Thursday, April 9, 2009

Aku Bukan Untukmu - 45

Pagi itu seperti biasa dia datang ke pejabat. Kelihatan Fizah juga sudah tiba awal darinya. Anizan cuma menghadiahkan senyum kosong tanpa makna. Fizah juga endah tidak endah padanya. Dia tahu sangat yang Fizah memang cemburu padanya. Seperti biasa dia meneliti kerja-kerja yang tertunggak. Ada nota dari Hasrul di mejanya. Dia kemudian tersenyum melihat nota itu. Hasrul kadang-kadang agak melucukan. Namun Anizan amat menghormati rakan kongsi Izham itu.
Dia kemudian mengepilkan surat sakitnya bersama borang cuti. Kemudian meletakkan di atas meja Izham. Terpandang gambar lelaki itu. Segak dalam jubah dan scrollnya. Tidak dinafikan lelaki itu memang tampan. Tapi bukan kerana ketampanan itu membuatkan jiwanya bergolak. Dia sayangkan lelaki itu kerana kesungguhannya.
“Assalamualaikum!”
Suara yang selalu akan hadir menyapanya setiap pagi itu muncul semula. Ucapan salamnya amat mesra seperti tiada apa yang berlaku antara mereka. Anizan membalas salam dalam hati. Dia berlalu dari meja itu menuju pintu. Sebak hatinya tidak dapat ditahan bila mengenangkan perbuatan lelaki itu.
“Saya minta maaf!” ucap Izham sambil tangannya mencapai jemari Anizan.
Gadis itu menghela nafas. Dia tahu dia tidak sanggup menatap wajah Izham. Dia sebak. Dileraikan jemarinya dari sentuhan Izham. Berlalu membuka pintu.
“Saya dah letak surat MC atas meja tu, maaf Cik Izham saya banyak kerja!” tegas suara Anizan.
Izham menelan liur. Cuak hatinya mendengar ketegasan itu. Bagaikan tiada ruang kemaafannya. Izham terlopong seketika dengan perlakuan itu. Marah Anizan masih belum surut. Dia senyum nipis. Mungkin belum masanya dia perlu memujuk. Mungkin masa lain.
Anizan terus duduk di meja. Sebal terasa di dada. Sekarang dia senang saja berasa hati. Sensitive tidak menentu. Walhal Izham bukan kisah pun. Kalau dia kisah tidak mungkin dia melayan Sofea. Anizan hanya tempat persinggahan.
“Anizan, masuk bilik saya sekejap!” suara Izham di intercom begitu tegas. Anizan terus bangun, masuk semula ke bilik Izham.
“Ye cik Izham!”
“Sayang jangan le macam ni! Tengah hari ni kita lunch okey?” Izham terus sahaja berdiri di sebelah gadis itu. Anizan senyum. Kemudian menoleh kea rah Izham.
“Cik Izham, hari ini Cik Izham ada lunch appointment dengan Mr Tan,” beritahunya, dalam sinis.
Panggilannya untuk sang kekasih juga sudah berubah. Bukan dia mahu mengalah. Tapi dia sendiri sedar siapa dirinya di hadapan lelaki itu. Dia bukan siapa-siapa. Senang di cari dan senang saja dilepaskan. Jika ada tidak menokok kalau tiada pun tidak meluak.
“Okey, kalau gitu, dinner, saya ambil Aniz di rumah ye. Saya nak beri penjelasan pada Aniz!” Izham angkat kening.
Suara Anizan tadi sudah mengendur sedikit, mungkin marahnya berkurang. Mungkin gadis itu sengaja mahu mengujinya. Benar dia yang silap. Terlalu memikirkan satu pihak, sedangkan di hatinya tiada nama lain selain Anizan.
“Saya ada kelas malam ni,” ujarnya. Masih berat hati mahu mengikut kemahuan lelaki itu.
“Hujung minggu ni kita balik kampong nak? Mesti umi rindukan Aniz…” pancing Izham lagi.
Memang dia mahu menghabiskan masa dengan gadis itu. Perasaannya masih tidak berubah terhadap Anizan. Cuma kadangkala dia khilaf bila dia berhadapan dengan Sofea. Entah mengapa bila di depan Sofea dia terasa bebal. Tidak tahu memilih mana satu. Walaupun hatinya menolak keras untuk mendampingi Sofea semula.
“Saya tak mahu cari gaduh dengan orang Cik Izham. Kalau saya marah, saya bertukar jadi samseng,” sinis saja Anizan membalas.
“Siapa suruh awak cari gaduh? Saya nak ajak awak balik kampong je, bukan cari gaduh,” Izham cuba berlawak. Tapi tidak langsung membuatkan Anizan ketawa dengan sarkastik itu. Wajah gadis itu tetap seperti tadi, bersahaja.
“Cik Izham, hati saya bukan untuk dipermainkan!” ayat itu akhirnya keluar dari rekahan bibir bewarna merah jambu itu.
Izham terdiam. Dia tahu kesalahannya. Bukan niatnya mahu mempermainkan, tapi dia di dalam dilemma. Dia mahu sahaja menyebelahi Anizan, namun Sofea banyak membantu hidupnya. Dia terhutang budi. Itu yang membuatkan dia serba salah.
“Awak marah saya?” Izham merenung tepat ke anak mata gadis itu.
Lagi mahu tanya, aku marah ke tidak. Dah tentu lah aku marah bila hati sendiri dipermainkan oleh lelaki yang konon-konon menabur cinta sejati. Padahal semua tu helah dia sahaja. Entah-entah dia sengaja nak jadikan aku tempat persinggahan sementara cuba memujuk perempuan kaki panjang tu, gerutu Anizan dalam hati.
“Sudahlah Cik Izham, saya dah muak. Saya banyak kerja!” Anizan terus berlalu meninggalkan Izham sekali lagi dalam keadaan yang tidak puas hati.
Izham menggaru kening. Susah mahu memujuk hati Anizan, getusnya. Selalunya dengan Sofea, dia akan menghantar bunga. Tapi gadis ini keras hati, tak mungkin bunga boleh melembutkan hati Anizan. Izham semakin buntu. Dia mesti memujuk Anizan walau apa pun yang terjadi. Anizan haknya. Tidak mungkin dia melepaskan gadis itu pada orang lain.

