Selepas sahaja berurut, mereka pulang. Terasa pagi itu sangat panjang. Renungan mata Izham juga merimaskan. Ada sahaja yang mahu ditanyakan. Bagi Anizan, Izham sudah benar-benar mabuk pinang. Angau. Malah sepanjang pagi itu Izham asyik duduk dekatnya. Anizan jadi tidak selesa.
“Awak, pergi la tengok tv ke. Sapu laman ke, saya nak siang kacang ni,” pinta Anizan. Tangannya masih tidak dapat memotong kacang panjang dengan selesa. Semuanya gara-gara Izham yang asyik menghadap mukanya.
“TV takde cerita menarik. Muka awak lagi menarik!” Izham tersengih merenung wajah gadis di hadapannya. Entah mengapa dia tidak mahu lepas memandang wajah itu. Wajah Anizan bersih. Dia hanya melihat Anizan mengenakan bedak bayi sahaja pagi tadi. Tanpa lipstik dan tanpa pemerah pipi. Namun wajah gadis itu tetap merah bila dia memandang. Merah semulajadi.
“Kenapa pipi awak colour pink! Awak pakai blusher ye?” soal Izham, sengaja mahu mengusik gadis itu. Anizan menjeling, marah. Geram dengan usikan itu.
-Dah tau aku segan dia asyik renung-renung begitu lagi nak tanya kenapa pipi aku merah.
Terkadang Anizan terasa mahu sahaja membentak Izham sepertimana lelaki itu membentaknya di pejabat. Kala ini juga dia berdoa yang Izham akan normal kembali seperti Izham di pejabat. Garang dan menyakitkan hati.
‘sekarang pun sudah menyakitkan hati!’ bisiknya.
“Awak cakap dengan saya?” pantas Izham merapatkan telinganya ke arah mulut Anizan.
“Jangan main-main. Saya kerat telinga awak dengan pisau ni!” ugut Anizan. Malu dengan perlakuan Izham yang sudah merapatkan telinganya di wajah Anizan.
“Keratlah Anis, abang rela!” Izham melekapkan telapak tangannya ke dada. Dengan gaya romeo dia memejamkan mata.
“Kalau Aniz tak sanggup, mari umi yang keratkan telinga Izham tu!” suara umi dari muka pintu bagaikan halilintar. Kuat dan sinis. Izham tersentak. Anizan juga terperanjat.
Malunya dia kalau umi nampak apa yang berlaku antara mereka sebentar tadi. Takut wanita itu terlihat wajahnya dan wajah anak terunanya seakan mahu bertemu. Muka Anizan merona merah. Tidak dapat di sorokkan lagi.
“Err… umi, bila sampai?” soalan bodoh itu keluar mulut Izham.
Anizan rasa mahu tergelak. Teringat yang selalunya lelaki itu yang suka membentak dan terpekik di pejabat. Rupanya dalam masa yang sama lelaki itu juga reti terkejut.
“Dah lama umi duduk sini, peratikan aje perangai kau tu. Mengada-ngada. Macamlah Anis tu nak lari sampai kau kawal dia macam tu. Dia nak siang kacang tu pun umi tengok tak selesa!”
-Dah lama? Aduss… malunya aku. Minta maaflah makcik, anak makcik ni dah terkena penyakit misteri. Saya sendiri pun takut makcik…
Anizan telan liur. Terasa sangat malu bila menyedari Hajah saniyah memerhatikan mereka sejak tadi. Mujur Izham tidak melakukan perkara melampau.
-Ah, merapatkan wajahnya ke wajah aku itu pun sudah kira melampau tahap gaban.
Tuesday, December 16, 2008
Aku Bukan Untukmu - 28
Sejak mula-mula masuk ke kereta hatinya terus berdebar-debar. Ada sepasang mata dari sebalik langsir sedang memerhatikannya. Dia tahu lirikan mata itu milik Izlan. Entah kenapa sejak semalam, dia sering merasakan apa saja yang sedang dilakukannya di renung oleh lelaki itu.
“Seronok di layan macam puteri raja?” sinis saja pertanyaan itu. Anizan menjeling.
- Kenapalah kau tak selembut adik kau masa berbicara? Ini tak dua puluh empat jam asyik nak menyindir. Aku buka rahsia nanti baru ada akal.
“Bos nak saya buka rahsia ke?” soalnya semula.
Bengang bila dia asyik disindir begitu. Bukan dia yang minta di layan bak anak raja. Hajjah Saniyah yang beriya-iya marahkan Izham sebab banyak alasan nak bawa Anizan pergi rumah Wan Teh. Hajjah Saniyah sendiri tidak dapat ikut, dia perlu menyiapkan kuih yang ditempah jiran.
“Amboi dah pandai mengugut nampak? Macam nak kena potong gaji je…” Izham menjeling sambil ketawa. Gelihati melihat gadis di sebelahnya marah. Sejak dia mengenali Anizan dia memang suka menyakat gadis kecil molek itu. Entah mengapa kalau tidak dapat mengusik gadis itu, bagaikan tidak ceria hidupnya.
“Bos ni sikit-sikit potong gaji, sikit-sikit potong gaji. Malas lah saya nak jadi pembohong sebab bos. Saya sebenarnya kesian dengan umi. Dapat anak macam bos ni, penipu!” tempelaknya geram. Dalam masa yang sama dia meluahkan yang terbuku di hati. Dia benar-benar tidak sanggup untuk berpura-pura lagi. Kasihan Hajjah Saniyah.
“Kalau macam tu, awak tak payah berlakon. Biar perkara ini terjadi betul-betul. Saya cintakan awak!” ucap Izham. Sepantas itu Anizan menoleh ke arah lelaki itu.
“Apa?”
“Saya cintakan awak!”
“Tak mungkin!”
Anizan tidak percaya apa yang diucapkan Izham. Dia tahu lelaki itu cuba mahu mempermainkan perasaannya. Tidak mungkin Izham menyintainya secepat itu. Baru dua hari mereka bersama.
“Betul Anis, saya cintakan awak!” rayu Izham lagi.
Kali ini dia memberhentikan kereta di tepi jalan. Kemudian tangannya cuba mencari jemari Anizan. Bila ketemu, terus dia meraih jari gadis itu. Diusapnya lembut.
“Bos dah gila!” pantas Anizan menarik semula tangannya. Dia terus menafikan.
“Saya gilakan awak Anis!” Izham terus mempamerkan raut wajah yang pelik bagi Anizan.
“Tolonglah bos, kita cuma berlakon depan umi je. Tak payah la nak buat scene kat tepi jalan ni pulak!” pinta Anizan.
Dia memang tidak selesa bila Izham mula mahu beromantik. Mereka tidak bercinta. Tidak mungkin.
“Anis, seriously, saya terpikat pada awak!” ungkapan jujur itu membuatkan Anizan ternganga.
Mustahil Izham terpikat padanya. Siapalah dia. Dia cuma gadis biasa yang berperwatakan tomboy supaya tidak dibuli. Dia kasar, kurang kasih sayang membuatkan dia berdikari. Seringkali dia tertanya siapa yang sudi terpikat pada dirinya. Dia keliru.
“Ini betul Anis, bukan main-main. Saya benar-benar tak sangka saya terpikat dengan awak,” sambungnya.
Izham merenung Anizan penuh makna. Harap-harap gadis itu memahami hatinya. Dia tahu mungkin terlalu cepat untuk dia meluahkan. Tapi dia takut dia terlepas memiliki gadis itu.
“Sejak bila?” Anizan menyoal.
Dia perlu tahu. Kerana apa Izham menyintainya. Dia tidak mahu terbuai perasaan sendiri. Memang dia pernah meminati lelaki itu dalam diam. Tapi mana mungkin dia menyintai lelaki sekacak Izham. Tidak mungkin dia pilihan lelaki itu.
“Sejak di perhentian RnR!” tegas Izham.
Anizan bagaikan mahu ketawa. Sungguh cetek fikiran Izham menilai cinta. Cintanya datang dari mata. Bukan dari hati. Mengapalah cinta itu tidak hadir seikhlasnya dalam diri Izham. Bila melihat saja seorang perempuan yang cantik, terus dia jatuh cinta. Betapa hati lelaki itu mudah dibohongi oleh mata sendiri.
“Bos, terpikat kerana kecantikan, bukannya dari hati. Jangan layan khayalan itu bos. Merosakkan!” sinis sahaja Anizan membalas.
Izham sedang berkhayal. Anizan tidak mahu lelaki itu terus dengan perasaannya. Baginya itu bukan cinta. Cinta itu harus lahir dari hati. Saat bertentangan mata, hati berdebar-debar, mulut terkunci dari bicara. Itulah tafsirannya tentang cinta.
Dia tahu Izham tidak berdebar-debar melihatnya. Izham tidak hilang kata-kata bila bertemu dengannya. Dan lelaki itu jatuh cinta hanya selepas dua hari melihat susuknya dalam pakaian perempuan sejati. Itukah yang dikatakan cinta? Adalah tidak mungkin.
“Saya ikhlas Anis!” ikrar Izham.
Dia benar-benar ikhlas. Entah mengapa semenjak melihat Anizan bersalin kulit, hatinya tidak keruan. Badannya terasa panas tiba-tiba bila terpandang wajah gadis manis itu. Hatinya terasa kembang berbunga bila gadis itu berbicara. Kalau umi setuju, dia mahu terus menikah dengan Anizan hari ini. Tapi pasti umi mahu ianya disulam adat. Tidak mungkin umi mahu terus menikahkannya.
Izham semakin sedar perasaan itu bila malam tadi dia terlihatkan Anizan berbual bersama Izlan. Dia cemburu. Namun cemburu itu dikawalnya. Dia terasa mahu menarik gadis itu masuk ke rumah saat melihat mereka berdua-duaan.
“Tak mungkin secepat itu!” Anizan menafikan.
Dia keliru dengan hatinya kini. Alasan Izham menyintainya bagaikan tidak lojik. Tidak mungkin lelaki itu terlalu cepat jatuh cinta. Bagaimana dengan Sofea. Apa akan jadi kalau perempuan itu tahu. Apa perlu dia buat jika perempuan itu menyerangnya. Segalanya bagaikan berlegar di kepala.
