Monday, November 10, 2008

Aku Bukan Untukmu - 12

Hari yang amat menakutkannya sudah tiba. Semalam Hafizah dan Zaharah terkejut bila mendapat tahu cuti Anizan selama seminggu diluluskan Izham tanpa bertanyakan alasan, walaupun Anizan memohon cuti dua hari sebelum dia akan bercuti. Anizan tidak mahu buka mulut, Izham pula memberitahu stafnya yang dia ada urusan di luar daerah. Rasanya staf di pejabat tu tidak dapat mengagak kenapa Izham dan Anizan bercuti serentak, kerana mereka tahu siapalah Anizan di mata Izham.
“Apa yang awak melamun lagi tu? Cepatlah sikit, minyak tu dah penuh dah…” tegurnya tegas. Izham menurunkan cermin kereta, mengarah Anizan supaya segera mengisi petrol.
Anizan menarik muka, sudahlah nak minta pertolongannya, kemudian kena buli pulak lagi. Yang dia pun satu hal pergi beritahu pula dia punya lesen kereta, apalagi makin sedaplah si Izham tu membuli, siap di suruhnya Anizan memandu dari Kuala Lumpur ke Tapah, kemudian dia akan sambungkan hingga ke Malim Nawar.
“Bos, dari Tapah ke Malim Nawar tu jauh ke?” Dia beranikan diri bertanya, setelah masuk ke dalam perut kereta.
“Kenapa awak tanya? Awak tak pernah pergi Perak ke?” orang tanya dia, dia tanya orang balik!
“Tak pernah! Bukan apa Bos, tak adillah, kalau saya bawa jauh-jauh Bos bawa dekat je… mana aci!” ujarnya.
“Dari Tapah ke Malim Nawar tu ada le lebih kurang dari KL ke Tapah jugalah, awak ingat saya ni nak bohong awak ke?” jawapan itu membuatkan Anizan lega.
Nasib baik, Izham ni seorang lelaki yang adil kalau tidak. Kalau tidak apa takkan dia nak bantah cakap Bos sendiri?
“Dah sampai Tapah nanti awak kejutkan saya… sebelum tu awak singgah di hentian rehat Tapah, awak kena pakai pakaian yang saya beli. Saya tak mahu mak saya terperanjat tengok anak bujangnya bawa ‘jantan’ balik rumah!” arah Izham sambil menurunkan kerusinya, supaya dia lebih selesa untuk tidur.
- Eleh! Mengata aku, macam jantan konon, nantilah kalau kau tengok aku jadi perempuan, takut kau yang tergoda… siapa nak jawab?
Kelmarin teman serumahnya, Asma seakan terpegun bila tengok Anizan memakai blouse biru dan skirt labuh bewarna sedondon, dikenakan dengan aksesori yang dipinjamkan Asma kepadanya. Anizan sendiri tidak percaya semasa melihat dirinya dicermin, amat berlainan dengan Anizan yang selama ini berduniakan jeans dan T shirt yang sentiasa dipakaikan dengan jaket ataupun kemeja kotak-kotak yang tidak langsung menjadi tarikan kepada mana-mana lelaki yang memandangnya.

No comments: