Tuesday, July 22, 2008

SEMANIS SENYUMANMU -BAB 13

BAB TIGA BELAS

Hari ini bermula cuti semester selama sebulan. Perkenalannya dengan Fizal pula sudah memasuki bulan kedua. Aryssa tidak punyai apa-apa akiviti untuk cuti semester ini. Dia hanya boleh bercuti bersama keluarga. Emak dan ayahnya tidak pernah membenarkannya mengikuti program di kolej. Dia juga tidak pernah membantah, kerana baginya setiap larangan ayah dan emaknya adalah kebaikan untuknya.

Wani pula mengikuti program bersama Kelab Pencinta Alam ke Gunung Senyum di Pahang. Wani memang meminati aktiviti lasak. Setiap tahun Wani akan mendaki gunung dan berkayak. Berpuluh kali Wani mengajaknya, namun Aryssa hanya memberi satu alasan untuk setiap ajakan Wani. Tidak berminat, walaupun hatinya sering memberontak untuk bersama-sama menyertai Wani.

Aryssa memetik gitar Kapoknya sambil bernyanyi kecil. Jeritan ibunya membuatkan dia berhenti menyanyi. Kala pintu dibuka, terjengul wajah ibunya.
“Yes, madam!” guraunya sambil berlagak seperti seorang anggota polis menghadap ketua.
“Elok lah, sehari suntuk terperuk dalam bilik… Mak dengan ayah nak ke hospital. Fizal, anak mak cik Salina, accident semalam. Tak sedarkan diri lagi. Kau nak ikut tak?” Zakiah memberitahu.
“Tak nak… mak sajalah yang pergi! Kirim salam pada mak cik Salina dengan anaknya.”

Aryssa menggeleng. Memang dia malas nak ke mana-mana hari ni. Moodnya selalu hilang bila Wani tiada.
“Kalau nak makan, lauk dan nasi bawah tudung saji. Lepas tu jangan lupa makan ubat. Kalau ada apa-apa ke, nak keluar ke…beritahu! Telefon ayah, beritahu mak, jangan terus keluar je, jadi apa-apa nanti susah!” pesan Zakiah bernada leteran.

Belakang tangan kanannya meraba-raba dahi Aryssa, risau kalau-kalau anak tunggalnya itu ditinggalkan ketika dia sedang demam. Semalam dia baru sahaja ke hospital mengambil beberapa jenis ubat untuk anak gadisnya itu.
“Ary okey, mak. Tak apa-apa. Mak pergi je lah…” Aryssa menarik tangan ibunya.

Kadangkala dia rimas dengan perhatian yang keterlaluan daripada emaknya.

Aryssa hanya tersenyum melihat kerisauan di wajah emaknya. Wanita itu sentiasa bimbang kalau-kalau dia keluar tanpa pengetahuan mereka. Emaknya agak cerewet dan sentiasa mahu menjaganya supaya tidak ada perkara buruk yang terjadi. Andai Aryssa terjatuh dan luka sedikit, sudah cukup untuk membuat wanita itu menangis sepanjang malam.

Aryssa tahu emaknya itu amat menyayanginya, tetapi kadangkala kerana kasih sayang itu, dia lemas. Namun dia bersyukur kerana Tuhan mengurniakan wanita itu sebagai emaknya.
“Oi, Cik Yah. Cepatlah! Nanti habis waktu melawat. Ary tu dah besar, pandai-pandailah dia tu nanti,”

Ayahnya datang menarik emaknya. Aryssa mengangkat ibu jari menunjukkan pada ayahnya. Alias tersenyum, sambil mengangkat tangan menyuruhnya masuk ke bilik semula.

Ayahnya pula berbeza berbanding emaknya. Ayahnya cukup sporting dan kadangkala melayannya bagaikan seorang anak lelaki. Mungkin kerana dia anak tunggal. Mengajaknya pergi memancing dan bermain bola keranjang. Walaupun dia tidak boleh bermain lama, tetapi dia puas jika dapat bersama ayah. Mereka akan bercerita tentang segala-galanya daripada cerita tentang motorsikal hingga sukan kerana dia begitu meminati bidang sukan, dan ayah sentiasa menyokongnya.

Setelah kedua ibu bapanya hilang dari pandangan, fikiran Aryssa tiba-tiba teringatkan sesuatu. Fizal, anak mak cik Salina accident? Fizal accident?

Pantas jemarinya mendail nombor telefon rumah Fizal. Dia berbual dengan Nurul, adik perempuan bongsu Fizal. Melalui adiknya, Aryssa mendapat tahu Fizal mendapat kemalangan semasa pergi berkelah bersama kawan-kawannya.

Semasa dia berbual dengan Fizal semalam, lelaki itu memberitahunya yang mereka akan berkonvoi ke pantai untuk berkelah. Kata Fizal, inilah kali pertama dia berkonvoi dengan motorsikal. Tidak sangka pula hari ini dia dapat berita kemalangan lelaki itu.

Menurut Nurul, motorsikalnya bertembung dengan lori trailer yang hilang kawalan kerana tayarnya pancit. Fizal terseret sejauh lima puluh meter dan motorsikalnya rosak teruk. Dia pula tidak sedarkan diri lagi. Sempat Aryssa meminta alamat rumah daripada Nurul.

Sejurus itu, dia keluar. Entah kenapa, hatinya tidak tenang bila mendengar keadaan lelaki itu. Ya Allah, Panjangkanlah umur Fizal!

Aku tidak mahu perkara yang sama berlaku lagi. Aku tak mampu hadapi semula apa yang pernah berlaku. Aku tak sekuat mana. Tolonglah, ya Allah!

“Ary, ada berita tak baik,” suara lirih Acid membuatkan hatinya tidak keruan.

Sejak pulang dari sekolah tengah hari tadi, dia menunggu panggilan telefon daripada Acid. Hampir pukul 3 petang baru telefonya berbunyi.
“Cid, kenapa Cid? Kau jangan nak main-mainkan aku!” soal Aryssa.

Dia memang tidak sabar untuk mengetahui apa yang terjadi. Cemas hatinya.
“Am… accident. Dia koma!”

Terasa bagaikan mahu luruh jantung Aryssa saat mendengar berita itu. Hatinya tiba-tiba terasa remuk sehingga airmatanya menitis tidak tertahan lagi. Dia menangis teresak-esak.

Petang itu juga dia mengajak Wani untuk sama-sama ke hospital melawat Amir. Tidak sanggup dia melihat keadaan lelaki itu kala itu. Berselirat wayar dan tiub di badannya.

Menurut abangnya, Amir kemalangan sewaktu keluar dari kawasan perumahannya untuk mengambil keputusan SPM. Sebuah kereta tiba-tiba membelok tanpa signal dan terus menyeret Amir. Kemungkinan harapan untuk Amir hidup hanya tinggal 50/50.

Aryssa menahan sendu bila melihat keluarga lelaki itu juga bagaikan tidak dapat menerima kenyataan. Menurut Acid, pengetua sekolahnya datang ke hospital untuk memberi keputusan SPM. Dan yang pasti Amir Hizam bakal dinobatkan sebagai pelajar terbaik SPM tahun itu. Dia berjaya memperolehi A bagi kesemua 10 mata pelajaran yang diambil.

Sebulan Amir koma. Selama sebulan itu juga Aryssa tidak pernah mungkir untuk bertemu lelaki itu. Namun penantian sebulan untuk melihat Amir sedar hanya sia-sia. Selepas dia sedarkan diri, lelaki itu langsung tidak mahu menemui sesiapa kecuali si kembar Acid dan Meor. Aryssa sebak bila mengenangkan bagaimana dia diherdik di dalam telefon oleh Amir kerana berkali-kali menelifon dan mahu berbual dengan lelaki itu.

Pernah Acid membawa Aryssa ke rumah Amir untuk bertemu dengannya. Namun lelaki itu langsung tidak keluar dari bilik sehingga Aryssa meminta diri untuk pulang. Namun segala yang berlaku itu bagai tidak menjadi kudis padanya. Dia tetap menanti lelaki itu. Dia tetap bertanyakan perkhabaran tentang Amir dari Acid dan Meor. Padanya, Amir adalah segala-galanya.

Dia tahu Amir tidak menyalahkan sesiapa kerana kemalangan itu. Aryssa faham mengapa Amir tidak mahu menunjukkan kecacatannya kepada Aryssa. Bukan senang untuk lelaki itu menerima kenyataan yang dia telah lumpuh separuh anggota badannya dari pinggang ke kaki. Dia tidak dapat menerima keadaan itu dan sebagai manusia Aryssa amat memahami keadaan itu.

Walaupun puas dipujuknya Amir untuk memberi sokongan dan semangat namun lelaki itu tetap berdegil. Alasannya, dia tidak mahu menyusahkan sesiapa. Dia boleh berdikari.

Akhirnya Aryssa mengalah. Mujurlah semua itu tidak pernah membuatkannya terleka walau sesaat terhadap pelajarannya. Dia sentiasa ingat tentang janjinya. Dan Aryssa pasti akan mengotakannya. Itu janji seorang Aryssa terhadap lelaki kesayangannya.

Dan kini, akan berulangkah perkara yang sama?

SEMANIS SENYUMANMU -BAB 12

BAB DUA BELAS

Aryssa menggalas beg di bahu dan kaki mula melangkah menuju ke arah Wani yang sedang duduk bersendirian di tepi padang. Wani selalunya datang lebih awal kerana dihantar ayahnya. Bila habis kuliah pula, biasanya Aryssa akan menghantar Wani pulang ke rumah.
“Berangan je kerja kau! Dah tak ada kerja lain?” sergah Aryssa.

Dia merampas majalah hiburan di tangan Wani. Tertera gambar Mawi, juara AF3 yang amat diminati ramai.
“Handsome ye, Ry… kalaulah aku dapat jadi awek dia. Gempak satu Malaysia!” Wani tersengih menatap wajah lelaki idaman Malaya itu.
“Banyaklah kau punya Mawi… Zastri yang tak berapa glamour tu pun tak dapat nak tackle… ada hati nak tackle Mawi…” ejek Aryssa.

Wani ni bukannya tidak cantik, tetapi terlalu memilih. Bukannya tidak pernah ada lelaki yang suka padanya, tetapi dia yang suka jual mahal. Dulu, semasa di sekolah menengah, pernah ada seorang budak lelaki meminati Wani. Haikal namanya.

Mulanya Wani jual mahal, selalu mengelak bila setiap kali Haikal hendak berjumpa. Entah macam mana pada pertengahan tingkatan lima, Haikal mengikut keluarganya berpindah ke Johor sebab bapanya tu bertugas sebagai tentera. Selepas itu, Wani juga yang kecewa tertonggeng bila Haikal pindah. Mungkin sejak itulah Wani tidak berminat dengan orang lain.
“Kau tak risau ke nak exam ni. Masih lagi baca majalah?”

Aryssa melipat majalah hiburan itu dan meletakkannya ke tepi. Dibukanya nota kecil bagi menghafal nota yang bakal disoal dalam kertas peperiksaan. Minggu lepas ujian praktikal. Minggu depan pula ujian teori akan dijalankan. Dia tidak mahu gagal. Semester pertama dahulu Aryssa lulus cemerlang. Dia juga perlu mendapat keputusan yang cemerlang sebegitu.
“Eleh, Mengata aku konon! Aku dah prepare awal-awal. Ni, dalam otak aku ni…dah penuh dah jawapan yang bakal disoal,” Wani menghalakan telunjuknya kea rah kepala sendiri.
“Kalau soalanpun kau belum tengok, macam mana jawapan boleh penuh dalam kepala otak kau ni? Jangan cakap besar, kena tulah aku tak tau!” balas Aryssa.
“Eh…janganlah macam tu, kau ni. Mulut tu jangan cabul sangat!” Wani tergagap.
“Haaa…tau pun takut!” Aryssa ketawa kecil.

Wani terdiam seketika. Memandang wajah Aryssa dan cuba mencari makna disebalik wajah tenang itu.
“Kau pergi birthday Danny ya? Tak ajak aku! Apa kau buat dengan Linda malam tu? Cerita panas ni…” giat Wani.

Dia telah mendengar macam-macam cerita daripada kawan-kawan mereka yang hadir dalam majlis itu. Macam-macam cerita keluar tentang Aryssa dan Linda. Tetapi dia memang tidak mudah untuk mempercayainya.

Wani kenal sangat siapa Aryssa. Dia bukanlah seperti yang mereka sangkakan. Hanya luarannya sahaja nampak macam lelaki, tetapi jauh di sudut hati, Aryssa sebenarnya perempuan sejati. Seperti perempuan yang lain juga. Bukannya perempuan songsang.
“Apa yang kau dengar?” soal Aryssa, seperti mengetahui apa yang terkandung dalam fikiran Wani.
“Kau dan Linda… ehem!” tawa Wani semakin lama semakin kuat.

Cepat benar cerita itu menjadi bualan. Nasib baiklah mereka bukan Kolej yang sama. Danny dan Linda hanyalah kawan mereka semasa di luar kolej sahaja. Jika tidak, pasti cerita itu menjadi bualan hangat. Kaki gossip di kolej ini pasti akan menokok tambah perisa bagi menyedapkan cerita. Sungguh memalukan!
“Hiee yer!” ucap Aryssa bila tiba-tiba dia teringatkan pipinya dijamah rakus oleh bibir mungil Linda.

Dia benar-benar kegelian. Alangkah jijiknya bila diingatkan semula tentang Linda yang ingin mengucup bibirnya. Yerkh!!! Tidak dapat dibayangkan lagi.
“Tu lah, kau juga yang salah. Cuba kau datang pakai skirt ke, baju kurung ke..baru le tak kena cabul dengan kaum sejenis!” ulas Wani.

Kasihan juga Wani dengan Aryssa. Kalau tidak kerana dia perlu menemani neneknya di rumah, pasti dia dapat menyelamatkan Aryssa daripada digoda Linda.
“Cabul? Dia cium pipi gebu aku ni je lah! Pandai-pandai je kata aku kena cabul!” kata Aryssa sambil menepuk-nepuk pipinya.

Wani ketawa lagi. Memang dia tahu orang lain suka menambah cerita. Sengaja dia menyakat Aryssa dengan perkataan cabul itu.
“Aku tau, takkan sampai ke bilikkan? Tapi pedulikanlah! Aku tahu kau bukan macam tu. Tapi…tak tau pulak kalau kau dah tukar selera,” giat Wani. Ketawanya meledak-ledak menyakat Aryssa.
“Banyaklah kau punya tukar? Nak mampus! Aku ni masih ingat lagi nak mati tau…” sergah Aryssa.

Wani ketawa lagi. Kedua pipinya memerah bunga raya. Lucu benarkah gurauan begitu?

“Apa jadi dengan mamat selenga tu? Dia dah tangkap feeling dengan kau tak?” Wani mengubah topik.

Perbincangan tentang Linda tidak mahu dipanjangkan bila melihat wajah jengkel Aryssa. Jelas benar Aryssa cuak dengan gadis itu.
“Wani, please! Lepas habis kelas aku cerita, tapi bukan di sini. Nanti terbocor rahsia lagi parah berdarah. Mamat selenga tu bukan betul sangat!” Aryssa mengelak.

Memang dia tidak mahu membincangkan tentang projek mematahkan hati mamat selenga itu di kolej. Dia tidak mahu nanti rahsianya terbongkar. Dia juga yang akan susah nanti.
“Ary, Panjang umur betul mamat tu. Kau tengok mamat tu… duduk seorang-seorang pula, dah tak ada awek nak teman ke? Tak pun dah insaf?” bisik Wani, dia memuncungkan bibirnya ke arah Fizal yang sedang keseorangan.

Aryssa menoleh ke arah lelaki yang Wani maksudkan. Sedang dia menoleh itu, lelaki itu juga memandang ke arahnya. Mata mereka bertemu. Aryssa terkaku seketika bila dengan tiba-tiba sahaja jantungnya berdegup kencang.

Sungguh, Aryssa tidak tahu apakah perasaan itu. Dia dapat rasakan betapa gementar hatinya bila pandangan mereka bertaut. Walaupun dia tidak menunjukkan apa-apa reaksi, tapi Aryssa tahu ada sesuatu yang berlaku dalam dirinya kini.
“Apasal kau berpeluh, Ary? Alah, janganlah takut sangat. Dia takkan tahu siapa Syarina tu…” bisikan Wani mengejutkan lamunannya.

Berpeluh? Cepat-cepat disekanya peluh yang hampir menitik di dahinya. Dia tidak mahu reaksi gementar itu dapat dikesan oleh Wani.
“Eh, Tak adalah. Panas kat sini. Jom, kita blah! Kejap lagi class nak mula…” ajaknya.

Aryssa menarik tangan Wani untuk terus bangun meninggalkan tempat itu. Dia tidak mahu reaksi berpeluhnya itu dikesan Fizal. Kalau lelaki itu tahu siapa dia sebenarnya, sudah tentu perkara itu menjadi isu. Sudahlah selama ini, dia dan Fizal selalu bertengkar. Lagipun dia tidak mahu lelaki itu membahasakannya dengan macam-macam gelaran. Cukuplah gelaran betina-jantan yang diterimanya, dan padanya itu adalah gelaran yang cukup mengaibkan.

Kalau dia tahu aku yang call dia tiap-tiap malam, mampus! Mahunya dia maki aku sesedap rasa depan public. Mamat ni bukannya betul sangatpun urat saraf kepala dia.
“Okey, Ry…pukul 12 kau tunggu di café…” pesan Wani bila dia sudah memasuki Blok Mentari untuk ke bilik kuliahnya.

Aryssa cuma mengangguk dan berlalu menuju ke Blok Bintang. Sedang dia bernyanyi kecil membelok ke Blok Bintang, langkahnya terhenti seketika apabila terserempak dengan Fizal yang sedang berjalan bersama seorang gadis disebelahnya. Lelaki itu terus berlalu tanpa menoleh ke arahnya. Namun jantungnya sekali lagi berdegup kencang. Dan sekali lagi dia tidak faham dengan perasaan itu. Mungkin kerana dia terlalu takut andai lelaki itu mengetahui rahsianya ataupun dia sudah jatuh cinta.

Ah! Tak mungkin aku jatuh cinta pada lelaki seperti itu. He is just not my type! Tak ada kualiti langsung untuk jadi lelaki idaman. Harapkan muka jelah… lain-lain tu dah out! Lelaki macam tu, tak sesuai nak buat laki. Attitude dahlah teruk, kalau buat balak pun, main-main bolehlah. Kena bersiap-sedia untuk terima ‘madu-madu’ yang bakal di bawa balik.

Hie, tolonglah! Daripada makan hati berulam jantung sendiri, lebih baik makan nasi daripada berkahwin dengan jantan yang tak tentu hari tu. Hari ni perempuan lain, esok perempuan lain. Lusa, tulat, tunggeng… minta simpang malaikat 44!

Aduss! Kenapa dia boleh terfikir sehingga ke arah itu. Tidak mungkin dia dan Fizal bersatu. Dia lebih rela mati daripada tinggal bersama lelaki yang amat menyakitkan itu. Mulut lelaki itu begitu berbisa. Walaupun hakikatnya Aryssa sendiri tidak mengenali Fizal dengan rapat, namun banyak cerita yang didengarnya tentang lelaki idaman Malaya itu.

SEMANIS SENYUMANMU -BAB 11

BAB SEBELAS

Kepalanya terangguk-angguk mengikut rentak muzik techno yang dimainkan DJ. Parti sambutan hari lahir Danny memang meriah. Kebanyakan yang hadir adalah teman-teman yang seangkatan dan se ‘species’ dengannya. Gadis tomboy dan pengkid. Perempuan yang berlagak lelaki, sama juga seperti Aryssa. Kebanyakan gadis sejati yang datang pula berpakaian seksi dan menggiurkan. Mereka menari dengan pasangan masing-masing.

Aryssa ketawa sendiri. Kononnya pengkid ni brutal sangat, tapi… sambut birthday pula! Biasanya yang sambut Birthday ni awek yang manja-manja je…

Aryssa duduk di meja yang paling tepi sambil memerhatikan gelagat temannya yang lain sejak tadi. Sejak dua tiga hari lepas, Danny bersungguh-sungguh mengajaknya ke parti itu. Yang paling merimaskan bila Danny memperkenalkannya pada Linda, gadis seksi yang tergila-gilakan Aryssa.

Benar apa yang dikatakan Wani, Linda memang cantik jelita. Macam model dan pelakon Fasha Sandha. Mana-mana lelaki yang memandangnya pasti cair dengan godaannya. Tetapi sayang, kecantikan itu akan musnah dek kaum sendiri.

Linda sejak tadi lagi cuba menggodanya dengan lirikan manja. Tambahan pula malam ini Aryssa kelihatan ‘handsome’, walaupun hanya mengenakan jeans dan T-shirt Polo dengan kolar yang tegak tidak berlipat. Gel yang dipakai membuatkan rambutnya terpacak ke atas. Menambahkan gayanya seperti seorang lelaki.
“Ary, jom kita menari… dah lama Linda teringin sangat menari dengan you…” manja Linda memaut lengannya.

Ajakan Linda ditolaknya dengan sopan.
“I tak pandai menari… Sorry. You ajak orang lain ye… kan banyak balak yang ajak you menari,” tolaknya.

Takkan aku nak menari dengan perempuan, yakh! Tolonglah! Geli!

“Kalau I nak menari dengan diorang, dah lama I pergi. I nak menari dengan you… Come on Ary!” pinta gadis itu lagi.

Kali ini dia menarik tangan Aryssa. Badannya disorong rapat ke tubuh Aryssa. Digesel buah dadanya juga. Aryssa cuba menghindarnya. Menolak perlahan badan Linda yang semakin rapat. Kemudian, Linda mula mendekatkan bibirnya ke bibir Aryssa.

Aryssa mulai panik. Gila!
“Jangan buat macam ni. Malu orang tengok!” Cepat-cepat Aryssa menolak lembut muka Linda.
“Okey, kita buat kat rumah I. Jomlah, I dah tak sabar ni…” rengek Linda. Manja dan memberahikan jika ada lelaki yang memandangnya. Tapi tidak pada Aryssa. Gadis itu menjengkelkannya.

Gila! Linda memang dah gila agaknya. Hilang akal!

Aryssa mula memikirkan alasan untuk menyelamatkan diri.
“Malam ni, tak boleh la… apa pula kata Danny nanti. Kan ini party dia. Kecik pula hati dia kalau kita tinggalkan. Lain kali ye…” balasnya, masih lagi berlembut.

Hi ye! Yakh! Macam mana aku boleh terlibat dengan perempuan yang dah songsang ni? Ya Allah, Selamatkanlah aku. Dah nak kiamat agaknya dunia!

“Okey, lain kali… tapi bagi I kiss sikit!”

Linda masih buat muka menggoda sambil menjilat bibirnya yang merah. Sekali lagi Aryssa mengerut dahi dengan permintaan Linda.

Takkan aku nak bercium dengan dia?

Dia bukan sahaja tidak tergoda dengan permintaan itu, tetapi dia berasa teramat geli dan jijik. Masakan Aryssa mahu membenarkan bibirnya dijamah oleh perempuan gila di hadapannya. Never!
“Pipi je ye…” Aryssa teragak. Terpaksa.

Tanpa menunggu lama, Linda mencium pipinya, rakus. Meremang bulu roma Aryssa. Kalau dia tahu perkara macam ni akan terjadi, sumpah dia tidak datang.

***********

Seperti malam-malam sebelumnya, Fizal menanti lagi panggilan daripada si misteri Syarina Wirdayu. Seronok betul berbual dengan gadis itu. Lucu dan menghiburkan. Siapalah dia agaknya ye? Bagaimana rupanya?

Tepat 10:00 malam, telefon di sebelahnya bordering. Dia memang sentiasa menepati janji. Sepuluh tepat.

Cepat-cepat Fizal mencapai gagangnya.
“Hello! Nak cakap dengan siapa?” serius suara Fizal. Pura-pura.

Dia sudah tahu siapa di hujung talian, tetapi masih mahu bertanya. Mungkin kali ini, orang itu akan menyamar sebagai orang lain pula.
“Hello, Hospital Sakit Jiwa Tanjung Rambutan ke?”
“Eh, bukan. Salah nombor ni…”

Orang salah nombor pula, ada ke hospital sakit jiwa. Tak sekolah punya orang!

“Tak kisahlah, saya nak cakap dengan pesakit jiwa bernama Fizal…” jawab suara itu.

Baru Fizal sedar dia dipermainkan lagi. Macamana dia tak boleh cam suara Syarina.
“Ooo… Rina kenakan Fizal lagi ye! Sampai hati Rina kata Fizal sakit jiwa…Fizal tak ada moodlah nak cakap dengan Rina,” Fizal pura-pura merajuk.
“Ala, janganlah marah. Tak boleh gurau, pergi surau!” gadis itu ketawa terbahak-bahak.

Geram betul Fizal bila dengar dia ketawa. Comel sangat.
“Fizal tengah buat apa tadi? Tunggu Rina call ye!”
“Eh, tak adalah. Kebetulan Fizal nak keluar, tetiba telefon bunyi. Fizal angkatlah!”

Takkan nak bagi tahu aku memang tunggu dia call. Jatuhlah saham, tunggu awek call.

Selama ini Fizal tidak pernah mengejar perempuan, hanya perempuan yang mengejar Fizal. Kalau Syarina Wirdayu tahu dia memang ternanti-nantikan panggilan itu, malulah.

“Eleh, tipu! Rina tahu Fizal tengah duduk kat sofa sebelah telefon tu kan? Fizal pasang CD, lepas tu… Fizal tunggu telefon warna merah atas meja rotan tu berbunyikan?” tekaan Syarina memang tepat.

Tadi dia memang pasang CD, lepas tu Fizal duduk di sofa dan tunggu telefon merah di atas meja rotan berbunyi. Oh Ok oo… mana dia tahu telefon kat rumah ni warna merah dan meja tu meja rotan?

Ke dia ni orang yang Fizal kenal dan pernah datang rumah ni? Biar betul budak ni..orang ke momok ni?

“Eh, mana Rina tahu telefon ni warna merah, meja ni meja rotan? Rina pernah datang rumah Fizal ye? Rina ni siapa sebenarnya? Baik Rina cakap. Kalau tak, Fizal letak telefon!” Fizal buat-buat garang.

Sebenarnya dia sendiri tidak sanggup hendak meletakkan telefon. Bila terdengar suara Syarina, hatinya bagai tertawan pada suara itu. Suara yang lunak. Suara yang merdu. Suara yang ada kalanya nakal. Suara yang tidak dipunyai oleh sesiapa kecuali Syarina Wirdayu.

“Sebenarnya, Rina ada di sebelah Fizal. Kalau tak percaya, cuba Fizal tengok kat tepi dinding tu…ada cerminkan? Fizal perhatikan betul-betul dalam cermin tu, Rina ada di situ!” bisik gadis itu, dengan suara perlahan yang sengaja diseramkan pula.
Fizal telan liur. Dia mula mengintai ke arah cermin di dinding.

Mana tahu entah-entah perempuan ni puntianak ke, drakula ke… Namanya pun pelik juga, Syarina Wirdayu. Ala-ala nama momok tu…

Sedang Fizal cuba melihat ke arah cermin di dinding, kedengaran gadis itu ketawa sekali lagi.
“Fizal percaya? Rina pakai teori biasa je…kat rumah Rina, telefon terletak di ruang rehat dan warnanya merah. Ruang rehat ni ada sofa dan Hi-Fi. Meja rotan tu…Rina tembak je,” terangnya satu persatu disusuli dengan tawanya.

Fizal menarik nafas Lega. Fizal ingatkan dia ni momok. Tidak pun orang yang Fizal kenal dan sengaja nak kenakan Fizal.
“Rina ni buat lawak seram pula. Tapi, teori Rina tu tepatlah. Terrorlah Rina ni!” puji Fizal.

Seram juga dia tadi. Mana tidaknya, seorang yang tidak pernah dikenali dan tidak pernah berjumpa tiba-tiba tahu pula segala-galanya tentang dia. Gadis ini memang teramat misteri.

Syarina Wirdayu ini memang misteri. Pandai berjenaka. Suka ketawa dan pandai menembak. Sasarannya pasti mengena. Suaranya juga lembut dan menawan. Kata orang kalau suara best muka tak cun. Kalau muka cun, suara pula tak best. Betul ke tidak, Fizal tak pasti. Yang pastinya, suara Syarina membuatkan Fizal merinduinya setiap malam.

Bukannya Fizal jatuh cinta. Tak mungkin! Fizal belum bersedia untuk bercinta. Semua perempuan-perempuan itu dilayan sama rata. Mereka yang lebih-lebih. Sayanglah. Rindulah. Sampai kadang-kadang, Fizal rasa nak muntah bercakap dengan mereka.

Fizal sendiri kadangkala takut juga kalau-kalau ada di antara teman-teman perempuan yang pernah ditinggalkannya dulu menyamar dan mempermainkannya seperti mana yang pernah dilakukannya pada mereka dahulu.

Semenjak di bangku sekolah rendah lagi, dia memang disukai perempuan. Ramai yang suka menjadikannya adik angkat dan abang angkat. Mungkin kerana wajahnya yang keanak-anakan waktu itu.

Apabila dewasa, wajahnya semakin menggoda ramai gadis. Pantang dia menegur, mulalah si gadis itu mahu berkenalan. Bertukar nombor telefon dan mengajaknya keluar. Lama-kelamaan dia suka pula begitu. Didampingi gadis jelita ke sana-ke mari.

Fizal lantas membuka album gambar. Banyak gambar-gambar gadis yang pernah didampinginya. Ada yang masih terus menghubunginya. Ada juga gadis yang Fizal tak ingat langsung namanya. Fizal usung mereka ke sana-sini, menayang pada kawan-kawan yang lain betapa Fizal hebat dalam memikat perempuan.

Hingga hari ini, Fizal tetap Berjaya. Tidak ada antara teman wanitanya yang bergaduh sesama sendiri kerana merebutnya. Malah mereka sendiri cukup bersyukur. Sekurang-kurangnya Fizal sudi berkawan dengan mereka. Lagipun dia sendiri tidak pernah memaksa untuk dicintai. Malah tidak pernah mendesak mereka untuk menyayangi kerana Fizal sendiri tidak pernah ada apa-apa perasaan pada mereka semua. Fizal cuma suka berkawan dan bukanlah mahu bersaing dengan Hero Dermaga College.

Zastri, boleh dikatakan semua gadis jelita di Bandar ini mengenali lelaki itu. Satu ketika dahulu, dia dan Zastri pernah berkawan baik. Namun kerana perempuan, mereka bertengkar dan kini wujud persaingan untuk memikat mana-mana gadis jelita. Teman baiknya kini manjadi musuh ketatnya pula.

Wednesday, July 9, 2008

Secebis Cinta Iman Zulaikha

Ponnn…Ponnn… dia membunyikan ‘hon’nya, nyaring dan membingitkan. Kesemua budak yang berada di hadapannya, ke tepi memberi laluan. Tapi seorang budak lelaki masih lagi berada di tengah jalan, langsung tidak memperdulikan ‘hon’nya berbunyi. Dia menukar bunyi lain, Pinnn…. Pinnn…. Namun budak lelaki itu tidak langsung mahu memberi laluan kepada basikalnya.
“Hoi! Kau ni pekak ke? Tak dengar ke aku hon banyak kali? Ketepilah, aku nak lalu ni!” teriaknya dari jauh.
Budak lelaki itu menoleh dengan muka yang sangat skema. Kemudian budak lelaki itu merenungnya tanpa perasaan. Dia tetap berjalan tanpa memperdulikan teriakan Iman.
“Dah la pekak, bisu pula tu!” basikalnya terus meluncur laju dan tanpa sengaja dia terlanggarkan budak lelaki skema itu.
Budak itu terjatuh dalam lopak. Bajunya yang putih sudah bersalut lumpur. Iman terus tidak menoleh lagi, basikal lerunnya yang meluncur laju membelah denai yang berlopak dek hujan. Dia langsung tidak memperdulikan budak lelaki yang terjatuh di lopak.
“Kesian awak… mari saya tolong!” Nani menghulur tangan kepada budak lelaki itu, dan tangannya bersambut.
“Iman tu memang macam tu, kasar, dia suka kalau orang panggil dia Iman Brutal! Awak budak baru kat sini ye… nama awak siapa?” Nani masih seperti tadi cuba beramah mesra.
“Aidil!” jawab budak itu pendek dan perlahan, namun suaranya masih boleh di dengar.
“Oh! Awaklah cucu Wan Tijah dengan Tok Utih ye… Saya mengaji dengan Tok Utih masa sekolah rendah dulu… awak yang duduk kat luar negara tu ye. Macam mana rasanya duduk dekat negara orang ye?” Nani memulakan bicara.
Walaupun dia janggal untuk berbual dengan lelaki yang berwajah seakan mat saleh ini, namun jiwa mudanya bergelora mahu berkenalan. Sudah seminggu dia mendengar cerita tentang lelaki di hadapannya. Namun dia tahu lelaki itu yang sekelas dengan Iman Brutal amat berat untuk mengeluarkan suaranya.
“Biasa je…” ucapnya pendek.
Langsung tiada riak seperti mahu bercerita lanjut dengan Nani. Dia cuma memandang kasutnya yang sudah bertukar warna. Mahu sahaja dia menempik budak separuh lelaki yang dipanggil Iman Brutal tu. Namun teringatkan seorang pelajar lelaki yang telah botak kepalanya akibat dari perbuatan Iman Brutal pada hari pertama persekolahannya di sini, Aidil terpaksa membatalkan niatnya.
Nani merengus perlahan. Dia tidak kisah kalau Aidil tidak menjawab soalannya. Yang pastinya esok pasti kawan-kawannya akan bertanya tentang mereka, bila dia dilihat berjalan beriringan begini. Bukan Nani tidak tahu sejak seminggu lalu ramai pelajar perempuan yang teringin untuk berbual dengan Aidil. Namun, dia memang sentiasa bertuah kerana hari ini dapat berjalan beriringan. Nani tersenyum sendiri.
“Assalamualaikum!” suara ala-ala manja dikeluarkannya untuk menarik perhatian Wan Tijah yang sedang mengangkat pakaian di jemuran.
Wanita tua berkaca mata itu menjawab sambil tersenyum. Sejak habis sekolah rendah, budak itu memang tak pernah lagi datang ke rumahnya. Entah kenapa beberapa hari semenjak baju Aidil berlumpur setiap petang budak perempuan itu menghantar kuih-muih. Kadangkala cekodok pisang hangus pun dititipnya sendiri ke rumah Wan Tijah.
“Hah, Nani! Kuih apa arini?” Tok Utih yang sedang duduk berehat di atas pangkin bawah pokok mangga menegurnya.
“Err… kuih buah melaka la tok… mak suruh hantar!” jawabnya sambil meninjau-ninjau kalau-kalau Aidil muncul di pintu rumah.
Tangannya kemas memegang piring kuih buah melaka yang dibuatnya tadi. Bukan emaknya yang membuat kuih. Dia yang jenuh menguli tepung dan memarut kelapa untuk membuat kuih buah melaka itu. Emaknya sudah dua hari ke rumah kakaknya yang baru bersalin.
“Aidil takde… keluar ambik angin katanya!” ujar Wan Tijah sebaik sahaja mengangkat bakul kain dan duduk di pangkin tempat tok utih bersandar.
“Errr… takde lah uwan… ni kuih ni, mak suruh hantar!” dengan senyuman malu-malu dia menghulur piring.
Wan Tijah menyambutnya, kopi yang memang tersedia untuk Tok Utih bagaikan tahu akan kedatangan tamu itu dituangnya ke cawan. Enak juga duduk bersantai petang hari sambil meneguk kopi dan menikmati kuih buah melaka. Tok Utih mencapai sebiji buah melaka. Kuih yang dibawa anak dara Lebai Sidin itu terus disuapnya ke mulut. Apabila buah melaka tanpa warna itu mendarat di mulutnya, dahinya berkerut.
Wan Tijah tersenyum sumbing melihat muka Tok Utih berkerut. Bukannya dia tak tahu Nani sengaja datang untuk menatap wajah cucu orang putih kesayangan mereka. Sampai sanggup buat sendiri kuih-kuih yang dihantarnya. Alamatnya, buah melaka tak bewarna, tak berinti jadi hidangan.
Tiga hari lepas dihantarnya cekodok pisang hangus, kelmarin kuih tepung talam sekeras batu, elok sahaja si Aidil berselera melihat tepung talam itu mati tiba-tiba seleranya. Akibatnya terpaksa Wan Tijah membuat tepung talam pagi esoknya sebagai sarapan. Tapi semalam sedap sedikit kuihnya, dibelinya lima keping di gerai Hasnah kemudian di letaknya dalam piring. Cantik-cantik di susunnya di piring sebelum menghantar ke rumah Tok Utih. Wan Tijah senyum melihat Nani, sambil menggeleng kepala. ‘Kalau iya pun nak memikat cucu aku belajar la masak dulu…’ desis hatinya.
Pppiiinnnnn… Pppinnnnn! Hon motosikal buruk Iman berbunyi nyaring membuatkan Nani tersentak. Tiba-tiba sahaja terasa darah menyimbah muka, bila dilihatnya Aidil membonceng kapcai buruk Iman. Wan Tijah menggeleng kepala sambil tersenyum, bagaikan tidak marah melihat Aidil dan Iman sama-sama menaiki motorsikal.
“Dari mana kamu ni Man?” soal Tok Utih, juga tidak marah langsung.
“Dari baruh, Tok… Aidil nak tengok Abang Seli naikkan ikan! Ni Abang Seli kirim!” Iman menghulur beberapa ekor ikan talapia dan keli kepada Wan Tijah.
Kemudian dia terus menuju pili mencuci tangan. Aidil yang duduk di sebelah Tok Utih. Iman yang baru lepas mencuci tangan terus menyambar kuih buah melaka dari piring sebelum sempat Tok Utih memberitahunya bahawa kuih itu dibawa Nani.
“Erk! Eiii… tak sedap! Tawar! Keras cam batu! Dah tu takde inti…” pantas kuih berbentuk bebola kecil itu dilemparkan pada ayam.
Iman tahu kuih itu bukan dibuat oleh Wan Tijah. Sejak tadi Aidil bercerita padanya tentang Nani yang sering menghantar kuih yang tidak berasa ke rumah Tok Utih.
“Ish! Kau ni, Man… rezeki tu… buat apa dibuang?” Wan Tijah pantas mencubit peha anak gadis yang sering berpakaian lelaki itu.
“Rezeki apa ni Wan… ayam pun tak sudi makan! Ni bukan nak bagi orang makan wan, ni nak bagi orang mati tercekik!” ujar Iman sambil menjeling Nani.
Dalam hatinya ketawa bagai nak rak kerana Nani berusaha memikat Aidil. Bukan dia tidak tahu semenjak anak orang putih celup itu bertukar sekolah boleh dikatakan separuh anak-anak gadis kampung ni yang berhias cantik bila keluar rumah. Ada yang sudah pandai memakai lipstik ketika ke sekolah. Kuat betul aura si Aidil. Tapi cuma dia yang tidak tergoda lagi dengan aura jejaka separuh Melayu separuh Inggeris itu.
“Err… wan… Nani nak balik dulula…” pintanya sopan.
Walaupun hatinya masih mahu lagi duduk di situ sambil menatap wajah handsome jejaka idaman, namun kata-kata pedas dari Iman membuatnya terasa mahu berundur seketika. Berundur dari rumah Tok Utih bukannya berundur dari hati Aidil.
“Elok la kau balik… nanti terbakar lak telinga!” sindir Iman lagi sambil ketawa. Dia pun sudah mula mencapai handle motorsikal nya untuk pulang.
“Dil, Nani balik dulu!” beritahunya sambil merenung wajah Aidil dengan gaya yang amat manja.
Lelaki itu cuma mengangguk tersenyum. Entah kenapa dia jarang sekali hendak mengeluarkan suaranya. Padahal kalau dengan Iman atau kawan lelakinya yang lain bukan main lagi Aidil bergelak ketawa. Mungkin Aidil seorang yang teramat pemalu dengan perempuan.
Tapi Iman… Ah! Iman tak boleh diistilahkan sebagai perempuan. Bukan saja tengok pada pakaiannya, tengok kelakuannya, naik basikal macam ribut naik motor macam naik jet pejuang. Suka hati je dia nak langgar lopak ke, langgar tunggul ke. Nani tidak mengerti kenapa godaannya langsung tidak berhasil. Dia perlukan penjelasan, dia tidak mahu diketawakan oleh teman-teman sekelasnya.
“Nani, aku tengok makin lama, Aidil makin rapat dengan Iman. Aku dengar Iman dah pandai pakai bedak sekarang, dah tu rambut pun dibiarkan panjang, tak macam dulu!” beritahu Mimah, temannya yang agak rapat.
Hampir tersembur kuah laksa utara yang sedang enak dihirupnya. Benarkah kata-kata Mimah. Tetapi mahukah di Aidil itu dengan Iman? Budak tomboy yang kasar dan jelak di pandangan mata Nani.
“Huh! Mana ada lah Mimah. Mata kau tu juling agaknya. Takkan la si Aidil tu nak kat Iman. Aidil tu dah lama pilih aku, aku selalu dating dengan Aidil kat rumah nenek dia. Aku tahulah!” Nani menafikan kata-kata Mimah walau dalam hati bagai susah nak menyangkalnya.
Memang dia sudah nampak kelainan pada Iman. Sejak tujuh bulan Aidil di sini, jarang melihat Iman di denda. Rambut Iman juga sudah mencecah bahu. Malah dalam kelas pelajaran Bahasa Inggeris yang menjadi kelemahan Iman sekarang sudah menjadi pelajaran yang diminati budak tomboy itu. ‘Tak boleh jadi ni… aku mesti buat sesuatu!’ getus hati kecilnya.

**************

Iman tidak tahu apa yang melanda dalam hatinya. Sejak beberapa bulan lepas, dia sudah tidak selasak dan setangkas dulu. Kalau dulu dia tanpa segan memanjat pokok rambutan sambil bergayut dari dahan ke dahan. Namun semenjak beberapa bulan ini, pokok rambutan itu bagai musuh utama. Walau buahnya lebat melambai kedatangannya.

Ketangkasan Iman juga sudah terbatas tidak lagi seperti dulu. Merambu ke sana ke mari dengan motor kapcai ayahnya. Iman sudah jarang di temui di kolam Abang Seli. Iman juga sudah tidah bisa menunggang motor seperti Jet Pejuang. Mungkin kerana dia semakin dewasa. Usia 17 tahun membuatkannya semakin matang.

"Iman!" jerit Aidil. Iman tersentak dari lamunan. Pantas diletaknya pen di tangan. Diari ditutup rapat kemudian di letakkan di dalam laci.
"Oi! Kenapa?" jawabnya sambil melompat dari katil dan melaung melalui tingkap biliknya.
"Kata hari ni nak pergi main futsal!" Aidil bercekak pinggang.
"Futsal? Kejap-kejap aku tukar baju!"

Sememangnya semenjak tok ketua membuat gelanggang futsal di kampung itu. Aktiviti Iman bertukar. Dia selalu menemani Aidil bermain futsal. Tidak boleh tidak hampir setiap petang mereka bersama. Sedikit sebanyak hati remajanya terpikat dengan anak muda itu. Adakah itu Cinta?

*******

"Kenapa sejak akhir-akhir ni aku tengok kau dah lain?" soalan dari bibir Aidil membuatkan jantung Iman terasa mahu tercabut. Betapa Aidil juga perasan dengan perubahan dia.Bermakna apa yang terjadi padanya disedari Aidil.
"Apa yang lain? Sama aje..." gugup dia menyoal semula kepada Aidil. Ah! Takkan la aku nak mengaku aku suka pada dia. Habis la kemachoan aku selama ini. Tapi aku ni perempuan, bukannya lelaki. Tak payah nak control macho.
“Kau dah tak macam dulu…” suara Aidil mendatar. Iman menundukkan kepalanya. Dia tidak sanggup bertentang mata dengan anak muda itu. Entah mengapa jantungnya berdegup laju saat pandangan mereka bertaut.
“Aku… aku suka kau yang dulu, Man. Yang selalu lepak dengan aku tanpa perasaan lain terhadap aku!” sambung Aidil lagi.
Perasaan lain terhadap dia? Hish! Mamat ni perasan la tu. Perasaan apa? Cinta? Takkan aku boleh jatuh cinta secepat ini. Ah! Tapi mungkin juga. Takkan aku nak mengaku…. Tak mungkin!
“Sapa kata aku ada perasaan pada kau? Kau ingat aku ni macam Nani? Asal namanya lelaki nak sapu bersih! Sorry la Aidil, aku takde perasaan apa-apa pun pada kau. Kau jangan nak perasanlah!” Tempelak Iman tiba-tiba. Dia malu sebenarnya bila Aidil perasan dengan perubahan yang berlaku pada dirinya. Perasaannya.
“Aku tak maksud-”
“Kalau dah kau cakap begitu, bermakna memang kau bermaksud lah! Sudahla Aidil. Aku tahu lah aku ni kasar dulu, tapi aku jadi lemah lembut ni bukan sebab kau… Jangan haraplah!” pantas Iman membalas. Dia tidak mahu Aidil menyamakannya dengan gadis-gadis lain. Dia juga punya maruah.
“Iman… aku-” belum sempat Aidil berkata apa-apa, Iman terus berlari meninggalkannya. Aidil menggaru kepala yang tidak gatal. Pelik dengan tingkah Iman sejak akhir-akhir ini. Cakap sikit nak merajuk, cakap sikit nak merajuk, rungutnya. Itu yang dikatakan tiada perasaan? Aidil semakin tidak faham.

