Monday, November 10, 2008

Aku Bukan Untukmu - 25

“I dah bagi tahu you, banyak kali… I tak akan lama, B. I tak mahu you kecewa,” rintih Aisar petang itu, tatkala Izlan datang melawat. Pagi itu Aisar menerima rawatan kemoterapi. Barah yang bagaikan parasit telah menghuni di payudaranya sejak beberapa tahun lalu. Namun dia dapat mengesannya terlalu lewat, bila virus syaitan sudah di peringkat yang merbahayakan.
“Ajal maut Allah yang tentukan, siapa kita nak pertikaikannya!” tenang Izlan bersuara. Diusapnya rambut Aisar yang semakin membotak menampakkan kulit kepalanya. Memang dia tidak sanggup melihat keadaan Aisar, namun, dia perlu memberi semangat kepada kekasih hatinya itu supaya Aisar terus kuat melawan penyakitnya.
“B, you memang tahu… kalau dah kena semua ni I dah tak dapat lari dari maut! I kesiankan you. B, carilah orang lain B. I dah tak mampu nak melawan~”
“Syyy… you tak payah fikir lagi, selagi you ada, I tak akan berganjak dari hati you. Nanti you tak ada pandai-pandailah I. Tapi I tahu you akan hidup seribu tahun lagi untuk I. I love you, Honey! I really mean it!”
“B, kenapa you sanggup tunggu I? I kesiankan you~”
“Kita nikah!” sebaris kata-kata dari bibir Izlan membuatkan airmata Aisar berjuraian tidak tertahan lagi.
“Tapi B…”
“Tak ada tapi-tapi, kita nikah dan I boleh jaga you siang dan malam. I akan berada di sisi you, Honey! Percayalah!”
Dan selepas itu segalanya berjalan dengan lancar. Mereka disatukan dalam ijabqabul yang meriah dan direstui oleh kedua-dua belah pihak. Aisar menangis saat Izlan melafazkan nikah membuktikan suara cintanya selama ini. Dia benar-benar terharu bila lelaki itu menyintainya sepenuh hati walaupun tahu dia tidak mungkin dapat hidup lama.
“B, I benar-benar gembira hari ini… you lah suami I dunia akhirat, B… I love you so much!” saat itu bibir Aisar mengucup lembut pipi Izlan. Lantas suaminya itu membalasnya dalam senyuman ikhlas.
Izlan tidak pernah menyesal kerana berkahwin dengan Aisar, penghidap penyakit barah yang serius. Cintanya pada Aisar yang terbina sejak di universiti memang cinta abadi. Bukannya sekadar cinta monyet. Dia benar-benar menyayangi Aisar. Malah dia sanggup melakukan apa sahaja untuk gadis itu. Kerana cinta yang sangat dalam itu juga dia tidak dapat melupakan isterinya hingga sekarang. Dua tahun Aisar meninggalkannya, namun masih dia terbau wangi rambut isterinya, masih dia teringat-ingat saat-saat dia menjaga Aisar ketika wanita yang dikasihinya itu menderita. Masih lagi dia terkenang-kenang kata-kata manis dari bibir yang sering dikucupnya. Segalanya tentang Aisar begitu segar dalam ingatan, begitu indah untuk dikenangkan walaupun dua tahun telah berlalu.

1 comment:

Anonymous said...

bersambung la pulak...huhu..best citer ni..cinta yang abadi..bila nk sambung balik ni