Monday, November 17, 2008

YANG KALUT DIFIKIRAN - BAB 17

BAB TUJUH BELAS

Semua kerani dan beberapa peguam sudah meninggalkan ruang pejabat, menuju rumah masing-masing. Mazwin tidak berganjak dari kerusinya, pada emak sudah dimaklumkan tentang kelewatannya, dia tidak mahu emaknya risau. Dia menghadap semula ke dada monitor, menyiapkan hujahan bertulis dan perlu mencari beberapa kes untuk rujukan. Kes ini sebenarnya tidak merumitkan sangat, cuma kes kemalangan jalan raya, di mana dia berada di pihak plaintif.

Walaupun dia masih punya banyak masa kerana tarikh keputusan mahkamah ada beberapa minggu lagi, tapi dia tidak suka dengan kerja bertangguh. Lagipun jadualnya dalam beberapa minggu agak ketat, boleh dikatakan setiap hari dia kena ke mahkamah untuk perbicaraan paling tidakpun untuk mengambil tarikh sebutan yang baru. Mazwin langsung tidak perduli dengan kesibukan dirinya sekarang, sememangnya menjadi seorang peguam adalah cita-citanya semenjak kecil.

Dan sekarang ianya telahpun terlaksana, dia puas dengan hidupnya sekarang, dia sudah bisa lari dari kesempitan hidup yang sentiasa membelenggu keluarganya, walaupun terpaksa berusaha selama sepuluh tahun untuk mendapatkan kejayaannya sekarang. Tidak seperti orang lain yang hanya menunggu lima hingga enam tahun untuk mencapai cita-cita mereka.

Mazwin berasa puas kerana dapat membalas jasa emak yang bersusah payah melahirkan dan menanggung mereka sekaligus menolong meringankan bebanan emak.

“Mazwin, tak balik lagi? Esok ada kes ke?” tegur Afendi, seniornya yang juga salah seorang rakan kongsi di firma ini.

Menurut staf di sini Afendi sudah lima tahun menduda dan dia membesarkan anaknya seramai dua orang selepas kematian isterinya lima tahun lalu, Mazwin tidak pernah bertanya tentang kebenaran kisah Afendi, baginya itu bukan urusannya.

“Ada, di Majistret Court, Cik Afendi tak balik lagi ke? Saya nak prepare submission,” balasnya, sopan.

Dia biasa membahasakan seniornya dengan panggilan, Encik atau Cik, baginya ia lebih sopan dari hanya memanggil nama mereka seperti kebanyakan staf di situ. Duda muda yang berusia awal tiga puluhan itu tersenyum dan terus mengangkat briefcasenya.

“Nak balik dah ni. Kalau lambat nanti kesian pula kat anak-anak saya. Lagipun Khairul still in his room, biasanya dia akan kunci office after ten, okey Maz, I balik dulu! Bye! Good night!” ucapnya sebelum berlalu, dia menghadiahkan senyuman manis.

Ada juga staf di sini yang menaruh hati pada duda muda ini. Orangnya pun agak kacak, berkumis nipis dan berkaca mata.

“Okey! Good night!” balasnya sambil jari-jemarinya masih lagi menaip key board.

Tangannya terhenti menaip bila telefon bimbitnya berlagu, tiba-tiba. Di skrin telefon tertera nama Syahirwan.

“Hah! Apahal Wan?” soalnya.

“Hie, garangnya kau jawab call aku. Kot nak kata, hello darling ke? Hello sayang ke? Ini terus tanya apahal? Tak romantik la kau ni…” jawab Syahirwan, nada merajuk.

“Okey, okey! Kau nak apa, Syahirwan?” suaranya sengaja dilembutkan.

“Macam tulah, Darling, malam ni you free tak? I nak ajak you keluar, kita pergi Bistro, lama tak lepak situ…” panggilan ‘manja’ dari Syahirwan agak memualkan Mazwin.

“Please la, Wan, don’t call me like that. Aku kena habiskan kerja sikit je lagi, kau tunggu aku kat sana je lah… after one hour, I’ll be there!” balas Mazwin, Syahirwan cuma menjawab okey dan kemudian mematikan talian.

Merajuklah tu bila kena tegur macam tu, bukannya apa dia memang tak gemar di panggil begitu, namanya sudah cukup cantik untuk dipanggil. Lagipun mereka belum punya apa-apa hubungan istimewa, just a friend, takkan sesama kawan nak panggil darling, sayang… noncense! Daripada pengamatannya, Syahirwan memang seorang yang agak manja dan tidak suka ditegur bila dia melakukan kesalahan. Justeru itu Mazwin perlu memahaminya secara mendalam sebelum membuat keputusan untuk hidup bersama lelaki itu.

Selesai sahaja kerja tadi dia terus keluar dan menuju ke Bistro yang pernah menjadi tempat dia mencari rezeki. Sejak dia berhenti bekerja di situ, dia langsung tidak pernah menjejakkan kakinya ke sana lagi, mujurlah malam masih awal dan petak-petak tempat letak kereta masih banyak yang kosong. Dia keluar dari kereta, terpandang Syahirwan yang sedang melambainya.

Lelaki kacak itu cuma memakai jeans dan berkemeja tanpa lengan, gayanya amat ringkas tetapi tetap dapat menarik perhatian gadis yang memandangnya. Terus dia menuju ke meja Syahirwan. Meja yang terletak di tempat yang agak terbuka.

“Kau kata kau nak berhenti minum?” soal Mazwin bila dilihatnya Syahirwan masih meneguk air berbusa bewarna kekuningan seperti minyak jagung.

“Beer je, bukannya liquor lagipun kau belum bagi jawapan yang pasti untuk aku buat keputusan jadi boy friend kau…” jawapan lelaki itu membuatkan gadis itu mengeluh.
Alasan itu langsung tidak boleh dipakai, tapi dia tahu dia tidak berhak mempertikaikan kehendak Syahirwan, samada dia peminum atau tidak, itu hak dia, tapi dia juga berhak menentukan sikap lelaki itu sebelum memilih untuk dijadikan teman hidupnya. Dia juga tidak mahu bakal suaminya seorang pemabuk atau ketagih arak. Dia juga perlukan hak untuk menentukan siapa bakal suaminya.

“It’s up to you, but for your knowledge, aku juga tak suka pada drunker, busuk dan menyusahkan!” kata-kata Mazwin membuatkan Syahirwan berhenti meneguk air berbusa bewarna kekuningan itu.

Mazwin terus bangun menuju meja bar dan memesan dua gelas coke dan membawa sebekas mix nut, sempat juga dia berbual dengan kawan-kawan lamanya di situ.

“No beer, no liquor allowed!” tegasnya.

Tangannya pantas mengambil mug yang masih berisi beer di hadapan Syahirwan lalu di letakkan ke tepi jauh dari jangkauan Syahirwan. Syahirwan menjungkit bahu kemudian mencapai gelas coca cola di tangan Mazwin.

“Maknanya dah confirmlah kau jadi awek aku, Win?” pertanyaan Syahirwan hanya dibalasnya dengan senyuman yang nipis tapi mempunyai erti yang mendalam.

“Well, kalau kau sudi nak jadi teman aku… dan berhenti minum~”

“What ever, Win… aku janji aku takkan minum selagi kau tak benarkan!” Syahirwan meletakkan semula gelas coca cola di tangannya. Muzik yang berentak perlahan langsung tidak menghalang perbualan mereka.

“I mean, no liquor and beer!” tegas Mazwin bila dirasakan Syahirwan mempermainkannya.

“Aku tak bermaksud nak control hidup kau, tapi untuk jadi teman hidup aku, kau kenalah bimbing aku ke jalan yang betul… Kalau kau sendiri tak betul, macammana kau nak jaga aku satu hari nanti?” terang gadis itu.

“Okey, aku janji tak akan minum lagi, but after you agree to be my girl!” Syahirwan masih tak mahu mengalah.

Mazwin pula tak mahu Syahirwan terus-menerus jadi tahi arak, dia rela menjadi teman Syahirwan asalkan lelaki itu tak akan rosakkan dirinya sendiri. Dia juga harus berterus-terang pada Syahirwan mengenai dirinya, dirinya yang telah rosak, dia tak mahu Syahirwan rasa tertipu. Dia mahu Syahirwan menyayangi dan menyintainya sepenuh hati dan bukan kerana simpati, tapi dia perlukan masa untuk semua itu. Adakalanya dia takut untuk berterus terang, Syahirwan akan meninggalkannya pada waktu dia benar-benar memerlukan sokongan lelaki itu.

Mazwin keliru, dia seharusnya memikirkan semasak-masaknya sebelum menerima lelaki itu, tidak mahu pisang berbuah dua kali. Tapi perlukah dia berterus-terang atau perlukah dia merahsiakan tentang kehidupannya yang sudah lama dirosakkan oleh ‘binatang’ itu?

“Soal hati dan perasaan tak boleh ditukar dengan satu perjanjian, Wan. Aku boleh jadi setuju untuk jadi girlfriend kau, tapi kau tahu ke aku cintakan kau ke tidak? Hanya dengan pertukaran perjanjian kita tak boleh nilaikan dengan cinta, it is different. Bagi aku selami hati kau dulu, sebelum aku ukirkan cinta pada hati kau…” keterangan Mazwin jelas dan padat, dia amat berharap semoga Syahirwan dapat memahaminya.

Mazwin tersenyum manis, namun jauh di sudut hatinya dia tidak mahu hati lelaki itu terguris dengan kata-katanya. Syahirwan hanya mengangguk, mungkin bersetuju dengan pendapat Mazwin, dia tak sepatutnya memaksa gadis itu dengan memberi kata dua seperti itu.

Ketegasan Mazwin dalam keputusan untuk menerimanya membuatkan dia semakin terasa ingin mendekati gadis itu, gadis yang teramat istimewa di matanya. Dia tahu perasaan kasihan dalam dirinya sukar ditolak, tapi adakalanya dia rasakan ada sesuatu yang istimewa dalam hatinya bila dia menatap gadis didepannya itu.

Bagi Syahirwan, Mazwin berbeza sekali dari Harliana mahupun Yanti, dia tegas dengan pendapat dan keputusannya, terlalu sukar untuk meramal hati gadis ini apa yang keluar dari mulutnya adalah apa yang dirasakan dalam hati. Mazwin tidak hipokrit, kalau gadis lain sudah tentu tidak akan menolak cintanya, tapi Mazwin perlukan masa untuk berfikir bagi memilihnya sebagai teman hidup.

Teruk sangat ke aku ni? Sampai dia kena fikir lama-lama hanya untuk buat satu keputusan yang paling senang dibuat oleh orang perempuan ataupun Mazwin memang payah untuk melupakan budak dispatch tu, apa hebatnya budak dispatch tu dari aku? Mazwin yang tak pandai menilai atau aku yang terlalu yakin yang aku ni jejaka impian? Syahirwan jadi bingung, adakalanya dia terasa kecil hati dengan sikap Mazwin yang bagaikan tak endahkan perasaannya.

“Hei! Apasal diam? Tadi kata nak enjoy?” disinggungnya sikunya ke pangkal lengan Syahirwan. Lelaki itu seperti memikirkan sesuatu.

“Kau buat aku jadi malu, Win! Macam aku pula yang terhegeh-hegeh mahukan kau, kau langsung tak beri apa-apa harapan pada aku… teruk sangat ke aku di mata kau, Mazwin?” Syahirwan tunduk, keegoaannya tercalar dengan sikap gadis itu.

“Come on, Wan! Kau taklah seteruk mana, tapi aku yang rasa tak layak nak bercinta dengan kau. Siapalah aku, Syahirwan. Kau tu enggang aku cuma pipit je…” kata-kata Mazwin yang merendah diri membuatkan Syahirwan bertambah terpikat.

Dia tidak pernah mendengar Mazwin berbangga dengan dirinya, kesederhanaan itu yang membuatkan Syahirwan semakin ingin mendekatinya.

“Wan, memang sebenarnya aku sedang belajar cintakan kau. Aku tak mahu paksa perasaan tu, aku mahu ianya datang sendiri dan aku tak mahu kau sia-siakan aku!” ujarnya.

Ditudingnya jari telunjuknya tepat pada Syahirwan sambil mencerun mata merenung lelaki itu. Saat itu juga dengan pantas Syahirwan menggigit lembut jari telunjuk Mazwin. Gadis itu terjerit kecil.

“Siapa yang berani nak sia-siakan kau? Aku sayangkan kau, sepenuh hati dan perasaan aku…” ucap Syahirwan berani sambil tangannya mula menggenggam jemari Mazwin yang semakin sejuk.

Dikucupnya jemari runcing itu, lembut. Mazwin cuma merenung dalam senyuman, dia tidak pasti Syahirwan adalah lelaki yang dicipta untuknya, tapi kalau Syahirwan tahu tentang itu, sudikah dia menerimanya?

2 comments:

LeaQistina said...

chet.. poodah.. "aku cintakan kau sepenuh hati" konon.. isk.. ada jugak yg nak kena sula nih.. his.. geram je dgn lelaki mcm ni.. adoi.. geram..

norul'ainmatsom said...

btol tu lea,,,
td p dating ngan adik win,,
pastu ngan akk dier plak,,

mmg jantan xleh dprcayai tul si wan ni..
eiii,,

padayappa pon x gitu,,