“Hah, dah dapat ke jampi Bos? Ke kali ni jampi bomoh siam kau tu tak jalan…” sindir Fizah saat Anizan keluar dari bilik Izham.
Dia membawa beberapa helai kertas yang konon-kononnya untuk dipotostat. Padahal kemudiannya menempek di mesin potostat itu untuk bertekak dengan Anizan.
Anizan mengetap bibir. Nampak sangat tidak guna otak kerani si Izham itu. Kalau setakat mahu menjampi tak perlu masuk ke bilik dia. Dari luar pun boleh. Anizan merenung tepat ke anak mata Fizah.
“Yang kau sibuk nak tahu sangat kenapa? Kau nak try jampi aku ke? Mana tahu, kot nanti Izham tu syok kat kau pulak!” Anizan membalas sindiran itu, geram.
Boleh dikatakan satu bangunan pejabat ni sudah mula sindir-sindir dan jelling-jeling dia akibat fitnah Fizah. Bukan seorang dua yang perasan perubahannya, dan bukan seorang dua yang suka mendengar gossip Fizah masa waktu makan tengah hari. Namun semua itu ditelan bulat-bulat. Memang bukan salah sesiapa. Dia yang salah kerana cepat sangat mahu menilai cinta seorang lelaki. Walau pedih di fitnah namun rasanya lagi perit hatinya dipermainkan.
“Kalau aku muntah darah nanti aku tahu le sapa yang buat aku,” Fizah tidak mahu mengalah. Dia masih berdiri disebelah mesin potostat yang berada berdekatan meja Anizan. Gadis itu masih terus-terusan mahu menyakiti hatinya. Anizan hanya tersenyum sinis. Muntah darah.
Si Fizah ni ingat fikirannya begitu cetek sehingga sanggup buat perkara khurafat agaknya. Tengok kaki la. Bukan jenis orang main bomoh-bomoh. Kalau tak kerana si Izham tu merayu-rayu nakkan hati aku dulu, ingat aku teringin ke nak bagi hati aku ni dipersenda-sendakan. Tolong sikit. Cukuplah sekali!
“Siapa yang muntah darah ni?” terjengul Izham di muka pintu. Fizah yang sedang menunggu jawapan dari Anizan pantas berpura-pura menggunakan mesin itu. Mata Izham beralih pada Anizan yang baru melabuh duduk di kerusinya.
“Ni ha, si Fizah ni yang cakap, dia rasa nak muntah darah kalau nampak Cik Izham!” cekap Anizan melafaz kata. Dilihatnya wajah Fizah berkerut menahan marah sambil menjelingnya. Bukan sengaja Anizan nak mengadu tapi kadangkala kata-kata gadis itu menyakitkan membuatkan dia terasa mahu membalas dendam.
“Kenapa pulak sampai muntah darah? Tak kacak ke saya ni? Anizan, saya kacak ke tak?” gurau Izham, sekadar mahu menarik segaris senyuman di bibir Anizan.
“Kacak, kacak sangaaaat!” Anizan berpaling sambil mencebik bibir dan menjeling pada lelaki itu. Malas nak melayan lawak bodoh majikannya itu.
Izham melirikkan senyumnya. Kemudian sesaat itu mengenyit mata ke arah Anizan. Aduh! Kalau dia marah, bertambah cantik. Bertambah sayang bila dipandang. Tapi sayang rajuknya panjang. Susah benar nak leraikan rajuk di hati itu. Keras sangat hatinya.
“Kalau kacak, hari ini awak kena lunch dengan saya!” ajaknya.
Tidak diperdulikan Fizah yang mendengar. Biar keraninya itu tahu yang dia sukakan Anizan. Biar semua staff di pejabatnya tahu yang Anizan kekasih hatinya. Sudah beberapa kali dia mendengar cerita dari rakan lain tentang mereka. Cerita yang dibawa Fizah ke jiran-jiran yang lain. Bukan di kawasan perumahan atau di kampung-kampung saja ada tukang bawa mulut. Di pejabat-pejabat juga sudah ada yang pandai membawa mulut menceritakan hal peribadi orang.
Terlopong mulut Fizah mendengar pelawaan Izham pada Anizan. Depan-depan muka dia pula tu si Izham yang kacak itu menawarkan makan tengah hari. Fizah mengetap bibir. Cemburu. Bukan kerana Izham meminati Anizan. Cuma kerana kenapa Anizan yang dipilih. Bukan dia. Kalau Izham memilih Sofea, Fizah tidak kisah. Tapi Anizan yang tomboy itu pula yang jadi pilihan hati. Ini tak boleh jadi. Sofea mesti diberitahu hal ini.
“Maaflah Cik Izham, saya ada temujanji lain!” lirik mata Anizan memandang Fizah. Jangan perempuan itu fikir dia kebulur sangat nak keluar dengan Bos sendiri. Jangan dia ingat perempuan bernama Anizan ini terlalu murah untuk dipersendakan. Tidak sama sekali. Ego tiba-tiba menyelinap seluruh dada.
“Batalkan!” tegas Izham bersuara. Matanya merenung tepat ke anak mata Anizan. Tidak boleh dibiarkan. Makin dibiar makin melawan.
Anizan geleng kepala. Tidak tahu apa yang harus difikirkan mengenai lelaki itu. Dia tidak memberi jawapan. Biar saja ianya tergantung begitu. Yang penting tengah hari ini dia akan keluar. Mencari peluang di tempat lain. Dia mahu menjauhkan diri dari lelaki ini. Bukan Anizan tidak mahu dipujuk dirayu. Namun kekesalan membelit hatinya untuk tidak menerima rayuan Izham. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Masakan dia mahu terus menerima permainan Izham yang entah apa lagi selepas ini.
***************
Anizan berjalan menuju ke tempat letak kereta. Lega hatinya menghabiskan hari terakhir di kolej. Cuma keputusan peperiksaan masih belum diumumkan. Cuti semester bermula esok dan seterusnya dalam hidupnya. Hampir empat tahun di kolej ini banyak menghidupkan suasana suka duka dirinya. Dia memicit alarm proton Wira kesayangannya. Suasana malam di Petaling Street langsung tidak berubah seperti waktu siang. Sentiasa penuh dengan gelagat manusia dan jalanraya tidak pernah kering dari kenderaan. Selepas ini dia pasti merindukan suasana sibuk itu. Pasti dia rindukan hon-hon kenderaan yang bersimpang siur memberi laluan pada pejalan-pejalan kaki. Dia senyum sendiri.
“Anizan!” panggil satu suara. Dia menoleh ke arah suara itu. Fahril teman sekelasnya yang memanggil.
“Fahril, ada apa?” Anizan melemparkan senyuman pada lelaki itu. Jarang sekali Fahril memanggilnya. Apalagi mahu berbual dengannya. Malah dengan pelajar lain juga dia tidak bercakap.
“Boleh aku ajak kau minum?” gugup suaranya mengajak Anizan. Kening Anizan berkerut tapi kemudian tersenyum dan mengangguk setuju. Apasalahnya untuk minum dan berbual. Lagipun selepas ini mereka mungkin tidak bertemu lagi. Masing-masing akan membawa haluan sendiri. Kolej ATM hanya menjadi kenangan.
Fahril memilih kedai mamak di sebelah bawah Plaza Warisan. Keadaan di situ agak tenang walaupun masih tidak hilang dari kesibukan dan hiruk pikuk kenderaan. Setelah memesan minuman Anizan merenung Fahril yang sejak sampai tadi langsung tidak bercakap apa-apa.
“Kau nak ajak aku minum je ke? Tak payah cakap-cakap ye?” Anizan mengulum senyum.
Fahril menyeka peluhnya di dahi. Entah mengapa hari ini dia berani sedikit untuk bersuara memanggil gadis itu. Berani pula mengajak gadis itu keluar minum bersamanya. Kalau dari dulu dia mulakan mungkin dia tidak terlambat untuk menyatakan hasrat hati. Dia tidak kisah kalau Anizan sudah berpunya walaupun dia sering berdoa sebaliknya. Tapi dia harus berbual dengan gadis itu sebelum mereka berpisah.
“Erm, aku suka kau!” tepat dan cepat ayat itu keluar dari bibir Fahril. Anizan tergamam. Fahril suka dia? Suka macam mana?
“Aku pun suka kawan dengan kau!” Anizan cuba berdiplomasi. Dia tahu bukan itu yang dimaksud Fahril. Tapi dia tidak mahu lelaki itu menaruh apa-apa harapan padanya.
“Maksud aku, aku suka kau dari dulu. Dari kau macam jantan! Serious! Tapi aku takut nak tegur kau,” lirih suara Fahril meluah rasa.
Memang itu yang dimaksudkan. Dia menyukai Anizan sejak dulu. Semenjak gadis itu sering datang kolej dengan motor kapcai dan berjaket lusuh. Semenjak pertama kali gadis itu mengenalkan dirinya sebagai Ijan di ATM kolej itu. Sejak itu juga dia sering memerhatikan tingkah laku Anizan dari jauh.
“Kenapa kau takut?” soal Anizan. Bibirnya tersungging senyuman nipis. Dia nampak keresahan Fahril semasa berbicara.
“Aku takut kau reject aku!” balasnya perlahan. Seketika itu dia meneguk teh tarik yang sudah mulai sejuk. Sesejuk hatinya sekarang.
“Kalau nak berkawan takkan aku reject,” senyum Anizan tidak berubah. Walau dia tahu lelaki dihadapannya berpeluh kerersahan. Dia Cuma mahu pertemuan tanpa sengaja itu berakhir dengan ketenangan di hati Fahril.
“Kalau begitu, kau sudi jadi kawan aku?” Mata Fahril bercahaya menaruh harapan. Senyum manis mulai mekar di bibir merah lelaki itu. Dia bukan perokok, bisik hati Anizan.
“Selama ini pun, kau memang kawan aku!” selamba Anizan menutur bicara. Bagai tidak kisah akan perasaan Fahril pada dirinya, walau dia tahu niat lelaki itu untuk lebih dari seorang kawan. Jika tidak masakan boleh keluar peluh jantan betina di dahinya ketika mahu mengajak Anizan minum.
“Ini nombor telefon aku, nanti aku call kau boleh?” static caranya memohon. Terus terang.
“Aku ada nombor kau. Kau boleh saja call aku bila-bila… Fahril, aku kena balik. Lainkali kita berbual lagi,” Anizan meminta diri. Dia tidak boleh berlama-lama. Nanti risau pula Asma.
“Terima kasih sebab sudi jadi kawan aku!” ucap Fahril penuh makna. Senyuman yang terukir juga manis sekali. Tidak segugup tadi. Walau ada sedikit gementar pada suara itu.
Episod baru untuk Fahril sudah bermula. Hanya pandangan mata mengiringi perjalanan Anizan. Dadanya terasa lapang. Empat tahun menyimpan hati pada gadis itu membuatkan dia tercari-cari jalan untuk memulakan kata. Dia malu untuk meluahkan. Namun hatinya berdetak suka pada gadis itu hanya kerana suatu peristiwa.

12 comments:

ixoraus1 said...

salam.
makin best cerita akak..tak sabar nak bc n3 terbaru.

keSENGALan teserlah.. said...

akhirnye ader gak smbungan..
hihi..
waaahh..watak bru da mncul dlm diri ijan....
isk2..
kpd spe la ijan ucpkan aku bkn utkmu nnty ye..
antre izham,idham n firhan..huhu..
smbung cpat2 kak dina...

LeaQistina said...

salam kak dina..

Yeah! Puas hati Lea bila tgk anizan wat mcm tu kat izham.. ah.. biar pun hati lea juga turut berdenyut risau sama macam izham tp tetap terselit puas hati sebab berjaya wat mcm tu kat izham.. huhu.. padan muka dia.. wek!!

dina said...

@ixoraus1-time kasih sebab bc

@kesengalan terserlah- dik, Izham, Izlan dgn Fahril le... hehehee... takpe2 nanti akak sambung

@lea- emosi ye... lelaki cam Izham memang lyk dilyn begitu... baru dia tahu hati perempuan bkn brg permainan

yunix77 said...

k.dina...kita suka ayat ni "Jika ada tidak menokok kalau tiada pun tidak meluak". sayunyaaaa..

sokong Lea gak. padan muka Izham. Igt ko sorg jer lelaki di dunia fana ini? kasi ajar sama Izham. tap nak tau gak..diorg jadi lunch bersama ke tak hr tu?

daydeq_eeyza said...

salam kak dina..
ble nk upload smbungan cite..
xsba nk bce..
btw..
cian kt lan..
kalo ijan ngn die pn ok gak coz lan baek..xmcm ham..
pe2 pn ska gak tgok ham ngn ijan..
du2 sngal..
congrats kak dina...

::cHeeSeCaKe:: said...

ok gak die ngn si fahril ni..
nmpk baik je..dr si izham yg asek layan perasaan terhutang budi die kt sofea je..makin best cite ni..nk lg..!

aqilah said...

nak izham dgn izan jugak tau, dina, ye!!!!!!!!!!!

bubbleblast said...

ksian kat ijan
knape die yg kena jd mgsa keadaan..
tp agknya izham nak lindung ijan dr sofea..
sbb tu dia wat cm tuh...

papepon..
tak saba nk tggu smbungannya...
msukknla n3 baru tiap2 ari...
bru puas bca...plizzz...

dania atiqah said...

memberi semangat untuk melakarkan lebih jauh kisah "suratan menentukan segalanya"
akak,
jenguk2lah blog sy yg bru berjinak2 dgn dunia penulisan ni..
penadania.blogspot.com
hehehe..

nak ijan ngan izham...

Ejen Manuskrip said...

Jemput ke blog kami.

Ejen Manuskrip said...

Jemput ke blog kami.