Sunday, August 10, 2008

SEMANIS SENYUMANMU -BAB 27

BAB DUA PULUH TUJUH

Dia teramat rindukan suaranya. Fikirannya sering melayang terkenangkan lelaki itu. Aryssa sudah mulai tewas pada perasaannya sendiri. Dia tahu dia sudah jatuh cinta, tersangat-sangat jatuh cinta. Tambah pula Wani mengugutnya tempoh hari. Memintanya membuang nama Fizal dari ingatan. Mana mungkin Aryssa bisa berbuat begitu.

Mana mungkin ditipunya hatinya sendiri sedangkan nalurinya bagai terseksa dek perasaan itu. Betapa dia cemburu bila melihat Fizal dan Wani begitu mesra berbual. Betapa dia ingin berterus terang pada waktu itu supaya Wani pergi jauh dari Fizal. Tetapi dia takut andai berterus terang, Fizal tidak mahu memaafkannya.

Bukankah Wani mahukan persaingan? Bukankah Wani sendiri mahu dia bersaing merebut Fizal. Bukan Aryssa yang minta semua itu. Wani yang mulakan. Apa salahnya Aryssa terima cabaran Wani!
“Hai, Fizal. Any interesting story today?” suaranya ceria, penantian satu harinya terasa begitu lama.

Dia juga tahu Fizal sentiasa menantikan panggilan darinya. Sememangnya setiap hari panggilannya ditunggu-tunggu. Walau lelaki itu tidak pernah memberitahunya, namun, melalui suaranya Aryssa tahu Fizal mengharapkan panggilannya setiap malam.
“Nothing, tapi Fizal ada benda nak bagitahu Rina,” suara di hujung sana juga ceria, bagai ada sesuatu yang amat meriangkan hati.
“Apa dia? Macam excited je nak bagitahu. Dapat awek baru kot?”
“Janganlah perli Fizal macam tu…kecik hati, tau,”
“Sejak bila pandai kecik hati ni?”
“Sejak selalu rindu Rina call. Sejak Fizal tahu yang Fizal cintakan Rina!” Fizal berbisik. Perlahan.

Bisikan itu membuatkan Aryssa terpaku. Terdiam. Entah kenapa mukanya terasa panas. Andai dapat dilihat, sudah pasti merah padam kala itu.
“Ha..ha…ha… very funny! Fizal, please! Kita tak pernah berjumpa, tak pernah kenal antara satu sama lain. Tiba-tiba Fizal cakap Fizal cintakan Rina…. Funny lah! Fizal, tolonglah jangan mainkan girls lagi, okey! Rina tak mahu jadi salah seorang daripada mereka.” Pantas Aryssa tersedar. Dia tidak mahu tersenarai dalam senarai gadis-gadis yang pernah dipermainkan.

Hati aku tak serapuh itu untuk menerima cinta kau, Fizal. Cukuplah hati ini telah kau bawa pergi. Jangan kau sogokkan dengan kata-kata cintamu, ianya membuatkan hati aku terseksa, Fizal!

“It is not funny, okey! Fizal serious, really…really serious… from the bottom of my heart! Fizal memang cintakan Rina, salahkah?”
“Memang tak salah… tapi masalahnya, fizal terlalu yakin yang Rina juga boleh menerima Fizal? Bukan sekarang Fizal, mungkin setelah berjumpa baru Fizalo pastikan yang Fizal betul-betul cintakan Rina!” tegas Syarina dalam suara yang agak keras.

Dia tidak mahu lelaki itu terpedaya dengan perasaan sendiri, walaupun selama ini itulah yang Syarina harapkan. Dia sentiasa berusaha membuatkan lelaki yang pernah menghinanya akan jatuh cinta pada dirinya dan kemudian dia mengharapkan lelaki itu kecewa. Tetapi, tanpa disangkanya, selama beberapa bulan ini hatinya bagaikan terjebak ke dalam jeratnya sendiri.
“Rina, macam mana Fizal nak bagi Rina percaya? Memang Fizal dah cintakan Rina, trust me, okey! Fizal janji Fizal akan menyayangi Rina sampai bila-bila. Tolonglah Rina, I love you!” rayuannya membuatkan hati gadis itu tiba-tiba menjadi sayu.

Tapi benarkah segala apa yang diucapkannya, Aryssa tidak mahu tertipu kerana dia juga berkeadaan sama. Dia juga sudah terlanjur menyintai lelaki itu. Namun berat untuknya mengucapkan. Bukan takut cintanya tidak berbalas tetapi takut perasaannya nanti dipermainkan. Takut hatinya nanti dicalar kepalsuan.

Fizal, Rina pun cintakan Fizal, tapi tak mampu untuk Rina meluahkannya… rintihnya dalam hati. Aryssa benar-benar ingin menyatakan, tetapi dia tak mampu. Takut tak mampu mengotakan apa yang akan diucapkannya.

“Rina, are you still there? Kenapa tak jawab Fizal? Sorry, kalau Fizal terlalu cepat melafazkannya, tapi memang itu yang Fizal rasa. Fizal nak Rina tahu, Fizal sayangkan Rina. Sumpah! Tolonglah Rina, fahami Fizal. Fizal juga nak Rina balas kata-kata keramat ini,” ucapnya lagi.

Aryssa memejam mata, terasa ada titisan jernih jatuh ke pipi.
Tak mungkin! kita tidak ditakdirkan bersama Fizal!
“Rina faham, tapi beri Rina masa okey! Bukan Rina tak mahu terima Fizal, tapi… terlalu awal untuk Fizal buat keputusan begitu… Memang senang melafaz cinta Fizal, tapi untuk kita melaksanakan dengan keikhlasan, ianya terlalu payah,” ujarnya perlahan menahan tangis.

Aryssa seperti mahu mengakhiri kata-katanya. Tidak sanggup lagi dia meneruskannya. Dia tak cukup kuat untuk membina hubungan itu.

Walaupun dia selalu berangan-angan untuk mendampingi lelaki itu dan menjadi Syarina Wirdayu yang sebenarnya, tetapi Aryssa tahu kenyataannya dia tidak akan mampu mengecapi impian itu. Semua itu bagaikan sebuah kisah dongeng. Tidak mungkin akan berlaku sepanjang hayatnya. Dan dia juga takut lelaki itu akan menyesal dengan kata-katanya sendiri.

Aryssa serba salah. Tidak tahu apa yang harus diucapkan. Andai dia menyambut ucapan cinta itu, ianya cuma sementara. Andai dia melepaskan Fizal pergi darinya, di hatinya juga sudah tersimpan rasa terhadap lelaki itu.

Dia tidak mahu lelaki itu kecewa suatu hari nanti. Dia sendiri dapat rasakan yang dia tak mampu lagi untuk berjuang meneruskan hidup. Dia harus menelan pahitnya kenyataan hidup daripada terus ingin merasa manisnya angan-angan…
“Apa yang susah sangat, Rina? Cakap je Rina tak pernah jujur pada Fizal, sebab tu Rina selalu mengelak bila Fizal bercerita tentang hati dan perasaan. Rina sengaja nak mainkan Fizal kan? Rina nak bagi Fizal menangis kecewa saat Rina tinggalkan Fizal kan? Katakan Rina… katakan!” bentakan Fizal membuatkan hati Aryssa merintih pilu.

Maafkan aku Fizal, maafkan Rina…

“Sudahlah Rina, Fizal tak mahu menipu diri sendiri. Biarlah Fizal buang segala ego Fizal untuk melafazkan sayang Fizal pada Rina. Fizal jujur, Fizal ikhlas! Tapi kalau Rina tak jujur berkawan dengan Fizal, it is over, Rina!”

Jawapan daripada Aryssa masih dinanti. Kenapalah gadis ini terlalu payah untuk menyatakan sayang? Kenapalah gadis ini tidak pernah memahami hatinya?
“Fi… Fizal, jangan macam ni, Ri… Rina ikhlas nak berkawan. Ta… pi, Rina tak boleh cintakan Fizal,” Aryssa gugup.
“Kenapa? Kenapa Rina tak boleh cintakan Fizal? Sebab Fizal tak sesempurna dulu?” tempelak lelaki itu.
“No, bukan sebab itu! Rina cuma mahu berkawan dengan Fizal. Rina mahu berkawan rapat dengan Fizal itu saja…”
“Rina, please! Jangan bagi jawapan bodoh pada soalan Fizal. Rina nak berkawan rapat dengan Fizal tapi tak mahu dikenali! What a noncense, Rina! Rina buat Fizal jadi orang bodoh. Bercinta tanpa rupa! Atau, Rina memang dah kenal Fizal dan Rina sengaja nak mainkan hati Fizal!”

Suara Fizal mula mengendur sedikit. Entah mengapa perbualan mereka sejak akhir-akhir ini sentiasa tegang dan jarang sekali disulam tawa seperti dulu.
“Fizal please…Rina nak kita macam dulu. Fizal berborak dengan Rina tanpa apa-apa perasaan, kita seperti kawan baik yang sentiasa memerlukan nasihat antara satu sama lain. Kita jadi macam dulu Fizal, please….” rayu Aryssa.

Dia tidak sanggup memutuskan hubungan mereka dengan cara begini. Hatinya memang sudah terpaut pada suara lelaki ini. Namun dia tetap mengelak untuk berbicara tentang cinta.
“Okey! Fizal tak tahu apa kesudahannya. Entah sampai bila Rina nak menyorok dari Fizal. Kita boleh jadi macam dulu, tapi…Fizal tak mahu tipu diri sendiri lagi, Rina. Fizal nak Rina tahu yang Fizal cintakan Rina. Dan Fizal tak pernah melafazkan perkataan itu pada mana-mana perempuan lain yang Fizal kenal,” ucapnya lagi untuk kesekian kalinya.

Ah! Lelaki, kenapalah kau masih tidak mahu berganjak daripada persoalan itu. Tidakkah kau tahu betapa aku sebenarnya terseksa kerana perasaan itu? Aku juga menyintai kau Fizal, tapi bagaimana harus aku buktikan? Bagaimana untuk diucapkan? Setiap kali ingin melafazkan, aku terbelenggu dengan bayangan orang lain. Maafkan Rina, Fizal!

Dia sepatutnya puas dengan apa yang berlaku. Sememangnya Aryssa mahu lelaki itu tewas dalam cintanya. Sememangnya Aryssa mahu lelaki itu belajar bercinta dengan perasaan bukannya nafsu. Tetapi sekarang Aryssa sendiri tewas dalam perasaannya. Dia sendiri terperangkap dalam jeratnya. Aryssa sendiri tidak tahu apa kesudahannya. Yang pasti hatinya telah dicuri lagi!

No comments: