Thursday, March 19, 2009

Aku Bukan Untukmu - 44

Izham tidak sangka langsung Anizan boleh bertindak begitu. Berani sungguh Anizan. Tapi keberanian Anizan merisaukan dia. Apa tidaknya. Kerana lebam di kaki dan lutut Sofea, gadis tinggi lampai itu mahu membuat repot polis dan memfailkan saman terhadap Anizan dengan tuduhan menyerangnya. Izham serba salah. Namun setakat ini dia berjaya memujuk Sofea supaya tidak membuat report. Walaupun gadis itu melenting memarahi dia pula. Izham buntu.
Sejak dia pulang dari klinik, dia langsung tidak nampak kelibat Anizan. Dia tahu Anizan rasa bersalah. Atau Anizan sebenarnya merajuk dengannya. Entah mengapa sejak minggu lepas hubungan mereka sangat dingin. Dia sendiri tiada rasa untuk bermesra seperti dulu. Tetapi bukan bermakna cintanya pada Anizan makin pudar. Tapi dia takut. Takut sekali Anizan menerima akibat yang buruk.
Izham mendail nombor-nombor telefon Anizan. Mahu memujuk gadis itu. Dia tahu, pasti Anizan memikirkan yang bukan-bukan tentangnya. Sumpah dia tidak pernah lupakan janjinya. Memang sepatutnya dia yang melindungi Anizan. Tapi yang berlaku sebaliknya. Dia terlaampau menjaga hati Sofea.
“Hello, sayang!” ucapnya saat telefon sudah berangkat.
“Iye Cik Izham, maaf, saya tak sihat. Nanti saya bagi surat MC,” suara Anizan amat perlahan. Mungkin menahan tangisan. Atau mungkin benar dia sakit. Tapi semasa kejadian tadi, Anizan memang nampak tidak sihat.
“Aniz, abang datang rumah ye! Aniz tunggu tau!” pujuk Izham.
“Tak perlu Cik Izham, saya dah pergi klinik. Saya perlukan rehat je. Maafkan saya!” ucap gadis itu lagi.
Talian terus termati di situ. Izham mula resah. Tidak sampai hati mendengar suara Anizan. Dia mahu tahu sangat bagaimana keadaan gadis itu sekarang. Saat dia bersiap itu, telefon bimbitnya berbunyi.
“Darling! Temankan I malam ni, kaki I masih sakit,” rengekan itu amat dikenalinya. Izham mengeluh.
“I tak bolehla Sofea, I ada appointment lain~” belum sempat dia menghabiskan ayatnya, suara Sofea bertukar garang.
“Hey, you nak I buat report pasal secretary you tu? I tahu la, dia girlfriend you. Takpe, kalau you tak datang dalam masa half an hour, I tak teragak-agak buat report dan sumbat secretary bodoh you dalam penjara!” ugut Sofea.
“I’ll try!” Izham menarik rambutnya.
Pening dengan sikap Sofea. Tidak habis-habis mengugut. Ditelan mati mak diluah mati bapak. Dia tidak sangka, pertemuan semula dengan Sofea membuatkan hidupnya bertambah kusut. Anizan pula yang terbabit sama. Kesian gadis itu. Sudahlah hidup sebatang kara. Ada teman lelaki pula tak mampu buat apa-apa. Betapa bodohnya dia.
“Ham, Anizan tak balik lagi?” Hasrul menjenguknya di bilik. Dari tadi Hasrul menunggu Anizan. Kejadian tadi juga diceritakan pada Hasrul.
“Dia kata, dia tak sihat, nak berehat!” Izham memberitahu alasan Anizan.
“Aku tahu, dia memang tak sihat pagi tadi. Masa aku sampai pejabat, aku tengok dia melepek je kat meja pantry!” Hasrul mula melabuhkan duduknya di sofa.
Izham mengerutkan dahi. Bagaimana dia boleh tidak sedar tentang kesihatan Anizan. Dia benar-benar dipagut rasa bersalah. Kesal kerana bertindak salah tadi. Sepatutnya dia perhatikan dulu kenapa Anizan berbuat begitu. Bila tiba pintu pejabat pagi tadi, dia dengar suara Sofea menjerit. Dia bergegas ke conference room. Saat dia membuka pintu dia nampak Anizan membentes kaki Sofea, dan Sofea tersembam di lantai. Spontan juga dia menengking Anizan. Dia memang pantang melihat kelakuan kasar apatah lagi dari seorang perempuan.
“Aku tak tahu pula dia tak sihat!”
“Tapi dahsyat juga minah tu ye, dalam tak sihat ada pula tenaga dia nak sepak si Sofea tu!” Hasrul ketawa kecil. Memang lucu bila mendengar cerita Izham tentang dua perempuan yang merebutnya itu.
“It’s not funny, okey!” tegas Izham. Spontan Hasrul menutup mulut. Dia tahu Izham sedang buntu. Mana nak fikirkan hal Sofea yang suka buat perkara yang bukan-bukan mana nak fikirkan pula hal Anizan.
“Eh! Kau nak ke mana tu?” tegur Hasrul bila melihat Izham sudah bersedia mahu keluar.
“Rumah Sofea, nanti tak fasal-fasal diseretnya Anizan pergi Court!” balas Izham.
Mendengar jawapan itu Hasrul menggeleng kepala. Kesal kerana Izham masih memikirkan tentang perempuan tidak guna itu.

*************

Anizan duduk bersila di katil. Tangannya memegang mug yang berisi air panas. Badannya menggigil kesejukan. Tadi rasa lega sedikit. Badan juga mula berpeluh. Sebaik saja berpeluh itu, dia terus mencapai tuala. Mandi. Selepas sahaja shower mengenakan kepalanya, tiba-tiba sahaja dia menggigil semula. Tidak berlengah, dia terus menbalut tubuhnya dengan tuala, memakai baju. Kemudian melompat ke katil dan berselimut dalam comforter. Asma pula kerja petang. Kalau dia tahu Anizan demam begini, sudah tentu dia pun sama cuti. Mulalah tak duduk diam. Kalau Asma ada, tentu dia yang memicit kepala Anizan. Tidak pun Asma sibuk mereneh sup ayam untuknya. Anizan senyum sendiri. Mengenang kawan baik seumur hidupnya itu. Dia kenal Asma beberapa bulan selepas keluar dari rumah kebajikan.
Anizan melihat jam di dinding. Tepat pukul enam petang. Dia kemudian senyum sinis. Memang dia langsung tidak mengharapkan lelaki itu datang. Dia sudah membulat tekad. Hatinya tidak akan kecewa lagi. Anizan pasrah. Ini pengajaran buatnya. Supaya jangan terlalu percayakan mulut manis lelaki. Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji lelaki. Betapa selama ini dia berhati-hati, namun dia masih terperangkap juga dengan kata-kata manis Izham. Dia berasa amat bodoh. Senang sangat mempercayai kata-kata Izham. Khilaf. Sejak Izham mengejar Sofea minggu lepas dia sudah tawar hati. Tambah pula Izham tidak menegurnya. Kalau tegur pun hanya bersifat ala kadar. Tidak langsung seperti dulu. Seperti yang dia harapkan selalu untuk bahagia.
Perlahan tangannya mengesat airmata yang sudah bergenang. Di teguknya air panas kosong yang sudah mulai hilang bahangnya. Suasana di luar masih cerah dan hangat. Namun hatinya bagai sejuk beku. Tanpa rasa. Hilang sudah rasa hangat dari perkataan cinta Izham. Yang tinggal kini hanya keluh kesah kerana terlalu mengharap. Benar hatinya selalu mengharap bahagia.
BUZZ! Dia bingkas menghadap PC yang terletak di kaki katil. YM tertera. Macam tahu-tahu pula yang dia tidak ke kelas hari ini. Anizan terus menekan kekunci yang tersedia.
hi! Dah balik rumah ke?
baru je balik, tak ada kelas ye hari ni?
tak, saya tak sihat!
Sebaik sahaja dia menekan enter, telefon bimbitnya berbunyi. Dia tahu Izlan yang menelefonnya. Tahu sangat. Entah mengapa dia perlukan teman untuk mengadu. Nak mengadu pada Asma, temannya itu hanya akan pulang leawt pukul 11. Mengadu pada Izham, hatinya tawar.
“Assalamualaikum!”
“Waalaikumussalam! Awak tak sihat? Kenapa? Dah pergi klinik? Dah makan ubat? Awak ok tak?” suara Izlan terus menerjah telinga.
“Satu-satulah Lan… saya tak reti nak bagi jawapan sekali gus!” Suara serak Anizan memecah hening petang.
“Okey!”
“Saya demam, dah pergi klinik, dah makan ubat!” beritahu Anizan.
“Izham bawakan ke klinik?” soalan itu membuatkan Anizan berfikir.
“Ya, takkan saya nak drive sendiri!” balasnya. Dia perlu menjaga maruah Izham. Tidak mungkin dia memburukkan lelaki yang dicintainya. Walaupun lelaki itu sama sekali sudah tidak memperdulikannya kini. Airmata mula bergenang.
“Lega saya dengar. Saya risau kalau awak drive sendiri… Saya tahu, Izham takkan sia-siakan awak!”
Lapang dada mendengar kata-kata Izlan. Walaupun pada hakikatnya lelaki itu tidak tahu apa yang terjadi pada hubungan mereka. Kalaulah Izlan tahu Izham buat hal, apalah tindakan Izlan. Anizan tidak mahu mereka adik beradik bergaduh hanya kerana dia. Cukuplah kekesalan yang dirasakannya sekarang.
“Lan, saya nak tidur. Saya makan ubat tadi, rasa mengantuk pula!” cekap Anizan memberi alasan. Tidak mahu bercakap lama-lama. Takut nanti mulutnya sendiri yang membongkar cerita.
“Ok, saya tak mahu ganggu awak, bakal kakak ipar! Sleep tight! Kunci jam untuk Maghrib ye! Assalamualaikum!” kata-kata Izlan begitu lembut di pendengaran.
Gelaran ‘bakal kakak ipar’ memang selalu digunakan Izlan. Mungkin untuk mengingatkan diri sendiri yang Anizan itu milik abangnya. Anizan senyum sendiri. Selepas memjawab salam, talian dimatikan. Dia mula berbaring menengadah siling. Peristiwa pagi tadi asyik berlegar di hadapan mata. Tengkingan kasar Izham juga asyik menerjah telinga. Dia terus tertidur dalam airmata.

13 comments:

iman said...

yeyeye.. first person... Izlan tu cukup baik lah... Hmm Izham jika tak tahu nak memilih jalan yang betul untuk melindungi baik lepaskan Anizan biar dia cari bahagia sendiri...

dina said...

@iman- kamu sangat rasional... hehehee...

Mimi Nurisya said...

ciannye anizan...
n geram kt sofea...ish ngada2 betul la...

anis said...

i think la
mesti anis ngan lan
btl x dina??
lan tu lbh take care
syg lan
hahaha

keSENGALan teserlah.. said...

ngeeeeeee...
cian kat ijan..
cian gak kat izham..
but menci sofeaaaaaaa...
isk2..
smbung2..

Hafia Hana said...

now i've change my mind..

better ijan ngN Lan dari Izham~

ijan deserve sumone that trust her without doublt..

Hafia Hana said...

i agree wif u laa kak iman@kak ngah~

nana_yoong said...

bagi sy
aniz budak baik..
izhan pun begitu...
yes...wlupun izham baik..namun ada sofea yg sering menjadi batu penghalang.. mungkin izham bukan untk aniz..
izhan?? yes..manataw kan

Sulela said...

Tahniah Dina. Ko telah berjaya buat aku bengang tahap gaban ngan Izham yang takde ciri2 lelaki sejati...

p/s: aku taip dalam emosi...

::cHeeSeCaKe:: said...

huhu..
geramnye ngn izham ni..
nk jge sgt ati sofea..ati awek sndiri lak yg terluka..kekeke..
(emo sgguh)
nk ijan ngn izlan la..best skit..
tp bese la sure la cite2 ni hero n heroin gadoh2 n selisih paham skit.. bru best..
sy xkisah ijan ngn sape pon..huhu

Sitie BUm BUm said...

sambung!!

Sitie BUm BUm said...

sambung?

ziraniza said...

adoii kalo sy la...nangis kuat2 ble izham tengking2 gtu hehe tp aniz kuat kn....
aku bukan untukmu...
ayat tu dr anizan untuk izham kut ehehehe
sambung2 agi kak dina.....