Monday, November 10, 2008

Aku Bukan Untukmu - 23

Walaupun hanya lakonan namun Anizan berasa tercabar dengan kata-kata Izham. Memang selama ini dia berminat untuk jadi seorang peguam. Malah dia mengambil langkah bekerja dengan lelaki itu juga kerana dia mahu belajar dari pekerjaan itu. Lagipun buku-buku di pejabat peguam muda itu boleh membantunya mendapatkan markah yang baik dalam peperiksaannya. Sebagai seorang yang professional, Izham tidak sepatutnya bercakap begitu. Berapa banyak peguam perempuan di Malaysia ini yang telah berjaya.
“Apasalahnya kalau Anis jadi peguam? Anis boleh bekerja dengan abang~” tanpa menunggu Anizan menghabiskan hujahnya, Izham pantas mencelah.
“Hah, tengoklah dia ni umi, belum jadi isteri sudah nak membantah cakap bakal suami!” adunya pada Hajah Saniyah.
“Ok! Ok! Umi tak mahu dengar kamu berdua bertengkar begini. Biarlah Anis nak ambil undang-undang, nanti dia boleh bekerja dengan Ham! Apa yang susah sangat! Lagipun perempuan sekarang lebih berani menghadapi cabaran dari lelaki. Kalau tidak, tak adalah perempuan Melayu yang menjejakkan kaki ke puncak Gunung Everest yang menakluk kutub utara. Izham jangan pandang rendah dengan perempuan!” sokong Hajah Saniyah.
Saat itu Izham tersenyum simpul. Dia tahu lakonannya dan Anizan berjaya memperdayakan ibunya. Dia mengenyit mata ke arah gadis yang masih melunjur kaki untuk diurut. Gadis itu hanya menghadiahkan senyuman serba salahnya namun kemudian menegakkan ibu jarinya kepada Izham.

No comments: