Sunday, March 15, 2009

Aku Bukan Untukmu - 42

Izlan mengacau susu dalam tehnya. Urusannya di sini sudah selesai sejak pukul empat tadi. Tapi, hatinya bagai berat untuk pulang sebelum menemui seseorang. Dia kemudian menghirup teh susu yang berasap nipis. Dia melirik jam. Bila-bila masa sahaja orang yang mahu ditemuinya akan datang. Semalam semasa ber YM dengannya, Izlan yang dulu menyatakan hasrat mahu bertemu. Mereka berkawan rapat sejak beberapa bulan lalu. Segala luahan terhadap kenangan sudah lama dilampiaskan pada kawan rapatnya itu.
“Assalamualaikum!” sapa suara yang lama sungguh tidak didengarnya. Dia menoleh kemudian bibir terukir senyuman nipis.
“Waalaikumussalam!” balasnya sambil mempersilakan duduk.
“Lama dah tunggu?” soal si gadis. Dia menggeleng kecil. Walau berapa lama dia harus tunggu pun dia akan menanti. Walau seribu tahun. Takkan mungkin!
“Kelas mula pukul berapa?” soalnya sejurus gadis itu meletakkan fail di atas meja.
Hari ini dia cantik. Memakai blaus beropol di dada warna biji kundang dengan seluar putih. Rambutnya disikat rapi, dan tersepit penyepit rambut bunganya warna biji kundang juga. Manis sekali. Keanak-anakkan.
“Kelas batal. Tadi kawan call saya, kelas ganti hari Sabtu,” ujarnya.
“Awak sihat?” Izlan mengulum senyum. Sungguh kalau dibariskan dua belas orang Miss Universe, takkan sama gadis di hadapannya yang seorang ini.
“Sihat!”
“Izham buli awak lagi?”
Anizan ketawa mendengar soalan Izlan. Buli? Setiap hari dia memang dibuli abang Izlan. Hari ini bermula dengan kedatangan Sofea pagi tadi, moodnya langsung tidak baik. Tidak menegur. Tidak bercakap. Dalam keadaan itu Anizan terasa hati. Sampai hati Izham begitu. Sudahlah, lelaki itu mengejar Cik Bakal Tunang Dia tu sampai pukul 2 petang baru balik. Mungkin pergi makan tengah hari. Kemudian bila pulang saja ke pejabat Izham muram. Langsung tidak menegurnya. Langsung tidak memujuknya.
“Hello!” Anizan tersentak bila tangan Izlan mengibas depan matanya.
“Sorry! Mana ada dia buli. Saya yang buli dia,” jawabnya perlahan. Kemudian ketawa. Mahu menutup rawan di hati.
“Umi kirim salam dan kirim ini.”
Titipan Umi diletakkan di meja. Beberapa jenis kerepek yang dibuat dari buah sukun, pisang dan keledek berpeket-peket. Anizan tahu, wanita itu terlalu baik padanya.
“Umi tahu awak jumpa saya?” dahi Anizan berkerut. Sejurus itu juga Izlan mengangguk.
“Izham tahu awak datang?” soalnya lagi.
Kali ini Izlan menggeleng. Dia memang tidak memberitahu Izham tentang kedatangannya. Untuk apa dia beritahu. Tapi memang sangat tidak wajar. Dia datang ke sini untuk urusan kerja dan petangnya semata-mata untuk Anizan. Kalau Izham tahu, pasti dia tidak membenarkan Anizan bertemu Izlan. Anizan sudah mengaku dia sudah rasmi menjadi kekasih Izham. Gadis itu terlalu berterus terang hingga tidak langsung menjaga hatinya.
“Kenapa tak beritahu Izham?” soalan ketiga membuatkan Izlan menghela nafas perlahan.
“Kalau beritahu nanti kau orang berperang pulak!”
“Tapi kalau dia tahu kita jumpa sembunyi-sembunyi begini lagi perang besar!”
“Saya jumpa bakal kakak ipar takkan tak boleh?” dia ketawa.
“Masalahnya, bakal kakak ipar ni tak rasmi lagi,” Anizan juga ketawa. Entah mengapa sejak beberapa bulan dulu mereka sering berhubung. Bercerita, meluah rasa. Tapi ada sempadan. Mereka berkawan. Sahabat. Bukan bercinta dalam internet.
“Nanti saya beritahu dia!”
“Eh, dah jumpa ni, tak payahlah beritahu. Nanti dia syak bukan-bukan. Tadi saya nak beritahu dia tapi tak sempat, harini angin taufan Lanina dia datang,” Anizan ketawa lagi. Juga untuk menutup rawan di hati. Sakit hatinya dengan lelaki bernama Izham itu tidak berkurang sejak Izham mengejar Sofea.
Izlan mengangguk. Setuju sahaja dengan kata-kata Anizan. Entah sejak bila dia rindukan suara gadis itu. Tapi dia bukan berniat mahu merampas gadis itu dari abangnya. Sumpah dia tidak akan berbuat begitu. Dia hanya mahu berkawan. Selama ini pun selepas kematian Aisar, dia langsung tidak ada kawan perempuan. Hidupnya kosong yang amat.
Tapi sejak mengenali Anizan membuatkan masanya bagai terisi. Anizan banyak memberi kata-kata perangsang untuk dia yang selama ini hanya terus menerus mengenangkan Aisar.
“Hey, mengelamun sampai mana ni?” Anizan merenung tepat ke muka Izlan. Lelaki di hadapannya itu termenung jauh. Macam memikirkan masalah Negara yang serius. Jus tembikai yang di hadapannya disedut nikmat.
“Aniz, bila awak nak balik kampong jumpa Umi?” Izlan mengubah topic. Dia sedar tadi fikirannya terpesong jauh.
“Kalau saya balik seorang, mesti Izham tak benarkan. Nanti saya minta dia bawa saya. Saya pun rindukan Umi!” Anizan tunduk. Memang dia rindukan wanita itu. Sejak dua bulan lepas dia sudah menganggap wanita kesayangan Izham dan Izlan itu seperti ibunya. Kasih sayang wanita itu bagai meresap dalam hatinya.
“Nanti ajak Izham ye. Awak kat teringin nak tengok lautkan? Sampai sekarang awak betul jumpa laut kan?” kata-kata Izlan membuatkan Anizan tersenyum. Teringat bagaimana cemburunya Izham saat dia kata mahu melihat laut bersama Izlan. Langsung selepas itu mereka pulang. Petang itu juga Izham tiba di kampong. Mengotakan janjinya. Tapi lelaki itu tidak mengotakan janjinya untuk membawa dia melihat laut.
“nanti balik kirim salam pda Umi. Dan berikan ini untuk Umi,” balas Anizan. Kain sutera bewarna merah samar itu bertukar tangan. Memang sengaja dibeli untuk Umi. Tiada hadiah yang setara kasih sayang wanita itu.
Petang itu juga Izlan pulang semula ke kampong. Anizan menghantarnya dengan senyuman. Pertemuan mereka singkat tapi cukup untuk berbual tentang banyak perkara. Dia menyenangi lelaki itu sebagai sahabat. Dia tahu izlan tidak pernah menganggapnya lebih dari seorang kawan. Itu janji mereka. Dia menyayangi Izham. Walaupun kasih saying iu masih dalam proses tapi dia percaya pada cinta pandang pertama. Sejak mengenali Izham hari-harinya berbunga ceria. Tidak mungkin dia mengkhianati lelaki itu.

