Thursday, March 19, 2009

Aku Bukan Untukmu - 43

Izham menekan pelipisnya. Mengenangkan kata-kata Sofea yang membuatkan hatinya walang. Dia sayangkan Anizan. Tapi Sofea menjadi penghalang cintanya. Dia tidak takut kalau Sofea mahu mengapa-apakan dirinya. Yang dia takut kalau Sofea mengganggu Anizan. Tahu sangat dengan sikap Sofea itu. Sombong. Kejam. Sofea boleh buat apa sahaja terhadap Anizan.
“Kau ni kenapa bro? ke hulur ke hilir pegang dahi… apa problem?” Hasrul yang sedari tadi melihat keadaan Izham mula bersuara. Mug di tangannya di letakkan ke meja kecil. Kemudian dia mengambil computer ribanya dan meneruskan kerja.
“Sofea!”
“Apahal pula dengan minah tu? Bukan kau orang dah break ke?” Hasrul masih menumpukan perhatiannya terhadap monitor computer ribanya.
“Dia ugut nak apa-apakan Anizan,” adu Izham perlahan.
Memang sejak siang tadi, perkara itu yang mengganggu fikirannya. Buntu otaknya memikirkan cara terbaik untuk dia menyelesaikan masalahnya dengan Sofea.
“Kau tak cakap, yang kau tak mahu kat dia lagi?” Hasrul menutup computer riba. Isu ugut-mengugut ini lebih menarik dari kerjanya. Dia tahu sangat perangai Izham. Susah mahu menyelesaikan masalah cinta.
“Aku dah cakap. Tapi dia tak mengaku ada hubungan dengan Joshua. Dia kata dia masih cinta kan aku… aku buntu le Rul!” Izham geleng kepala. Mug di atas meja kecil dicapainya. Air milo panas yang baru dibancuh Hasrul itu diteguknya berhati-hati.
“Kau dah cakap pada Anizan?”
“Cakap apa?”
“La, cakap apa yang Sofea cakap pada kau la!” Hasrul menepuk dahi.
“Gila kau takkan aku nak cakap pada dia? Lagi pun dia nak terima ke apa yang aku cakapkan?” Izham duduk menghadap televisyen.
Tiada rancangan menarik baginya. Setiap channel di tekan satu persatu. Namun tiada apa yang menarik perhatian. Otaknya asyik memikirkan bagaimana mahu menerangkan ada Sofea dan Anizan tentang perkara ini. Pada Sofea, harus diterangkan yang dia sudah tidak punya hati lagi. Cintanya sudah pudar. Pada Anizan pula, dia mahu gadis itu tahu betapa dia menyayanginya dan tidak mahu diapa-apakan oleh Sofea. Amat sukar.
“Kau rasa apa yang Sofea berani lakukan pada Anizan?”
Hasrul sudah mula serious. Ini memang perkara yang patut diberi perhatian. Sofea memang sukar di jangka. Gadis sombong itu boleh buat apa saja. Pernah terjadi pak Guard di kolej mereka di langgar Sofea dengan keretanya gara-gara pak Guard tu menahan gadis itu dari bertemu Izham di dalam kawasan kolej lelaki. Mana boleh pelajar perempuan masuk ke kolej pelajar lelaki sesuka hati. Sofea mana suka ikut undang-undang. Semua undang-undang kolej yang ada pun dilanggarnya. Kerana dia anak Tan Sri Kamil, maka apa sahaja dia boleh tukarkan dengan wangnya. Mujur pak Guard itu cuma jatuh dan luka di kakinya. Itu pun Tan Sri Kamil sendiri meminta maaf pada pak Guard itu.
Sejak itu ramai yang tidak mahu bermain api dengan Sofea. Izham apatah lagi. Jangan kata nak curang, nak berbual dengan gadis lain pun Izham tidak berani. Semasa Izham menyatakan hasratnya untuk melamar Anizan bulan lepas, dialah manusia yang paling terkejut. Dia juga tidak sangka Izham mengambil keputusan untuk memutuskan hubungannya dengan Sofea. Tidak takutkah Izham pada Sofea. Atau kerana cintanya pada Anizan membuatkan dia lupa pada kekejaman Sofea.
“Itu yang aku takutkan. Aku takut sangat kalau dia upah orang buat apa-apa pada Anizan!” Izham meraup muka.
Kenangannya bersama Sofea bagai menari di sudut mata. Sofea pernah mencurahkan air panas di tangan seorang gadis, rakan sekelas Izham. Gara-gara cemburu. Gadis itu sanggup membeli air panas dari makcik kantin hanya kerana mahu menyimbah ke tangan budak perempuan itu. Sejak itu juga, Izham tidak berani untuk membuat perbincangan dengan siapa-siapa. Tambahan perempuan. Tapi cintanya pada Anizan yang hadir secara tiba-tiba membuatkan dia terlupakan kekejaman Sofea. Izham juga tidak tahu bagaimana dia boleh terpikat pada gadis itu. Sedangkan dia bukan lelaki yang kaya raya.
“Kau kena beritahu Anizan juga. Nanti tak pasal-pasal Anizan kena langgar ke, kena simbah asid ke… kau bukan tak tahu perangai Sofea. Cemburu macam dia seorang je milik kau!” Hasrul menepuk bahu Izham.
Tahu sangat kekusutan yang melanda temannya itu. Izham sudah banyak bersabar dengan kerenah Sofea yang tidak menentu. Walaupun keluarga gadis itu amat baik hati. Tambahan Tan Sri Kamil yang memang suka kalau Izham jadi menantunya.
“Aku tak tahu macam mana nak cakap pada Anizan! Buntu la bro!” Izham tunduk. Tangannya di genggam. Fikirannya memang kusut. Terganggu dengan ugutan Sofea.
Perlukah dia menerima Sofea semula atau dia terus sahaja bersama Anizan tanpa memikirkan risiko.
Izham tahu Negara ni ada undang-undang. Tapi bagi orang seperti Sofea, dia tidak perdulikan undang-undang. Tapi takkan Sofea sanggup buat jenayah berat-berat. Takkan Sofea sampai sanggup mahu membunuh Anizan hanya kerana mahu hidup bersama Izham.

*******************

“Fizah, perempuan bodoh tu ada?” soal Sofea.
Fizah tergamam bila melihat gadis tinggi lampai itu tiba-tiba berada di hadapannya. Terus ibu jarinya menghala ke pantry. Sudah tahu sangat siapa yang dapat gelaran ‘perempuan bodoh’ itu.
“Dia di pantry Cik Sofea,” balasnya perlahan.
“Ye, Cik cari saya?” tiba-tiba Anizan keluar dari pintu pantry.
Dia dapat rasakan Sofea sedang mencarinya. Entah apa yang dimahukan.
“Aku nak cakap dengan kau sikit!” Dengan lenggok jalan kucing, Sofea mengepit tas tangannya menuju bilik conference. Anizan mengekori gadis itu. Tanpa syak wasangka.
“Ada apa Cik Sofea?” bilik conference di tutup. Sofea menyilangkan kakinya yang panjang. Terserlah pehanya yang putih.
“Dengar sini, aku tak mahu kau ada apa-apa hubungan dengan Izham. Aku dan Izham sudah merancang untuk bertunang hujung bulan ni. Aku tahu, kau pakai begini semata-mata nak menggoda Izham kan? Kau tak layak untuk Izham. Cermin muka kau tu dulu!” amaran dari Sofea membuatkan Anizan tersentak.
Namun dia tidak mahu menunjukkan riak wajahnya yang agak sebak mendengar kata-kata perempuan itu.
“Maaf Cik, saya tidak mahu kurang ajar. Tapi saya tidak pernah menggoda Izham. Hak Izham menentukan siapa yang bakal jadi pasangannya. Cinta saya pada dia bukan kerana apa-apa, saya ikhlas…” Anizan masih lagi mampu bertahan.
Walau suaranya terketar menahan sebak.Dalam hatinya dia memohon Tuhan memperkuatkan dirinya menghadapi segala kata-kata yang menyakitkan dari perempuan itu.
“Hey, pendek, kau sedar tak kau siapa? Kau tu dulu dispatch je tahu tak? Kau ingat kau dah bomoh-bomohkan Izham tu, kau boleh dapat dia? Dia milik aku, sedar diri sikit. Kalau aku tak dapat dia, kau juga takkan dapat dia!” telunjuk Sofea runcing menghala ke muka Anizan.
Anizan bungkam. Walau dia tidak kenal perempuan sombong itu, tapi dia tahu, ada suatu ancaman untuknya. Nampak sahaja perempuan itu seperti seorang yang berprofile tinggi. Tapi sikapnya sama seperti orang tidak ada tamadun.
Kalau diikutkan hati, mahu saja aku melempang perempuan tinggi itu. Sudahlah sesedap rasa dia menggelarkan aku pendek. Kemudian tunjuk-tunjuk jari telunjuknya yang panjang tu depan batang hidung aku. Dia ingat dia tinggi aku takut agaknya. Kalau tinggi je tapi budi bahasa pendek tahap pokok taugeh, baik simpan je.
“Walaupun aku ni pendek tapi, aku reti lagi nak bersopan dengan orang macam kau!” tempelak Anizan tiba-tiba. Dia sudah tidak boleh sabar lagi.
“Hey, berani kau tengking aku ye!” Sofea melenting.
Ditolaknya Anizan ke tepi meja. Nasib baik Anizan dapat mengawal dirinya dari jatuh. Tiba-tiba sahaja, Anizan menyelit hujung kakinya di antara tumit tinggi Sofea. Dengan selitan itu, dia menarik kaki Sofea, perempuan sombong itu tersembam mencium lantai.
“Kau ingat aku takut dengan kau?” sinis saja Anizan menyoal. Sofea sudah naik berang. Dia cuba bangun dari lantai. Kasut tumit tingginya patah.
“Anizan!” pekik satu suara.
Izham muncul di muka pintu. Tercengang melihat Sofea yang masih cuba untuk bangun. Anizan yang sudah berpeluk tubuh merenung Izham.
“Kenapa ni?” soal Izham lagi, sambil menolong Sofea bangun.
“Darling, she hurt me!” rengek Sofea.
Saat itu juga Izham mencerunkan matanya memandang Anizan. Anizan serba salah. Pasti Sofea akan mengadu yang bukan-bukan. Tapi dia tidak kisah. Biar apa pun yang Sofea burukkan dia tahu Izham tahu menilai sikapnya. Dia tahu Izham menyintainya. Dan Izham akan membelanya.
“Are you okey?” soal Izham, bila melihat lutut Sofea membiru. Pehanya juga lebam. Soalan Izham membuatkan Anizan bungkam.
“Apa yang awak buat? Awak ingat ini gelanggang gusti ke? Awak nak jadi gangster?” tempelak Izham.
Anizan menelan liur. Tidak sangka dia ditengking sebegitu rupa.di hadapan Sofea pula tu. Sebak dadanya tiba-tiba. Tidak sangka Izham akan memalukannya begitu. Tapi dia harus pertahankan diri.
“Saya~”
“Sudah, saya tak mahu dengar apa-apa. Fizah, batalkan semua appointment saya. Saya nak bawak Sofea ke klinik!” suara Izham, tegas. Fizah terus membuat kerja. Sofea mengerling Anizan dengan senyuman yang menyakitkan hati.
Anizan terdiam. Tiada alasan untuk dia pertahankan diri. Tiada ruang untuk dia kemukan ayat sebenar kepada Izham. Terasa pilu tiba-tiba. Sampai hati Izham. Sampai hati dia permainkan cintanya.

9 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

ngeeee..
apsal nie izham..
sengal tol..
mne 1 la yg ko nk..
bukan nk back up ijan..
si sofea nie pon 1..kasi back hand kang bru taw..
gerammm...
smbung2 kak dina...

Sulela said...

Huh! Lelaki...

dina said...

Huhuhu... ni salah Izham ke salah aku ni? hahahaa...

keSENGALan teserlah.. said...

kak dina..
even kak dina yg wat cite..
ttp slah izham gakk.
hehehe...

dina said...

hahahaaa...akak pun geram gak dgn Izham bila baca balik...

iman said...

izham nie protective apr.. cuma cara je salah.. well tapikal human being

dina said...

yup, iman, u got the point

Miss Kira said...

izham ni apa kes..
geram aku dibuatnya...
ygdisokongnya sofea tu uat pa..
lemah betul..
ala..
klau sofea ugut nak apa2kan ijan tu..
bgtau la kat ijan..
then..sma2 handlekan mslh ni..

mama nursaafia & zafwan said...

ish2...geramnya kat sofea tu....sian izan...