Monday, November 10, 2008

Aku Bukan Untukmu - 1

Alamak! Mampus! Aku dah lambat gila ni! Si Asma ni bukannya reti nak kejutkan aku, walhal itulah kerja dia tiap-tiap pagi. Buatnya bos aku yang garang tu tak pergi ke mahkamah hari ni lagi mampus, tak laratlah aku nak menadah telinga dengar ceramah perdana dari dia. Baru tiga bulan aku kerja, masuk hari ni dah tiga kali aku lambat.
Masa bulan pertama dia bekerja dia lewat gara-gara berjaga kerana menyiapkan kertas kerja untuk kelas luar kampusnya. Kali kedua pula, tayar motor pula pancit terpaksa dia menapak sambil menolak kapcainya dari tengah lebuhraya ke bengkel yang jaraknya sejauh dua kilometer. Tapi dia pergi juga ke pejabat dengan wajah selamba padahal jam sudah melebihi pukul sebelas, apalagi berkicau mulut Encik Izham, majikannya yang sentiasa berwajah garang seperti singa itu.
Encik Izham itu, nama sahaja lelaki tapi kalau dapat membebel mengalahkan perempuan. Hari ini lambat dia lagi, jam dah nak dekat pukul sembilan lima belas minit, sepatutnya dia kena masuk kerja jam sembilan. Punch card memang tidak ada tapi, bos lelaki itu, tahu sahaja siapa yang datang awal siapa yang datang lewat.
- Tambah kalau aku yang lambat, lagilah dia menyinga. Cakap pun tak pernah yang lembut, asyik nak menengking dua puluh lapan jam. Tapi dengan orang lain elok pula, dah nasib badan…
Tangannya pantas mengambil beg menuju ke pintu, kemudian mengenakan stoking sambil mulutnya tak habis-habis membebelkan teman serumahnya.
“Apasal kau tak kejutkan aku As? Kau kan tahu bos aku tu dah lah macam singa lapar, kang tak pasal-pasal aku kena telan…” bebelnya memecah sunyi pagi. Asma yang dipersalahkannya, memang selalunya Asma yang mengejutkannya dari tidur. Tapi hari ini Asma juga lewat bangun kerana bekerja shift petang.
“Sorry la Ijan, aku tak sengaja, biasanya aku sembahyang subuh, tapi hari ni aku ‘cuti’ dah tu aku kerja petang pula, makin sedaplah aku berkelubung…” balas sahabat baiknya itu. Dia menghulurkan secawan Milo suam kepada Anizan. Gadis itu menyambutnya lalu menghirup seteguk dua. Hendak bersarapan memang sudah tidak sempat lagi. Nasib baik ada kawan sebaik Asma ni, mahu juga membancuh Milo supaya dia sihat dan kuat.
Selepas sahaja Anizan mengenakan kasut, dia menghidupkan enjin motorsikalnya dan terus memecut laju. Asma yang merenungnya hanya menggelengkan kepala melihat gelagat teman serumahnya itu.
Anizan terus memecut membelah jalan. Dia harus segera samapi ke pejabat sebelum majikannya tiba. Bila sahaja dia sampai ke satu selekoh, tayar motornya kempis tiba-tiba.
Pancit lagilah tu! Nasib baik sekarang dia sudah cekap menukar tiub motornya. Nak harapkan hantar bengkel je, memang ranap poket. Mana tidaknya, sekali tukar tiub motor dah sepuluh ringgit kalau sebulan tiga empat kali berapa puluh ringgit dah terbang. Lebih baik dia beli tiga-empat tiub yang harganya tak sampai lima ringgit satu, kemudian kalau pancit, repair sendiri.
Sekurang-kurangnya keluarkan peluh, jimat pula tu. Ijan menongkat motorsikalnya di tepi jalan, kemudian dia membuka kotak barang di belakang seat motornya dan mengeluarkan segala peralatan termasuk pam dan tiub. Dia memulakan kerjanya, tapi sempat juga melihat jam di tangan. Kemudian meraba kocek seluar jeannya mencari-cari telefon bimbitnya.
Alamak! Telefon pula tertinggal, dekat pukul sepuluh dah ni, mati aku. Bala! Bala! Kalau si Izham ni call karang, buatnya si Asma jawab mahu aku makan maki hamun hari ni. Biarlah dulu, nak buat macammana, nak tertinggal. Yang motor ni satu hal, baru minggu lepas pancit hari ni pancit lagi, tak tahu ke aku dah lambat ni? Menyusahkan aje, aku campak dalam sungai kang, aku juga yang tak ada motor susah nak ke mana-mana.

1 comment:

zuezakry said...

hai kak dina. tq sbab sudi singgah blog sy ye. ni pun baru jumpa blog akak =)