7 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

ngeeee..
akhirnye ade gak..
ske2..
tp xm0 lar ijan ngn izlan..
nk ngn izham gak..
heheeh..
smbung2 kak..

LeaQistina said...

btl.. btl.. btl..
biar badai datang melanda..
biar taufan datang menjelma..
namun untuk membiarkan anizan bersama izlan tidak sama sekali..

"Aku bukan untukmu, izlan. Hati ku ini hanya satu untuk abangmu, kekasih hatiku yang sangat aku cintai, izham."

wahaha.. lea dh wat dialog penyelamat bagi segala spekulasi yang sering timbul bila org baca tajuk citer ni.. wahhaa...

Kak dina, lea nak lagi.. nak ABU.. Nak abu.. huhu..

thanx kak dina..

keSENGALan teserlah.. said...

eekkeeekeke..
kak lea..
klaka sunggoh dialog mu itu..
mecuit hatiku ini..
tp btl,,btl,,btl..
sokong2..

.:me insan biasa:. said...

pendeknya...
nk dia dgn izham gak..
tp biar kasi izham cemburu sikit..
tp jgn sampai gaduh adik beradik..

::cHeeSeCaKe:: said...

bestnye..!
ade gak smbungannye..
sy xkisah,izham @ izlan..
(2 2 kan muke same je..ngeee)
jnji anizan bahagia..kekeke..
smbung lg kak..

aqilah said...

cinta tak blh ditukar ganti, hanya satu. setia pd yg satu. cayalah, anizan!!!!

puteri_mukhriz said...

heheh....jgn la...nti x psl gaduh dua beradik ni!