Monday, November 10, 2008

Aku Bukan Untukmu - 4

“Hey, bro! Apasal termenung ni, ada problem ke?” tanya Hasrul bila dilihatnya Izham masih lagi di sofa, sejak pulang dari pejabat.
“Mak aku suruh aku kahwin!” jawapan Izham membuatkan Hasrul ketawa besar.
“La, suruh kahwin dah termenung sana-sini? Kahwin je lah, Ham. Kau tu dah cukup syarat nak kahwin, apa yang kau nak tunggu lagi? Lagipun kau dah couple dengan Sofea dekat lima tahun Bro. Takkan masih tak kenal hati budinya…” Hasrul mencapai remote televisyen di atas meja, tangannya mula menukar channel. Malam ni ada rancangan kegemarannya, Fear Factor.
“Masalahnya sekarang, mak aku bagi tempoh sampai hujung bulan ni, kalau aku tak bawa calon aku, dia suruh aku kahwin dengan saudara dua pupu aku, Amira.”
Sekali lagi kata-kata Izham dibalas dengan derai tawa Hasrul, entah apa yang lucu sangat Izham sendiri tak faham.
“Apa yang susah hati sangat? Kau bawalah calon kau jumpa family kau. Kalau kau tak mahu bawa si Sofea tu, kau kahwin je dengan pilihan mak kau, habis cerita.”
Izham merenung Hasrul, bengang. Cakap senanglah, kalau kena batang hidung sendiri baru tahu. Lagipun si Hasrul ni dah bertunang, tunggu hari nak langsung je. Tunangnya si Asyikin tu pula, tak ada problem, tak kuat merajuk macam Sofea yang asal salah cakap sikit mula tarik muka empat belas dia tu, tapi apa nak buat hati dah sayang.
“Sofea tengah merajuk. Puas aku pujuk, dia tak mahu. Aku takut juga nak bawa dia balik kampung, Rul. Kau tahulah mak aku, buatnya dia buat ujian bukan-bukan pada si Sofea tu, nahas. Sofea tu bukan kau tak tahu, asyik nak kena ikut cakap dia je. Mahu berperang kalau berjumpa dua orang tu…” luah Izham, sekadar mengeluarkan kerisauannya yang tersirat.
“Parah juga problem kau ni, Ham. Hah! Aku ada idea, memandangkan masa kau dah suntuk ni, apakata kau cari sorang awek dan suruh dia berlakon jadi awek kau. Sementara tu kau pujuk juga Sofea, kalau dia masih tak makan pujukan, kau dah ada spare….” Hasrul memberi idea. Tapi buah fikiran kawannya itu macam tak masuk akal. Idea gila!
“Kau gila ke? Mana ada perempuan yang sanggup buat macam tu?”
“Kalau macam tu kau kahwin je dengan Amira tu. Lagipun pilihan orang tua-tua ni, selalunya tiptop, maklumlah orang tua lebih makan garam dari kita. Tahu mana baik mana buruk!” getus Hasrul.
Dah tak ada idea nak tolong Izham lagi. Bila dibagikan idea, katanya aku gila. Hah! Kahwin je lah dengan calon mak kau, habis cerita. Tak payah aku nak pening kepala.
Kahwin dengan Zamira? Bukan aku tak suka pada anak dara Pak Lang Ipin tu. tapi, budak tulah yang aku kelek masa kecik dulu, aku dah anggap dia macam adik sendiri. Zamira tu muda sangat lagi baru nak masuk dua puluh tahun. Itupun mana tahu, entah-entah dia dah ada boyfriend. Budak sekarang, pantang dah pandai menulis mulalah nak tulis surat cinta. Tengah sekolah lagi, boy friend dah tiga empat orang bukan boleh percaya sangat!
“Zamira tu macam adik aku sendiri, Rul. Takkan aku nak buat bini pula. Aku ingat aku pakai idea gila kau tu lah, lagipun calon untuk jadi pelakon dah ada…”
“Hah, macam tulah! Siapa calon tu?”
“Asyikin!” jawapan dari Izham membuatkan muka Saiful berkerut. Tak sangka Izham mahukan tunangnya untuk menyamar.
“Aku tak setuju. Buatnya mak kau dah berkenan, apahal pula dengan aku?” bantah Hasrul tidak setuju sama sekali.
“Aku pinjam je, lagipun itukan idea kau. Jadi sebagai penyumbang idea, kau kenalah berkorban. Aku bawa pun tak lama, Rul, seminggu je~”
“Seminggu? Banyak kau punya handsome, suka-suka nak bawa tunang orang, kau ingat ini cerita P. Ramlee ke? Takde-takde, aku tak benarkan. Kau cari orang lain. Syikin, aku punya. Tak boleh kongsi-kongsi! Aku sanggup putus kawan tau, kalau kau bawa dia!” Hasrul mengibas tangannya, tak setuju dengan pendapat Izham.
“Tahu mengelabah, tadi confident sangat bagi idea. Baru cakap je dah nak putus kawan.” Izham ketawa. Dia tahu Hasrul memang sayangkan sangat pada Asyikin, gadis kecil molek yang lemah lembut dan manja.
Hasrul terdiam. Ada ke tunang aku dia nak? Banyak cantik! Suka hati nak bawa tunang orang, kalau nak sangat pelakon, carilah orang lain. Ramai lagi orang lain yang boleh berlakon, Erra Fazira ke, Fazura Sharifudin ke, tak pun Aishwarya Rai… Susah-susah sangat, kalau diorang demand ambil je bebudak kat ofis tu…
“Ham, apa kata kau ajak Fizah je. Boleh tahan budak tu,” sekali lagi Hasrul memberi idea.
“Kau nak aku kena kerat dengan tunang dia? Carilah orang yang single, Rul lagipun dekat ofis kita tu, tak ada awek yang bercirikan calon yang aku nak…” tolak Izham.
Idea pun tak boleh pakai, ada ke si Fizah nak di calonkan tak masuk akal langsung. Lagipun, aku tak mahu balik je dari kampung nanti terus tak balik-balik dah. Mana taknya kena kerat dek tunang si Fizah. Tunang si Fizah tu, kalau tengok badan dia pun dah gerun, maklumlah pemain ragbi.
Di pejabatnya memang tak ada calon yang layak. Takkan nak bawa Zaharah, kawan tu dahlah tengah mengandung, tak pasal-pasal mak aku mengamuk sebab buntingkan anak orang, berjawablah pula. Lagipun, takkanlah laki dia nak bagi aku pinjam bini dia kot! Takkan pula aku nak bawa Kak Timah cleaner tu? Tak logic langsung.
Aku ni dah lah kawan perempuan tak berapa nak ada. Kalau ada pun yang baya-baya aku, semua dah beranak-pinak. Yang bujang, tulah, si Syikin tunang Hasrul, itupun Hasrul tak bagi! Nak tak nak, terpaksa aku pujuk juga si Sofea, by hook or by crook!

2 comments:

fadxiora said...

zamira atau amira??
rasaya ada kesalahan tu...

dina said...

betul fad, actualy aku nak buat amira tapi aku dah letak nama 2org perempuan dlm ni bermula huruf A gak, so aku nak tukar jadi zamira... nanti aku edit ye, maaf!