Sudah lama mereka berada di dalam kereta, tetapi Izham bagaikan tidak dapat untuk memulakan perjalanan. Entah mengapa hatinya bagai tidak keruan bila tidak memandang wajah Anizan, matanya bagaikan tak mahu dilepaskan dari menatap wajah ayu gadis itu.
“Cik Izham, bila kita nak sampai kalau awak asyik merenung ke sini je?”
“Kalau macam ni, awak bawa lah. Saya nak tengok muka awak je… boleh tak?” gurau Izham. Anizan memukul bahu Izham agak kuat.
Tak habis-habis nak mengelat! Sengaja le tu, kalau tak kerana nak mengenakan aku takde le nak memuji macam ni.
“Aduh! Okeylah! Tak pe, dalam seminggu ni abang bagi chance tau!” Izham mengaduh kesakitan bila pukulan itu singgah tepat ke tulang bahunya.
Saat itu juga jarinya mencuit hujung hidung Anizan, gadis itu tersentak dan akhirnya tunduk menyembunyikan muka yang sudah kemerahan menahan malu. Tidak sampai setengah jam mereka sudah berada di halaman rumah kayu bertingkat itu, Anizan merenung geram ke arah Izham.
Tak guna, rupanya aku kena tipu hidup-hidup? Dia kata tadi dari Tapah ke Malim Nawar, 160 kilometer, rupanya tak sampai setengah jam dah sampai?
“Sorry, sayang! Kalau abang tahu Anis begini punya cune, abang rela bawa kereta dari KL ke kampung ni… kalau Anis tak puas hati, Anis cubitlah abang! Abang rela…” kata Izham bila dilihatnya Anizan merenung tajam ke arahnya.
Pantas tangan Anizan mencubit lengan Izham kuat sehingga lelaki itu menjerit kesakitan. Ye lah, bila lagi nak cubit Bos sendiri, nanti dah balik pejabat balik jangan harap nak bergurau senda begini, dan dia mahu menggunakan semua masa itu sebaik-baiknya.
“Ini bukan cubit sayang ni, ini cubit balas dendam!” jerit Izham.
Kala itu juga ibunya sudah mendekati kereta. Anizan serba salah, lalu dia keluar dan menghulurkan tangannya kepada wanita yang sudah melebihi setengah abad itu, tangannya bersambut mesra, dia lalu keluar dari kereta.
No comments:
Post a Comment