************

“Psstt… Nani, Aidil dengan Iman bergaduh. Diorang tak pergi sekolah sama-sama dah sekarang!” Mimah wakil ketua gossip sekolah mencuit Nani. Termuncung-muncung bibirnya bercerita tentang Iman dan Aidil.
“Aku dah tahu!” selamba sahaja Nani memjawab. Dua tiga orang kawannya terlopong memandangnya.
“Mana kau tahu?” soal mereka hampir serentak.
“Kau orang tak nampak ke perubahan kat budak pengkid tu? Dah le pengkid ada hati nak mengorat Aidil. Kau orang ingat Aidil tu nak ke bercinta dengan makhluk dua alam?” soal Nani sambil memintal-mintal hujung rambutnya. Dia sengaja menguatkan suara kerana saat sampai ke kelas tadi dia nampak Iman berada di situ. Saat itu juga ada sesusuk tubuh singgah di meja mereka yang sedang bergosip.
“Sapa makhluk dua alam?” bentak suara itu. Nani menjeling ke arah suara itu. Kelihatan Iman dengan wajah berkerut merenungnya.
“Hai, takkan tak kenal siapa yang dua alam?” perli Nani lagi.
“Kau nak tak kalau aku buat kau sampai cium lantai?” soal Iman sambil jari telunjuknya tepat dituding ke arah Nani. Iman memang sudah lama menahan rasa dengan perangai Nani yang mengada-ngada itu. Bukan sekali dua Nani menyakitkan hatinya. Malah acapkali mereka bertemu pasti ada sahaja bunga pertengkaran.
“Iman! Sudahlah, takkan kau nak jadi samseng kat sini!” Aidil yang baru sahaja meletak beg sekolah menarik lengan temannya itu bila dilihatnya keadaan semakin tegang.
“Kau diam Aidil. Aku memang samseng pun! So, kau tak payah lagi nak kawan dengan aku!” bentak Iman tidak ketahuan. Kakinya pantas menyepak kasar bangku yang di duduki Nani.
“Aidil.. tolong saya! Saya takut!” rengek Nani cuba meraih lengan Aidil. Lelaki itu mengerling sambil mengerut dahi. Kemudian dia terus mencari Iman yang sudah hilang dari situ. Aidil sendiri tidak faham kelakuan Iman sekarang. Iman sudah tidak lagi seperti dulu, itu yang dia tahu. Iman sekarang asyik merajuk.
Puas dia mencari Iman. Dia menghala ke belakang kantin sekolah, dimana terletaknya kolam ikan, tempat budak-budak perempuan selalu melepak. Dan yang pasti di situ juga tempat yang paling dibenci Iman. Kata Iman, orang yang jiwang karat sahaja yang suka duduk di tempat terpencil begitu. Melayan perasaan.
“Iman!” panggilan Aidil tidak berjawab.
“Pergilah kau… aku ni kan samseng, tak layak kawan dengan kau!” jawab Iman. Lagak dan gayanya memang tahu dia merajuk.
“Kalau aku kata kau dah berubah kau tak percaya! Sekarang tengok, kau dah pandai melayan perasaan, dan dah pandai… menangis?” Aidil merenung tepat ke mata Iman. Dapat dilihatnya bagai ada air jernih yang baru diseka.
“Mana ada aku menangis!” nafinya dengan suara kasar tapi perlahan.
“Kau tak payah nak tipu aku lah! Iman, aku rindu pada kau!” Aidil tiba-tiba bersuara perlahan. Mendayu pada pendengaran Iman.
“Rindu?”
“Iyelah, aku rindu pada Iman yang dulu, yang selalu merempit dengan aku. Yang selalu main futsal dengan aku…. Iman yang dulu. Iman Brutal!” ucap Aidil. Iman menoleh. Ah! Aidil tidak menganggapnya sesiapa. Aidil cuma menganggapnya sebagai rakan sekelas, sekampung. Kenapa dia yang tiba-tiba rasa Aidil menyakiti hatinya. Iman keliru.

Iman bingkas meninggalkan Aidil termangu sendirian. Stupid! getusnya dalam hati. Siapa yang stupid? Aku ke Aidil? soalnya pula. Dalam hati juga. Ah! Memang bodoh bila mengenangkan. Iman menoleh Aidil. Lelaki itu terpinga. Merenungnya dengan kerutan di dahi. Kesian mamat tu. Tak tahu apa-apa. Hormon aku yang tak stabil kot! bentaknya dalam hati.

"Pada kau aku samsengkan?" soal Iman. Aidil serba salah. Mahu menggeleng atau mengangguk?
"Maksud aku-" Aidil teragak-agak.
"Sudah la Dil... aku tahu, aku bukan siapa-siapa pada kau!" Iman menempelak pula. Tapi tidak kasar.
"Aku suka Iman yang dulu. Aku tak suka Iman yang sudah bertukar jadi jiwang karat macam ni," Aidil menunduk. Itu yang mahu dimaksudkan. Iman yang dulu. Yang brutal. Yang kasar.
"Oh aku samseng jiwang karat? Nani? Lemah lembut?" ada nada irihati.
"Kau jealous dengan Nani?" soal Aidil pula.

Semakin dia keliru dengan Iman sekarang. Mana mungkin Iman cemburu dengan Nani. Iman dan Nani lain. Berbeza. Sangat berbeza. Iman lebih berterus terang, yakin dengan diri. Nani selalu prejudice. Selalu rasa orang lain tak se'hot' dia. Nani perasan. Iman tidak.

Iman terdiam mendengar perkataan jealous. Sorry bro! I'm not your type! Aidil yang ajar dia cakap macam tu. Aidil banyak mengajarnya tentang bahasa Inggeris yang agak cool.

"Mana ada aku jealous!" Iman membentak.

Dua-dua diam.

"Iman, walau siapa pun kau. Aku tetap suka kan kau. Sumpah!" Aidil mengangkat tangan kanan, tanda bersumpah.
"Tapi aku tak secantik Nani..." mendatar suara gadis tomboy itu.
"Ada aku kisah kau cantik ke tak? Kau ingat lelaki hanya pentingkan kecantikan untuk menyintai? Aku suka cara kau, gaya kau... kau memang sweet walau ganas sket!" Aidil senyum merenung sahabat itu. Dia tahu apa yang Iman fikirkan. Puppy Love. Dia juga rasa apa yang Iman rasa. Umur semuda mereka sudah tahu menafsir hati. Dia juga tidak pernah keruan kalau tidak berjumpa Iman walau sehari.

Walau ramai yang kata dia tidak layak berdampingan dengan Iman. Kerana Iman macam jantan. Kasar. Brutal. Pemarah. Selekeh. Pada Aidil, Iman tetap comel.

"Aku sweet? Poyo!" dengan pujian yang sedikit sahaja membuatkan Iman tersenyum semula. Senang. Aidil merenung Iman. Itulah teman yang dia inginkan sejak dulu.
"Aku sayang pada kau!" bisik Aidil perlahan terus ke telinga gadis brutal itu. Jiwang karat.
"Cheh!" Iman menafi dalam hati. Tapi hatinya kembang berbunga. Ada rasa yang sukar ditafsirkan.
"Kau tak perlu berubah untuk menyintai aku!" sekali lagi Aidil keluarkan ayat jiwang karat. Iman jelir lidah.
"Betul ke?" soal Iman. Penuh makna. Aidil mengangguk.
"Tak perlu kau simpan rambut panjang. Tak cool langsung!" Aidil kenyit mata.

Iman senyum lagi. Bibirnya sudah tidak mampu menahan sengihan. Dia rasa mahu senyum sepanjang hayat. Biar bagaimana fizikalnya, tapi Aidil menyintainya. Ianya amat mengerikan. Jauh di sudut hati, Iman mengaku. Dia juga menyintai Aidil.

Tamat

Pengkid Cune...

Dia duduk menunggu tren yang sudah terlepas kerana dia masih berangan di situ. Hari ini keretanya ‘demam’ dan perlu berada di bengkel untuk beberapa hari. Semuanya gara-gara banjir kilat di Bandar metropolitan. Kereta itu tidak tahan kesejukan. Di hadapannya, kelihatan beberapa pelajar sekolah yang bergaya ala-ala pengkid yang sama-sama menunggu tren. Sepuluh tahun lalu, dia pernah menyimpan perasaan terhadap pengkid bernama Juana Syiraz.

Walaupun sepuluh tahun itu suatu masa yang panjang, namun perasaannya terhadap gadis bernama Juana Syiraz masih utuh di sanubari. Pernah dia cuba melupakan gadis itu dan cuba menyintai gadis lain. Namun kerinduan pada Juana Syiraz langsung tidak pernah padam. Zafril Ikhwan tersenyum sendiri mengenangkan kisah itu. Kisah sepuluh tahun lalu.

**************

Tiap-tiap hari Zafril Ikhwan terserempak kumpulan awek yang selalu melepak di stesen bas setiap kali balik sekolah, hatinya rasa lain macam setiap kali melihat wajah salah seorang dari mereka, seorang budak pengkid. Walaupun cara pemakaiannya nampak macam pelik sikit atau mungkin memang fesyen budak pengkid macam tu kot? Mana taknya pakai baju kurung, tangan baju dilipat sampai ke pangkal lengan, kemudian pakai cap besball, kain pula tu singkat sampai atas buku lali, pakai sneakers warna merah pulak tu.
Sekolah budak ni tak ada undang-undang kot!? Suka hati dia je nak pakai apa? Tapi bila direnung lama-lama cute juga awek pengkid ni.
“Ray, kau tengok apa tu? Kata nak belanja aku makan?” Shamsul menyinggung sikunya ke tangan Zafril Ikhwan.
Kadang-kadang dia pun pelik kenapa kawannya itu macam berminat sangat dengan kumpulan budak perempuan yang selalu melepak di bus station tu. Walhal bukannya cantik sangat pun, dan seorang duanya pula macam jantan, kasar, suara pun garau semacam… hie! Tak ada selera!
“Kejapla, aku tengok budak pengkid tu cune gilerla, yang pakai cap merah tu! Cune! Hish! Goyang mata aku bila tengok dia!!!” jawapan Zafril membuatkan Shamsul mengeluh.
“Ray, aku tak faham le dengan kau ni. Awek macam tu punya kasar kau kata cune? Kang kau minta flying kiss, tak pasal-pasal dia bagi flying kick! Nahas kau!” ujar Shamsul.
“Itulah kau tak tau, sedangkan besi yang keras tu kalau dibakar pun boleh dilembutkan, ini pula perempuan! Macam kerak nasi je!” jawapan Zafril membuatkan Shamsul menggaru kepala yang tidak gatal. Tidak faham dengan perangai sahabat karibnya itu.
“Ray, daripada kau gilakan pengkid tu, apa kata aku kenalkan kau dengan Fariana, cheer leader dan satu sekolah dengan budak pengkid ni. Cune habis! Kalau kau tengok sure juling mata kau!” Shamsul cucuk jarum lagi. Dia tak mahu kawannya itu terus terbelenggu dengan perasaan yang tak masuk akal. Ada ke minat kat budak separuh jantan, separuh betina tu.
“Hish, taknaklah aku, nanti kurang kehenseman aku bila tengok muka Fariana tu. Lagilah, budak pengkid cune tu tak mahu kat aku…”
“Apasal pulak?” tanya Shamsul, hairan dengan jawapan Zafril.
“Yelah, tiap kali aku tengok muka dia, juling mata aku. Lama-lama tengok muka dia, juling terus, hie! Tak handsome la bila dah juling!” jawab Zafril sambil berlalu. Shamsul menggaru kepala sekali lagi, bingung dengan jawapan Zafril. Tapi ada juga benarnya. Karang kalau juling betul kang, lagi haru!

*****************

Seperti hari-hari biasa, Juan mengatur langkah menuju ke stesen bas. Hari ini dia berseorangan, tanpa kawan-kawannya yang lain. Ben ada latihan hoki sampai petang, Maya pula ada latihan kebudayaan dan Anita tak datang sekolah hari ni. Juan membetulkan cap merahnya, bukan dia mahu menyorokkan rambutnya yang pendek tu, tapi cap itu adalah trademarknya. Juan mengeluarkan purse dari poket beg sekolah, mengeluarkan duit untuk membeli setin Coke. Maklumlah tengah hari macam ni, panas terik, tekaknya pula sudah kering kehausan. Dia bangun menuju ke gerai sambil tunduk memasukkan semula purse ke dalam beg, sedang dia tertunduk-tunduk itu, dia terlanggarkan seseorang dan pursenya terjatuh.
“Er! Sori ye! Terlanggar!” ucapnya sambil membongkok memungut semula purse itu. Budak lelaki yang dilanggarnya juga tunduk juga untuk memungut purse Juan.
“Tak pe! Awak punya pasal, nak langgar hari-hari pun saya tak kisah! Er! Saya Zafril Ikhwan, awak Juana Syiraz ye!” huluran tangan budak lelaki itu dipandang sepi.
-Apahal entah mamat ni! Nak salam-salam dengan aku pula. Siap nak berkenalan lagi, dah tu panggil nama betul aku? Peliklah pulak! Budak ni tak reti nak bezakan awek dengan pengkid kot?
Tanpa memperdulikan huluran salam itu Syiraz terus berlalu. Tapi tanpa disedarinya, budak lelaki itu mengekorinya.
“Dahlah langgar orang, blah macam tu je? Kurang-kurang bagilah nombor telefon ke, belanja minum ke? Tak ada budi bahasa betullah!” kata budak lelaki itu yang sudah berada rapat dengannya. Juan terkejut.
“Hei! Mat, kau nak apa hah? Ikut-ikut aku ni? Aku dah kata sorry tadi kan? Apahal kau ni? Tak puas hati?” Juan bengang.
Dia menegur budak lelaki itu dengan kasar. Kalau budak itu lebih-lebih sangat dia sudah bercadang nak bagi penumbuk sebiji dua. Kalau tidak sia-sia sahaja dia ada tali pinggang biru dalam taekwando.
“Memang tak puas hati! Juana dah langgar saya, jadi Juana kena bayar kesalahan tu dengan bagi saya nombor telefon Juana! Boleh?” Mamat tu buat suara garang kemudian dia lembutkan suaranya pula.
Apahal mamat ni? Nak nombor telefon aku pulak! Takkan dia nak mengurat aku kot? Kalau budak pengkid yang lain tahu ni, jatuhlah tahap kemachoan aku! Kalau awek-awek aku tahu lagi teruk, ini satu penghinaan ni! Mamat ni sengaja nak sabotaj aku kot? Mana tau kot aku pernah terampas awek dia ke…
“Kau ni apahal? Dah makan ubat ke belum? Dah-dah, blah, aku tak ada masa nak layan kau!” Juan pandang sekeliling, kot ada orang lain yang nampak.
Masak dia kalau ada pengkid-pengkid lain tak pun awek-awek lain yang dengar dan nampak mamat tu cakap dengan dia macam tu. Jatuh kredebiliti aku sebagai seorang pengkid yang termacho kat town ni!
“Eh! Mana boleh cam gitu! Tak boleh main blah je. Kalau awak tak bagi nombor telefon saya akan ikut awak sampai balik rumah!” ugut Zafril.
Juan tidak memperdulikannya. Tapi ugutan Zafril itu bukan ugutan kosong, lelaki itu mengekori ke mana sahaja Juan pergi hingga membuatkan Juan tidak selesa. Lantas dia memberikan nombor telefon, tapi nombor telefon orang lain, lepas tu barulah mamat tu blah dengan bersiul-siul macam orang hilang akal.

*****************

Zafril Ikhwan menunggu Shamsul dan Hanif di food-court, di sebuah kompleks membeli-belah. Ramai remaja yang masih bersekolah melepak di situ, tambahan pula di situ terdapat sebuah pusat video game untuk membolehkan remaja di sini membuang masa sambil membuang duit mak bapak mereka. Zafril pula sudah berjanji dengan Shamsul, Hanif dan Sarah untuk bermain bowling. Tiba-tiba matanya terpandang seseorang yang menarik perhatiannya selama ini. Zafril terus bangun dan merapati Juana Juan yang seperti sedang menunggu seseorang.
“Hai! Juana tunggu siapa?” sapanya sambil tersenyum manis. Budak pengkid itu menoleh, kemudian mengeluh.
“Ak enna! Mamat ni lagi, tak de ke orang lain dalam dunia ni yang boleh aku jumpa kecuali muka kau?” Juan menggelengkan kepala. Kalau Edwina jumpa aku dengan mamat gila ni, sure dia sangka yang bukan-bukan.
“Kalau bolehkan, saya nak semua orang yang ada kat sini tukar muka dengan saya, biar Juana asyik pandang muka saya je! Juana tunggu siapa? Sampai hati Juana bagi nombor telefon orang lain pada saya, tapi tak apa saya tak marah pun,” kata-kata Zafril membuatkan Juan semakin tidak keruan.
Entah kenapalah mamat ni, aku bagi nombor telefon salah pun dia tak marah! Biul!
“Oi! Mat, boleh tak kau jangan kacau aku, pernah ke aku kacau hidup kau? Entah dari mana kau datang tetiba je muncul ganggu hidup aku. Selama ni hidup aku aman damai je takde muka kau, mat-”
“Err! Salah le, nama saya Zafril Ikhwan, bukannya Mamat! Siapa kata awak tak pernah kacau hidup saya, yang saya tak ada selera makan, tak lena tidur, siapa nak bertanggungjawab tu, kalau bukan awak?!” pintas Zafril, pura-pura marah.
Juan tidak peduli dengan kata-kata Zafril bila dilihatnya, temannya Edwina sedang menghampiri mereka. Bimbang kalau-kalau Edwina mengesyaki sesuatu yang tidak kena kerana hari ini adalah datenya yang pertama dengan gadis kacukan itu setelah beberapa bulan mereka berkenalan melalui telefon. Bila sahaja Edwina tiba di situ, Juan terus berlalu meninggalkan Zafril termangu-mangu sendiri. Zafril masih berdiri melihat kemesraan Juana Syiraz dan pasangannya, Edwina.
Tak guna punya perempuan, dia peluk bakal awek aku! Chiss… Tak pe Juana, kau layan tak layan aku ye. Konon kau tu macho sangatlah ye. Kau belum tahu lagi kemachoan aku ni! Ini Zafril Ikhwan la… Keturunan Dato’ Sagor tau, takkan mudah menyerah kalah! Rungutnya sambil mengepal penumbuk.
Sudah hampir sebulan Zafril Ikhwan cuba memikat Juana Syiraz, tapi Juana masih lagi tak mahu berlembut, tapi Zafril tak kisah. Zafril masih lagi mahu menawan hati si pengkid cune itu. Bagus ada awek perangai macam jantan ni, dah tentu dia tak kena buli dan yang pastinya, kebarangkalian untuk dikebas tu tipis. Sungguhpun beberapa kali Juana mengajukan penumbuknya ke muka Zafril, tapi selagi penumbuk itu belum melayang, Zafril tak akan menunjukkan kejantanannya.

******************

Petang itu setelah pulang dari tuition dia dan Hanif terus menuju ke Mc Donald untuk makan. Sementara Hanif memesan makanan di kaunter, Zafril duduk sendirian di dalam restoran itu, sambil menikmati pemandangan jalan raya yang sedang sesak. Keadaan restoran itu agak bising. Telinganya dapat menangkap satu suara yang amat dikenalinya, suara gadis idaman yang menjadi igauannya setiap malam.
“Hai! Juana, jumpa lagi kita ni ye! Tu lah bak kata orang tua-tua, kalau dah jodoh, memang ditakdirkan kita bersama…” Zafril terus mencelah, di antara Syiraz dan salah seorang kawan perempuannya. Juan terus mencebik, geram dan bengang dengan perlakuan Zafril.
Tak paham-paham bahasa, kalau orang taknak layan tu, maknanya tak sukalah, apalagi mamat ni tunggu? Jangan harap aku nak suka kat kau Zafril, bukan kau sorang je malah jantan-jantan lain pun sama…
“Kau ni apahal hah? Mana je aku pergi kau ada, kau nak apa sebenarnya?” tanya gadis pengkid itu, seperti sudah hilang sabar dengan kelakuan Zafril.
“Saya nak awak!” jawapan dan kenyitan mata Zafril kepada Syiraz membuatkan kawan-kawan gadis itu ternganga. Muka Juan sudah merah padam menahan malu. “Kau jangan nak buat havoc kat sini, lebih baik kau blah! Kalau tidak-“
“Kalau tidak ap-“ belum sempat Zafril menyoal, tiba-tiba sahaja penumbuk sulung gadis pengkid itu hinggap ke mukanya. Zafril tak sempat mengelak.
Semua yang ada di situ cuba menenangkan keadaan. Zafril cuma tersenyum sambil menyapu hujung bibirnya yang sedikit berdarah. Dia terus merentap tangan Juan yang sudah bangun untuk meninggalkan tempat itu. Gadis itu tersentak. Kemudian Zafril terus merangkul kemas pinggang Juan dan menariknya ke rapat ke dadanya. Juan meronta melepaskan diri dari terus dipeluk Zafril, tetapi ternyata tenaga wanitanya tidak mampu melawan tenaga jantan Zafril. Lelaki itu terus bertindak. Syiraz berusaha menolak wajah lelaki yang sedang rakus menjamah bibirnya, tapi tidak berdaya.
Selepas terlerai dari pelukan Zafril, Syiraz terus berlari meninggalkan tempat itu. Dia menangis semahu-mahunya, menyumpah seranah perlakuan lelaki itu. Dan ternyata maruahnya tercalar bila lelaki itu mengucup bibirnya. Manakala Zafril tersenyum, puas hati. Diusapnya pipinya yang masih kebas akibat tumbukan tepat Juan. Tumbukan gadis itu memang berkesan. Tapi bagi Zafril, kucupannya lebih berkesan dan pasti Juana Syiraz tidak akan melupakannya.
Sejak pulang petang tadi, Juan berkurung dalam bilik, menangis mengenangkan perbuatan lelaki itu padanya. Kenapa Zafril sampai sanggup buat begitu, tidakkah lelaki itu tahu tentang batasan seorang lelaki terhadap perempuan, sehingga sanggup membuat perkara yang boleh mendatangkan aib padanya? Ah! Semua lelaki tu sama sahaja hanya tahu melampiaskan nafsu!
Tak guna punya jantan! Ambil kesempatan pada kaum yang lemah! Dia ingat kalau dia buat aku cam gitu aku hadap sangat dengan muka dia? Jangan haraplah Zafril! Mulai saat ni kaulah seteru aku yang paling aku benci sekali! Getus Juan, geram.
Dia tidak menyangka Zafril sampai sanggup bertindak sebegitu. Sedangkan dia lebih selesa jika tiada lelaki yang tertarik padanya. Kerana itu juga dia senang berpenampilan macam lelaki. Dia tidak kisah dengan apa yang orang kata tentang dirinya yang penting dia buat semua itu kerana dia tidak mahu dilihat lemah. Dia tidak mahu selemah kakaknya, Amira, yang kehilangan hidupnya kerana seorang lelaki yang bergelar, ayah.
Malah dia tak mahu juga ada lelaki cuba mendekati keluarganya kerana dia amat membenci lelaki. Dia amat berharap suatu hari nanti dia yang akan melindungi mama dan Amira daripada perkara yang tidak baik yang selalunya dilakukan oleh lelaki. Segalanya bermula adalah kerana peristiwa hitam yang sering membelenggu fikiran Amira, kakaknya yang bisu dan cacat pendengaran. Semua itu berlaku di hadapan matanya.
Waktu itu umurnya baru enam tahun, manakala Amira berumur dua belas tahun, setiap malam juga Amira menangis sambil matanya memandang sayu pada adiknya bagaikan meminta tolong apabila ayah mereka yang seumpama syaitan menjamah rakus tubuh kecilnya. Juan pernah cuba menolong tapi bila syaitan itu merenungnya tajam dia takut. Kerana amaran syaitan itu Juan dan Amira berdiam diri sehinggalah Amira berusia empat belas tahun, Amira masih lagi menjadi mangsa syaitan itu setiap kali mama, yang bertugas sebagai jururawat keluar bekerja shift malam.
Perubahan pada Amira yang membuatkan segalanya terbongkar. Sejak itu Amira selalu kelihatan murung, sering menangis dan menjerit tiba-tiba. Mama membawanya berjumpa doctor untuk kepastian terhadap perlakuan Amira, dan sejak itulah terbongkar segala-galanya. Kini, ayah kandung mereka telah dipenjarakan dan semenjak itu mereka berpindah jauh dari kampung.

***************

Hampir seminggu Zafril tidak jumpa Juana, sejak peristiwa di Mc Donald tempoh hari. Hanif dan Shamsul tidak habis-habis marahkan dia kerana memperlakukan Juana begitu. Zafril menyesal dan teramat menyesal dengan tindakannya. Bukan dia berniat mahu memuaskan nafsunya atau mengambil kesempatan, tapi dia memang mahukan Juana untuk menjadikannya seseorang yang istimewa dihatinya.
Sejak peristiwa itu juga Zafril benar-benar terasa kehilangan. Kalau dulu walaupun dia tidak dapat berbual, dia masih mampu melihat tawa Juana dari jauh. Dia masih dapat melihat keadaan Juana, samada budak pengkid itu sakit ke, sihat ke. Tetapi kerana perlakuan kurang sopannya, dia kehilangan gadis itu. Puas dia cuba menelefon gadis itu untuk meminta maaf, tapi Juana langsung tidak mahu menjawab panggilannya. Kata kawan-kawannya, sudah seminggu Juana tidak bersekolah. Kesal mula membelit jiwa Zafril.
Zafril bingung, saban petang itu sehabis waktu persekolahan, dia mencari Juana, kalau-kalau gadis itu akan muncul. Andai dia bertemu gadis itu dia akan memohon maaf. Biarlah Juana tidak menerima cintanya, biarlah Juana yang dipujanya menjadi Syiraz selamanya asalkan dia masih dapat merenung tawa gadis itu dari kejauhan, Zafril rela.

***************
Zafril memanggil teksi. Serentak itu juga seorang gadis yang berada di hadapannya menerpa pintu teksi itu. Zafril termangu seketika. Tidak gentlemen kalau dia berebut teksi dengan gadis itu.
“Maaf encik! Saya dah lama tunggu. Encik nak kemana? Kalau sama tempat, bolehlah naik sekali!” sapa gadis itu sopan dengan senyuman yang amat memikat.
“Err… Taman Melati!” jawabnya teragak-agak.
“Kebetulan. Saya juga tinggal di Taman Melati! Tak apa lah kalau kita berkongsi teksi!” ujar gadis manis itu lagi. Sungguh saat itu Zafril bagaikan terpaku melihat keindahan ciptaan Tuhan yang sedang tersenyum di hadapannya.
“Eh! Ye ke, boleh juga!” tanpa berlengah sudah pasti dia tidak melepaskan peluang untuk mendekati gadis manis itu.
“Ana!” gadis itu memperkenalkan diri.
“Zafril Ikhwan!” Zafril mula berpeluh saat gadis itu menghulur salam. Teksi berlalu meninggalkan stesen LRT Wangsa Maju.
Sempat mereka berbual dan bertukar nombor telefon. Rupanya Ana baru sahaja tinggal di Taman Melati. Dia menyewa dengan kawan-kawannya. Pertemuan tanpa sengaja itu bagaikan membuka pintu hati Zafril untuk merindu lagi.

*******************

Malam ini dia akan keluar lagi dengan Ana, gadis manis yang sudah mula bertakhta di hatinya. Dia mengenakan pakaian sekemas mungkin. Dia mahu kelihatan yang dialah lelaki yang paling kacak dalam dunia ini. Walau dia pernah menyulam rindunya pada Juana Syiraz namun peluang mendampingi gadis bernama Ana tidak akan disia-siakan. Lagi pula tidak mungkin dia akan bertemu semula dengan gadis pengkid yang menjadi pujaannya selama ini.
Seperti biasanya dia menjemput Ana di rumah, selama beberapa bulan berkenalan, Ana hanya menunggunya di busstop di hadapan flat tempat tinggalnya. Namun hari ini dia berpeluang pergi ke rumah Ana, mungkin kerana perkenalan mereka sudah mencecah tiga bulan, dan Ana semakin mempercayainya. Zafril pula terasa semakin menyintai gadis itu.
“Ye, encik cari siapa?” soal satu suara lembut dan beralun.
“Err… saya nak jumpa Ana,” jawabnya dengan senyuman. Dilihatnya ‘tukang buka pintu’ itu merenungnya atas dan bawah. Dan tukang buka pintu itu juga tersenyum manis.
“Zafril?” soal tukang buka pintu itu. Mulutnya ternganga memandang Zafril.
“Jemput la dia masuk Juan… aku tengah siap ni!” jerit pula satu suara, suara Ana.
“Err… cik, kalau iya pun, tutup le mulut tu… karang lalat masuk!” ujar Zafril sambil tahan tawa. Pantas gadis itu menekup mulutnya dengan tangan kiri.
Tahulah aku ni handsome tapi jangan la nampakkan sangat kekaguman tu, bisiknya dalam hati.
“Kau tak pernah berubah!” gadis bernama Juan itu menggeleng kepala sambil mengajaknya masuk.
“Berubah?” Zafril mengerut dahi.
“Kau tak kenal aku? Juan, Juana!” sinis gadis itu bersuara. Zafril ternganga sendiri. Juan? Juana? Juana Syiraz? Kenapa dia tidak perasan selama ini dia berkawan dengan kawan serumah pengkid cune? Kenapa dia tidak perasan dengan tahi lalat manis di bawah mata si pengkid cune ini. Kenapa dia boleh tidak menyangka yang pengkid cune sudah berubah menjadi awek cune? Kenapa?
“So, Zaf, shall we go now?” soal Ana manja sambil menarik lembut lengannya.
Zafril bagai tidak mahu berganjak dari situ. Terasa kakinya berakar saat gadis itu memperkenalkan diri sebagai Juana.
“Juana… aku… minta maaf!” ucapan itu yang dia berhutang selama ini. Ungkapan maaf yang keluar dari bibir lelaki itu membuatkan Juana senyum.
“Takpe Zafril, dah lama aku maafkan kau. Kerana tindakan kau membuatkan aku bertambah sedar tak selamanya aku boleh jadi pengkid!”
“So, Juan, dia la yang kau ceritakan tu?” soal Ana. Matanya terbeliak. Tidak sangka lelaki sekacak Zafril pernah terpikat pada pengkid.
Zafril mengangguk. Kekesalan yang membelitnya selama ini telah terlerai. Kemaafan Juana telah membuka ruang persahabatan lama. Dia tahu sekarang hatinya sudah tertutup untuk gadis itu. Hatinya kini untuk Ana. Tiga bulan perkenalannya dengan Ana membuahkan rasa sayang terhadap gadis itu.
“So, korang nak pergi ke tak ni?” soal Juana sejurus dilihatnya kedua-dua pasangan itu masih belum berganjak dari situ.
“Aku pegi dulu la Juan. Kunci pintu ye…” lambai Ana sambil meraih lembut tangan Zafril.
“Bye!” ucap Zafril saat Juana melambai mereka. Juana dapat lihat mata Zafril berkaca saat ucapan itu keluar dari bibir.
Sesaat mereka pergi, Juana menutup daun pintu. Dia tidak dapat menahan airmata. Dia yang selama ini mengharapkan sesuatu keajaiban akan berlaku saat dia bertemu Zafril semula. Namun segalanya bagai mimpi. Sepuluh tahun dia menyimpan hatinya untuk Zafril Ikhwan. Gerak hatinya percaya bahawa mereka akan bertemu suatu masa nanti. Sejak sepuluh tahun dulu dia sudah meleraikan dendam. Dia jatuh hati pada lelaki itu. Kerana ego dia memendam perasaan. Tapi kini tiada guna lagi. Zafril adalah milik Ana. Segalanya tidak mungkin berubah.
Airmata di sekanya. Dia menutup Notebook kesayangannya. Segala rahsia hatinya terhadap lelaki bernama Zafril tertulis di situ. Dan selepas ini Juana tidak mahu menunggu lagi. Cinta Zafril tidak mungkin dimilikinya. Tidak mungkin.......

-tamat-

Monday, July 7, 2008

SEMANIS SENYUMANMU -BAB 10

Aryssa menggalas beg di bahu dan kaki mula melangkah menuju ke arah Wani yang sedang duduk bersendirian di tepi padang. Wani selalunya datang lebih awal kerana dihantar ayahnya. Bila habis kuliah pula, biasanya Aryssa akan menghantar Wani pulang ke rumah.
“Berangan je kerja kau! Dah tak ada kerja lain?” sergah Aryssa.

Dia merampas majalah hiburan di tangan Wani. Tertera gambar Mawi, juara AF3 yang amat diminati ramai.
“Handsome ye, Ry… kalaulah aku dapat jadi awek dia. Gempak satu Malaysia!” Wani tersengih menatap wajah lelaki idaman Malaya itu.
“Banyaklah kau punya Mawi… Zastri yang tak berapa glamour tu pun tak dapat nak tackle… ada hati nak tackle Mawi…” ejek Aryssa.

Wani ni bukannya tidak cantik, tetapi terlalu memilih. Bukannya tidak pernah ada lelaki yang suka padanya, tetapi dia yang suka jual mahal. Dulu, semasa di sekolah menengah, pernah ada seorang budak lelaki meminati Wani. Haikal namanya.

Mulanya Wani jual mahal, selalu mengelak bila setiap kali Haikal hendak berjumpa. Entah macam mana pada pertengahan tingkatan lima, Haikal mengikut keluarganya berpindah ke Johor sebab bapanya tu bertugas sebagai tentera. Selepas itu, Wani juga yang kecewa tertonggeng bila Haikal pindah. Mungkin sejak itulah Wani tidak berminat dengan orang lain.
“Kau tak risau ke nak exam ni. Masih lagi baca majalah?”

Aryssa melipat majalah hiburan itu dan meletakkannya ke tepi. Dibukanya nota kecil bagi menghafal nota yang bakal disoal dalam kertas peperiksaan. Minggu lepas ujian praktikal. Minggu depan pula ujian teori akan dijalankan. Dia tidak mahu gagal. Semester pertama dahulu Aryssa lulus cemerlang. Dia juga perlu mendapat keputusan yang cemerlang sebegitu.
“Eleh, Mengata aku konon! Aku dah prepare awal-awal. Ni, dalam otak aku ni…dah penuh dah jawapan yang bakal disoal,” Wani menghalakan telunjuknya kea rah kepala sendiri.
“Kalau soalanpun kau belum tengok, macam mana jawapan boleh penuh dalam kepala otak kau ni? Jangan cakap besar, kena tulah aku tak tau!” balas Aryssa.
“Eh…janganlah macam tu, kau ni. Mulut tu jangan cabul sangat!” Wani tergagap.
“Haaa…tau pun takut!” Aryssa ketawa kecil.

Wani terdiam seketika. Memandang wajah Aryssa dan cuba mencari makna disebalik wajah tenang itu.
“Kau pergi birthday Danny ya? Tak ajak aku! Apa kau buat dengan Linda malam tu? Cerita panas ni…” giat Wani.

