Monday, November 10, 2008

Aku Bukan Untukmu - 6

Jambangan mawar itu dibawanya ke alamat yang diberi Izham. Jambangan mawar merah dan putih itu begitu indah. Kalaulah dia yang diberi bunga itu, pasti dia tak menolak. Kecil tapak tangan, Stadium Bukit Jalil dia tadahkan… Berangan lagi, takkanlah ada balak yang nak bagi jambangan bunga pada aku. Kalau ada pun balak buta la. Kalau balak handsome macam Izham tu, tak denya dia nak jadikan aku awek, jadi kuli bolehlah!
Anizan menyanyi kecil memasuki ruang pejabat di Wisma Kamil. Matanya tertumpu pada Sofea yang baru sahaja keluar dari biliknya. Tengok Sofea macam tengok Miss Universe, cantik sangat, almaklumlah mix blood, ibunya Puan Sri Camelia, berketurunan campuran Cina dan Irish. Jadi muka si Sofea ni lebih kepada wajah emaknya yang memang jelita. Patutlah Izham tidak mahu cari lain. Maklumlah, dapat awek mengalahkan model, mukanya pun ala-ala model terkenal tu, Ariana Teoh. Siapalah Anizan bila berdepan dengan ‘Miss Universe’ ni.
“Selamat pagi, Cik Sofea, ada kiriman dari Cik Izham!” Ijan pantas memintas Sofea dan dengan sopan dia menghulurkan jambangan bunga itu.
“Rose? He really didn’t know my taste…” cebikan Sofea membuatkan Anizan sedikit meluat. Orang dah bagi tu kira baiklah dari tak bagi langsung, banyak songel juga pompuan ni.
“Hey! Tell your boss that he can keep it to himself or give to another stupid girl!” bentak Sofea. Terperanjat Anizan dibuatnya. Tak sangka, gadis secantik itu mempunyai budi bahasa yang amat memalukan.
“Maaf, Cik Sofea. Tolong ambil bunga ni, ini amanah Cik Izham. Kalau Cik Sofea tak mahu, Cik boleh buang atau beri pada orang lain, saya hanya jalankan tugas!” Anizan tak mahu meninggalkan tempat itu selagi jambangan bunga masih di tangannya. Dia tahu pasti nanti Izham akan kecewa.
“Oh! You tak faham English rupanya… saya cakap, awak boleh bagi balik bunga ni pada bos awak dan suruh bos awak simpan atau bagi pada mana-mana perempuan yang bodoh macam awak!” tengking Sofea.
Tak guna! Aku pula yang dikatakannya bodoh! Sial punya perempuan. Sabar Anizan, sabar… inikan pejabat orang, diamkan aje. Jangan melawan, nanti kau yang sakit!
“I’m sorry Miss, you can sign here. I’m just doing my work, so if you have any problem, you can call my bos. You must take this bouquet and thank you for your rudeness!” bidas Anizan dengan nada geram, tercengang gadis campur di hadapannya. Receptionist dan beberapa staff di situ tersenyum-senyum melihat dia membidas kata-kata Sofea.
Mesti diaorang ni hari-hari makan maki hamun perempuan ni. Padan muka dia dapat balik dengan kata-kata dia. Dia ingat dia bagus sangat? Harap muka je cune, tapi perangai macam perempuan sial. Apalah malangnya Izham dapat girlfriend macam tu.
“Get out!” teriak Sofea sambil telunjuknya di halakan ke arah pintu. Tangannya menghempas mawar merah dan putih ke lantai. Bunga-bunga itu terlerai dan bertaburan. Dia masih mahu menampak keegoaannya pada semua yang berada di situ.
Anizan tersenyum sinis sambil bersiul kecil, sengaja mahu menyakitkan lagi hati gadis itu. Ternyata gadis itu terbakar dengan perlakuan Anizan. Sebelum minah saleh celup tu menerkamnya lebih baik dia keluar dari ruang pejabat itu.
“Hei! Bodoh, apa yang kau senyum-senyum?! Kemas tempat ni, cepat!” tengking Sofea pada pekerja yang ada di situ.

Hatinya panas membara dengan kelakuan budak tomboy, pekerja Izham. Baru jadi dispatch dah besar kepala. Bos dengan pekerja sama je bodohnya. Dahlah suka menyakiti hati aku, kemudian hantar pekerjanya yang kurang ajar tu. bertambahlah sakit hati aku ni…. Bukannya Izham tak tahu, rose bukan bunga kegemarannya, bunga yang disukainya hanya lili dan tulip, takkan itu pun tak boleh nak ingat?
Memang Izham dari dulu tak pernah ambil pusing dengan apa yang dia suka dan apa yang tidak. Sejak dia bercinta dengan Izham, lelaki itu bagaikan pentingkan diri sendiri dan cuba mengubah dirinya mana tidaknya, bila diajak makan tengahhari, Izham pasti akan membawa ke restoran yang menyediakan masakan Melayu yang padanya langsung tidak menyelerakan. Tekaknya langsung tidak dapat menerima makanan itu, itu belum masuk lagi makanan yang berbau busuk, dia sendiri hairan bagaimana Izham boleh menelan budu ataupun tempoyak yang baunya amat meloyakan. Melihat sahaja masakan orang Melayu dia sudah nak pitam, bayangkan masak lemak, sambal tumis malah kesemua masakannya punyai kolesterol yang tinggi. Dia tidak betah dengan semua itu, biasanya dia akan makan makanan yang punyai kalori yang rendah dan menyihatkan.
Pernah suatu waktu dahulu Izham membawanya ke sebuah kampung menghadiri majlis perkahwinan seorang rakannya. Melihat sahaja jalannya yang berlopak ianya bagaikan satu malapetaka baginya. Masakan dia mahu mengotorkan kasutnya yang rasanya lebih mahal dari cincin perkahwinan kawan Izham itu, sudahnya dia dimarahi Izham sampai dia menangis.
Sofea akui, memang dia teramat menyintai lelaki itu sejak lima tahun dulu, tetapi Izham bagai tidak ambil peduli tentangnya, Izham langsung tidak romantik. Sepanjang lima tahun perhubungan mereka, Izham tidak pernah menjadi orang pertama yang mengucapkan hari lahir untuknya. Malah, Izham hanya akan menyambut hari lahirnya setelah beberapa hari dari tarikh penting itu, dan alasannya cuma satu, sibuk!
Justeru dia sengaja memulakan pentengkaran dengan Izham bukan kerana dia cemburukan Datin Hartini, tapi dia marah bila Izham langsung tidak ingat tentang tarikh pertemuan mereka yang pertama, walhal dia sudah pun menempah meja di hotel untuk makan malam yang romantik.
Sudahlah Valentine Day pun dia tidak mahu sambut, tarikh-tarikh penting pun dia tidak mahu ambil peduli. Sedangkan itulah masanya untuk menghangatkan cinta mereka. Sofea sudah jemu untuk menunggu panggilan cinta setiap kali tarikh istimewanya datang. Malah dia juga sudah jemu untuk melayani Izham yang langsung tidak tahu mengambil hatinya. Padanya segala perasaannya bersama Izham perlu berakhir. Lagipun dia sudah beberapa hari mengenali teman baru yang jauh lebih romantik dari Izham.
Andai Izham sudah tidak mahukannya dia sudah tidak perduli lagi. Joshua, lelaki Inggeris yang dikenalinya semasa berhibur di Modestos. Ternyata Joshua seorang yang ramah dan mampu melayaninya bagai seorang puteri.
Padan muka kau Izham! Lepas ni kau rasalah, aku akan patah-patahkan hati kau… Lagipun apa kelass ada boyfriend Melayu macam kau… dahlah tak romantik, dua puluh empat jam nak sakitkan hati aku!

4 comments:

fadxiora said...

byk songeh tul sofea ni...

dina said...

emosi la fad ni

norul'ainmatsom said...

geram nga sofea tu,,,,sombong!!!!!

LeaQistina said...

wahaha.. ain pun emosi.. huhu..