap kerja-kerjanya.
Bukannya dia kisah sangat pada Sofea. Memang dia tidak ambil pusing. Tapi janji Izham selama ini yang dipegang. Bukan dia yang merampas Izham dari gadis kacukan itu. Bukan juga dia yang terhegeh-hegeh menagih cinta simpati dari lelaki itu. Tidak langsung dia menyintai lelaki itu jika Izham sendiri tidak bersungguh-sungguh mahu memilikinya. Jadi dia tidak perlu kisah dengan ugutan Sofea. Tidak perlu gentar dengan sinikal Fizah. Dia tahu, perasaan cinta itu datang dari Allah, dan Allah maha mengetahui bagaimana takdirnya. Dia menerimanya dengan redha.


“Hai? Sayang!” sapa Izham, dalam nada amat perlahan.
Dia yang baru sahaja pulang dari mahkamah terus bersidai di meja Anizan. Menatap wajah gadis itu menghilangkan penatnya sebentar tadi. Tanpa dia sedari yang seorang gadis jelita sedang menunggu di biliknya.
“Bakal tunang awak dah tunggu dalam bilik!”
“Sofea?”
“Oh, betullah itu bakal tunang awak?”
“Eh! Mana ada…”
“Kalau gitu macam mana tahu dia tu Sofea?”
“Err….”
“Sudahlah!”
Anizan terus bangun meninggalkan Izham terpinga-pinga. Lelaki itu menggaru kepala yang tidak gatal. Merajuk pula.
“Period kot!” ulasnya menyedapkan hati. Matanya sahaja yang mengiringi lenggang Anizan yang terus membawa diri ke pantry.
Dia kemudian membuka pintunya. Kelihatan Sofea yang sedang duduk menyilang kaki di sofa. Matanya menatap Cleo di tangan. Izham menghela nafas panjang kemudian berdehem. Patutlah si kecil molek aku tu jealous sangat. Rupanya perempuan ni datang dengan skirt terbelah kiri kanan. Blouse sampai nampak lurah dendam.
“Hi darling!” melintuk liuk leher Sofea memanggilnya ‘darling’. Kemudian gadis itu merangkul lengannya. Meletakkan kepalanya ke bahu Izham. Izham menolak perlahan kepala Sofea.
“Ini office, bukan tempat nak berasmara,” tegas Izham.
“Ooopss, sorry! Darling, I bengang betul dengan secretary you tu. Sejak bila you hire dia? Sedap-sedap rasa suruh I buat appointment pula dengan you!” adu Sofea, sebaik sahaja Izham meletakkan blazernya di kerusi. Izham merenung Sofea, kemudian menggeleng kepala. Patutlah, si comel aku mengamuk tadi. Mesti dah kena maki dengan perempuan ni.
“Memang patut you buat appointment. Ni you datang main redah je. Dia kerja untuk I okey! You should respect her!” Izham memberitahu.
“What? As a future wife, you want me to make an appointment?”
“Future wife? Bila pula kita ada hubungan? Sorry Sofea, you yang putuskan hubungan kita. Do you realize that?” suara Izham meninggi sedikit. Mahu perempuan itu sedar dengan pertuturannya.
“When? I tak pernah putuskan hubungan kita. You yang menggatal dengan Datin Hartini tu. Then, my friend nampak you jalan-jalan with girl lain and masuk shopping complex! You yang curang dengan I…” Sofea merenung tajam tepat ke anak mata Izham. Dia sedang mengawal marah. Kerana setiausaha pendek itu, Izham sanggup kata mereka tiada hubungan.
“And I think, the girl that you kepit hari tu sure secretary you yang bodoh tu kan?” Sofea menempelak.
Izham yang sejak tadi hanya berdiam terasa mahu bertindak luar biasa. Tapi akalnya dapat mengawal. Tidak mungkin dia mahu memukul seorang perempuan. Insan lemah. Tapi dia memang marah sangat dengan kata-kata Sofea. Cubit peha kiri peha kanan terasa. Itu yang dirasakan bila Sofea memaki Anizan.
“Then, you nak tuduh I curang? You sedar sikit selama ni siapa yang banyak tolong you? You yang merayu I suruh bagi modal untuk buka firm ni. You yang melutut pada I kata you cintakan I sepenuh hati. Lepas tu you tuduh I?” tempelak Sofea lagi. Langsung tidak memberi ruang untuk Izham mempertahankan diri.
Izham senyum sinis. Dia memang malas mahu bergaduh dengan anak perempuan Tan Sri Kamil. Bukan dia takut Tan Sri Kamil saman dia. Dia tahu Tan Sri Kamil tidak akan mengungkit apa saja yang telah diberi. Tan Sri Kamil juga tahu pendirian Izham. Dan hutang-piutangnya dengan Tan Sri Kamil sudah selesai sebulan dulu. Semua itu tanpa pengetahuan Sofea. Sofea yang masa itu sedang hanyut bersama Joshua. Segalanya tentang Sofea sudah dia maklum. Ayah Sofea sendiri membuka pekung anaknya.
“You memang sengaja nak cari fasal dengan I!” gumam Sofea.
“Dah? Puas dah membebel? Okey, sekarang you datang sini kenapa? You nak serang-serang I? You nak tuduh I pula curang? Come on Sofea, grow up! Jangan jadi budak-budak. Masa I tengah perlukan you, you berkepit dengan Joshua. Lepas tu you nak I pula yang sembah you?” Izham cuba mengawal suara. Sudah lama hatinya tidak mengelegak seperti ini. Sudah lama juga dia tidak marah-marah begini.
“Menyesal I datang tau! I nak berbaik dengan you, and macam ni you layan I. dasar jantan tak sedar diri! I tahulah apa I nak buat dengan perempuan tu. Kalau I tak dapat you, perempuan tu pun takkan dapat you!” Sofea menuding-nuding telunjuknya sekejap kepada Izham sekejap ea rah pintu. Dia benar-benar marah dengan kata-kata Izham.
“You nak buat apa?” soalan tidak cerdik itu keluar dari bibir Izham.
Dia mula cuak. Amaran Sofea untuk ‘nak buat apa-apa’ pada Anizan membuatkan mukanya terasa panas. Ini masalah dia dan Sofea, untuk apa dilibatkan Anizan. Gadis itu tidak bersalah.
“Tahulah apa I nak buat, kalau tak terseksa I kerjakan perempuan tu!” Sofea sudah bersiap untuk keluar. Izham meraup wajahnya. Dia tidak mahu Sofea mengapa-apakan Anizan. Saat Sofea keluar, Izham juga meluru ke pintu memanggil nama Sofea dan mengejarnya di hadapan Anizan. Menimbulkan rasa curiga di hati gadis itu.
Anizan yang menyaksikan drama Spektra itu hanya mengetap bibir. Ah, lelaki semua sama. Kata sudah putus. Tak mahu berhubung dengan gadis itu lagi. Bila si kaki panjang itu merajuk, tahu pula berkejar nak pergi pujuk. Anizan geleng kepala. Kesal dengan sikap Izham. Tapi dia tidak berang. Dia pasrah. Dia tahu dalam hatinya kini dia menyayangi lelaki itu. Tetapi dia juga harus bersedia menerima apa saja yang berlaku. Dia tahu bukan senang Izham mahu melepaskan Sofea. Terang-terang Sofea memiliki kesempurnaan di mata lelaki. Dan dia hanya seperti melukut di tepi gantang. Anizan sedar semua itu.

13 comments:

nana_yoong said...

la..da ijan da salah sangka ni..
xpe2..nant terbukti juga izham sayang die sorg..
adeh sweet je ayat c kecil molek aku..ekekekke

keSENGALan teserlah.. said...

isk2..
npe la sesi mengejar nieh dpn ijan lak..
dugaan sunggoh...

Sulela said...

That you realize that?” suara Izham meninggi sedikit. Mahu perempuan itu sedar dengan pertuturannya.

Ada yang tak kene dengan ayat BI tu, Dina...

LeaQistina said...

ah.. oleh kerana rasa risau yang menerjah apabila sofea mengugut untuk melakukan sesuatu terhadap anizan telah menyebabkan izham bertindak utk mengejar sofea dihadapan anizan dan menjemput prasangka di hati anizan. But, don't worry hati mereka adalah siling dimiliki.. keh.. keh.. keh..

lea xtau pe yg lea tulis.. boleh la ek kak dina..

dina said...

@Sulela- TQ lela, nanti aku betulkan

dina said...

@Lea - thanx Lea, bagus gak ayat tu... sis betul2 appreaciate kalau you all tegur tatabahasa sis... sebab, sis banyak kelemahan...

LeaQistina said...

ek? tu bkn teguran kak dina... tu kebiulan lea.. ops!! apa pun mmg best.. nk lagi kak dina.. :D

aqilah said...

akak no komen, yg pasti, teruskan. all the best!!!!!!!!!!!

dina said...

@lea- weh, sis suka ayat lea... sis suka lea buat gitu, kdg2 sis tak pandai nak pelbagaikan ayat

@aqilah- TQ kak, saya akan terus berusaha...caiyok!

my heart - wansir said...

makin layan la cite ni kak..teruskan usaha...sy suka anizan ngn izham..sweet couple...kasi next n3 cepat ye kak..

myheart said...

nak lagi lagi...
teruja nak baca ni...

ceritaku MEMORIKU said...

asal ade sesi kejar mengejar nie?
depan aniz lak tu.
xsuke2
smbung2
-na'dz

Miss Kira said...

hmmm.. ijan dah jeles..sya nak tnya..tjuk novel ni..ada kaitan ngan ijan dan izham ke..last2 sakli depa x bersama ke...just asking..hmmm..klau depa x bersama..x best la..