Dia telah mendengar macam-macam cerita daripada kawan-kawan mereka yang hadir dalam majlis itu. Macam-macam cerita keluar tentang Aryssa dan Linda. Tetapi dia memang tidak mudah untuk mempercayainya.

Wani kenal sangat siapa Aryssa. Dia bukanlah seperti yang mereka sangkakan. Hanya luarannya sahaja nampak macam lelaki, tetapi jauh di sudut hati, Aryssa sebenarnya perempuan sejati. Seperti perempuan yang lain juga. Bukannya perempuan songsang.
“Apa yang kau dengar?” soal Aryssa, seperti mengetahui apa yang terkandung dalam fikiran Wani.
“Kau dan Linda… ehem!” tawa Wani semakin lama semakin kuat.

Cepat benar cerita itu menjadi bualan. Nasib baiklah mereka bukan Kolej yang sama. Danny dan Linda hanyalah kawan mereka semasa di luar kolej sahaja. Jika tidak, pasti cerita itu menjadi bualan hangat. Kaki gossip di kolej ini pasti akan menokok tambah perisa bagi menyedapkan cerita. Sungguh memalukan!
“Hiee yer!” ucap Aryssa bila tiba-tiba dia teringatkan pipinya dijamah rakus oleh bibir mungil Linda.

Dia benar-benar kegelian. Alangkah jijiknya bila diingatkan semula tentang Linda yang ingin mengucup bibirnya. Yerkh!!! Tidak dapat dibayangkan lagi.
“Tu lah, kau juga yang salah. Cuba kau datang pakai skirt ke, baju kurung ke..baru le tak kena cabul dengan kaum sejenis!” ulas Wani.

Kasihan juga Wani dengan Aryssa. Kalau tidak kerana dia perlu menemani neneknya di rumah, pasti dia dapat menyelamatkan Aryssa daripada digoda Linda.
“Cabul? Dia cium pipi gebu aku ni je lah! Pandai-pandai je kata aku kena cabul!” kata Aryssa sambil menepuk-nepuk pipinya.

Wani ketawa lagi. Memang dia tahu orang lain suka menambah cerita. Sengaja dia menyakat Aryssa dengan perkataan cabul itu.
“Aku tau, takkan sampai ke bilikkan? Tapi pedulikanlah! Aku tahu kau bukan macam tu. Tapi…tak tau pulak kalau kau dah tukar selera,” giat Wani. Ketawanya meledak-ledak menyakat Aryssa.
“Banyaklah kau punya tukar? Nak mampus! Aku ni masih ingat lagi nak mati tau…” sergah Aryssa.

Wani ketawa lagi. Kedua pipinya memerah bunga raya. Lucu benarkah gurauan begitu?

“Apa jadi dengan mamat selenga tu? Dia dah tangkap feeling dengan kau tak?” Wani mengubah topik.

Perbincangan tentang Linda tidak mahu dipanjangkan bila melihat wajah jengkel Aryssa. Jelas benar Aryssa cuak dengan gadis itu.
“Wani, please! Lepas habis kelas aku cerita, tapi bukan di sini. Nanti terbocor rahsia lagi parah berdarah. Mamat selenga tu bukan betul sangat!” Aryssa mengelak.

Memang dia tidak mahu membincangkan tentang projek mematahkan hati mamat selenga itu di kolej. Dia tidak mahu nanti rahsianya terbongkar. Dia juga yang akan susah nanti.
“Ary, Panjang umur betul mamat tu. Kau tengok mamat tu… duduk seorang-seorang pula, dah tak ada awek nak teman ke? Tak pun dah insaf?” bisik Wani, dia memuncungkan bibirnya ke arah Fizal yang sedang keseorangan.

Aryssa menoleh ke arah lelaki yang Wani maksudkan. Sedang dia menoleh itu, lelaki itu juga memandang ke arahnya. Mata mereka bertemu. Aryssa terkaku seketika bila dengan tiba-tiba sahaja jantungnya berdegup kencang.

Sungguh, Aryssa tidak tahu apakah perasaan itu. Dia dapat rasakan betapa gementar hatinya bila pandangan mereka bertaut. Walaupun dia tidak menunjukkan apa-apa reaksi, tapi Aryssa tahu ada sesuatu yang berlaku dalam dirinya kini.
“Apasal kau berpeluh, Ary? Alah, janganlah takut sangat. Dia takkan tahu siapa Syarina tu…” bisikan Wani mengejutkan lamunannya.

Berpeluh? Cepat-cepat disekanya peluh yang hampir menitik di dahinya. Dia tidak mahu reaksi gementar itu dapat dikesan oleh Wani.
“Eh, Tak adalah. Panas kat sini. Jom, kita blah! Kejap lagi class nak mula…” ajaknya.

Aryssa menarik tangan Wani untuk terus bangun meninggalkan tempat itu. Dia tidak mahu reaksi berpeluhnya itu dikesan Fizal. Kalau lelaki itu tahu siapa dia sebenarnya, sudah tentu perkara itu menjadi isu. Sudahlah selama ini, dia dan Fizal selalu bertengkar. Lagipun dia tidak mahu lelaki itu membahasakannya dengan macam-macam gelaran. Cukuplah gelaran betina-jantan yang diterimanya, dan padanya itu adalah gelaran yang cukup mengaibkan.

Kalau dia tahu aku yang call dia tiap-tiap malam, mampus! Mahunya dia maki aku sesedap rasa depan public. Mamat ni bukannya betul sangatpun urat saraf kepala dia.
“Okey, Ry…pukul 12 kau tunggu di café…” pesan Wani bila dia sudah memasuki Blok Mentari untuk ke bilik kuliahnya.

Aryssa cuma mengangguk dan berlalu menuju ke Blok Bintang. Sedang dia bernyanyi kecil membelok ke Blok Bintang, langkahnya terhenti seketika apabila terserempak dengan Fizal yang sedang berjalan bersama seorang gadis disebelahnya. Lelaki itu terus berlalu tanpa menoleh ke arahnya. Namun jantungnya sekali lagi berdegup kencang. Dan sekali lagi dia tidak faham dengan perasaan itu. Mungkin kerana dia terlalu takut andai lelaki itu mengetahui rahsianya ataupun dia sudah jatuh cinta.

Ah! Tak mungkin aku jatuh cinta pada lelaki seperti itu. He is just not my type! Tak ada kualiti langsung untuk jadi lelaki idaman. Harapkan muka jelah… lain-lain tu dah out! Lelaki macam tu, tak sesuai nak buat laki. Attitude dahlah teruk, kalau buat balak pun, main-main bolehlah. Kena bersiap-sedia untuk terima ‘madu-madu’ yang bakal di bawa balik.

Hie, tolonglah! Daripada makan hati berulam jantung sendiri, lebih baik makan nasi daripada berkahwin dengan jantan yang tak tentu hari tu. Hari ni perempuan lain, esok perempuan lain. Lusa, tulat, tunggeng… minta simpang malaikat 44!

Aduss! Kenapa dia boleh terfikir sehingga ke arah itu. Tidak mungkin dia dan Fizal bersatu. Dia lebih rela mati daripada tinggal bersama lelaki yang amat menyakitkan itu. Mulut lelaki itu begitu berbisa. Walaupun hakikatnya Aryssa sendiri tidak mengenali Fizal dengan rapat, namun banyak cerita yang didengarnya tentang lelaki idaman Malaya itu.

Tuesday, June 24, 2008

SEMANIS SENYUMANMU -BAB 9

Kepalanya terangguk-angguk mengikut rentak muzik techno yang dimainkan DJ. Parti sambutan hari lahir Danny memang meriah. Kebanyakan yang hadir adalah teman-teman yang seangkatan dan se ‘species’ dengannya. Gadis tomboy dan pengkid. Perempuan yang berlagak lelaki, sama juga seperti Aryssa. Kebanyakan gadis sejati yang datang pula berpakaian seksi dan menggiurkan. Mereka menari dengan pasangan masing-masing.

Aryssa ketawa sendiri. Kononnya pengkid ni brutal sangat, tapi… sambut birthday pula! Biasanya yang sambut Birthday ni awek yang manja-manja je…

Aryssa duduk di meja yang paling tepi sambil memerhatikan gelagat temannya yang lain sejak tadi. Sejak dua tiga hari lepas, Danny bersungguh-sungguh mengajaknya ke parti itu. Yang paling merimaskan bila Danny memperkenalkannya pada Linda, gadis seksi yang tergila-gilakan Aryssa.

Benar apa yang dikatakan Wani, Linda memang cantik jelita. Macam model dan pelakon Fasha Sandha. Mana-mana lelaki yang memandangnya pasti cair dengan godaannya. Tetapi sayang, kecantikan itu akan musnah dek kaum sendiri.

Linda sejak tadi lagi cuba menggodanya dengan lirikan manja. Tambahan pula malam ini Aryssa kelihatan ‘handsome’, walaupun hanya mengenakan jeans dan T-shirt Polo dengan kolar yang tegak tidak berlipat. Gel yang dipakai membuatkan rambutnya terpacak ke atas. Menambahkan gayanya seperti seorang lelaki.
“Ary, jom kita menari… dah lama Linda teringin sangat menari dengan you…” manja Linda memaut lengannya.

Ajakan Linda ditolaknya dengan sopan.
“I tak pandai menari… Sorry. You ajak orang lain ye… kan banyak balak yang ajak you menari,” tolaknya.

Takkan aku nak menari dengan perempuan, yakh! Tolonglah! Geli!

“Kalau I nak menari dengan diorang, dah lama I pergi. I nak menari dengan you… Come on Ary!” pinta gadis itu lagi.

Kali ini dia menarik tangan Aryssa. Badannya disorong rapat ke tubuh Aryssa. Digesel buah dadanya juga. Aryssa cuba menghindarnya. Menolak perlahan badan Linda yang semakin rapat. Kemudian, Linda mula mendekatkan bibirnya ke bibir Aryssa.

Aryssa mulai panik. Gila!
“Jangan buat macam ni. Malu orang tengok!” Cepat-cepat Aryssa menolak lembut muka Linda.
“Okey, kita buat kat rumah I. Jomlah, I dah tak sabar ni…” rengek Linda. Manja dan memberahikan jika ada lelaki yang memandangnya. Tapi tidak pada Aryssa. Gadis itu menjengkelkannya.

Gila! Linda memang dah gila agaknya. Hilang akal!

Aryssa mula memikirkan alasan untuk menyelamatkan diri.
“Malam ni, tak boleh la… apa pula kata Danny nanti. Kan ini party dia. Kecik pula hati dia kalau kita tinggalkan. Lain kali ye…” balasnya, masih lagi berlembut.

Hi ye! Yakh! Macam mana aku boleh terlibat dengan perempuan yang dah songsang ni? Ya Allah, Selamatkanlah aku. Dah nak kiamat agaknya dunia!

“Okey, lain kali… tapi bagi I kiss sikit!”

Linda masih buat muka menggoda sambil menjilat bibirnya yang merah. Sekali lagi Aryssa mengerut dahi dengan permintaan Linda.

Takkan aku nak bercium dengan dia?

Dia bukan sahaja tidak tergoda dengan permintaan itu, tetapi dia berasa teramat geli dan jijik. Masakan Aryssa mahu membenarkan bibirnya dijamah oleh perempuan gila di hadapannya. Never!
“Pipi je ye…” Aryssa teragak. Terpaksa.

Tanpa menunggu lama, Linda mencium pipinya, rakus. Meremang bulu roma Aryssa. Kalau dia tahu perkara macam ni akan terjadi, sumpah dia tidak datang.

**** *********** *****