“Anis tak percayakan saya? Saya faham. Saya bagi Anis masa untuk berfikir. Anis tak perlu bagi jawapan cepat,” lirih suara lelaki itu. Mungkin memujuk hati. Mungkin dia kecewa dengan kata-kata Anizan.
- Tak masuk akal bos cepat je ada perasaan. Baru berapa hari mereka bersama. Itu pun kebanyakan hari yang mereka lalui bukan detik-detik indah. Aku takkan percaya kata-kata kau bos. Kau sengaja nak mempermainkan hati aku untuk lakonan ini. Kejam.
“Assalamualaikum! Wan Teh!” laung Izham dari bawah rumah. Rumah kampong yang tinggi itu bagaikan tiada berpenghuni. Senyap sunyi.
“Waalaikumussalam, Ham. Naik lah. Tadi umi kamu dah telefon. Mana kawan kamu tu? angkat naik atas. Rumah wan teh ni tangga tinggi. Kot terpeleot pulak kaki dia,” terang wanita melebihi separuh abad itu.
Tersenyum-senyum dia melihat cucu saudaranya yang seorang itu. Tidak sangka ideanya meminta Saniyah mengugut Izham membuatkan anak sulung Saniyah terus membawa seorang bidadari balik ke kampong. Tapi malangnya bidadari itu terkehel pula. Kasihan.
“Biar dia naik sendiri la wan teh. Tak larat nak angkat, gemuk!” tutur Izham sambil mahu berkelakar. Dia ketawa lucu melihat Anizan terhencot memegang palang tangga.
“Hish! Kamu ni, papah dia, karang kalau terjatuh payah pulak! Mana gemuknya, kecik aje wan tengok!” Wan teh menampar bahu Izham. Geram benar melihat gelagat cucu saudaranya itu.
“Tak apa wan. Saya boleh naik sendiri,” sopan Anizan bersuara.
Lagipun dia tidak akan membenarkan Izham menyentuhnya. Kata-kata lelaki itu sebelum sampai di sini tadi sudah cukup membuatkannya seram sejuk. Sejak meluahkan kata-kata di dalam kereta, tangan Izham sering tidak sengaja menyentuh jemarinya. Anizan gementar. Tidak pernah ada lelaki memperlakukannya seperti itu.

Tuesday, November 25, 2008
Aku Bukan Untukmu - 27
Dalam hatinya dia menangis. Kejamkah dia melukai si ibu yang jujur menyayanginya? Anizan termenung lagi. Ada kaca2 airmata yang terbit. Sudah lama dia tidak menangis. Kali terakhir dia menangis adalah kali pertama dia berhari raya tanpa sesiapa. Tersedu di rumah anak-anak yatim bersama teman yang lain. Tapi waktu itu dia pasrah. Dia redha.
“Maafkan saya!” lembuat suara itu memohon maaf.
Anizan menoleh. Lelaki itu masih di sebelahnya. Dia fikir kembar Izham sudah meninggalkannya saat dia termenung sendiri.
“Bukan niat saya nak buat awak rasa bersalah. Saya tahu awak ada alasan sendiri. Tapi alasan itu takkan dapat menyembuhkan luka umi jika dia tahu awak menyamar!” lirih suara lelaki itu lagi. Dia memang pandai memujuk. Bertuahnya siapa yang memiliki cinta Izlan.
“Saya tak berniat apa-apa. Niat saya untuk menolong Cik Izham, itu sahaja!” terangnya dalam mata yang panas.
Dia bersalah tapi bukan niatnya. Dia juga rasa serba salah. Tapi hanya itu peluang untuk dia mendapat sejumlah wang bagi menampung pelajarannya. Dia ada cita-cita. Dia sendirian. Tidakkah mereka faham.
“Saya faham. Sudahlah pergi tidur, tak elok duduk di luar malam-malam begini. Nanti kaki yang bengkak itu masuk angin pulak!” arah Izlan.
Dalam kesamaran malam itu, Anizan nampak senyuman ikhlas lelaki itu.
- Adus… goyang mata aku sekejap melihat lelaki ini tersenyum.
“Terima kasih Cik Izlan, kerana memahami!” ucapnya sebelum berlalu.
“Anis, tak perlu panggil saya Cik Izlan, panggil Izlan pun dah cukup. Saya bukan bos awak!” sindir lelaki itu dalam senyum. Sungguh kerana senyuman itu membuatkan hati Anizan bagai berbunga mekar. Apakah ertinya?
Subuh-subuh lagi dengan kaki yang terhencot dia turun menuju bilik air. Mandi dan berwuduk. Kemudian dia bersolat duduk. Kakinya masih tidak mampu untuk berdiri betul. Solatnya kusyuk. Dalam solat itu dia meminta pada Tuhan agar hati Hajjah Saniyah tidak tersayat luka.
Pagi itu cerah. Secerah hatinya saat terkenang hal semalam. Dia senyum sendiri semasa melewati kamar Izlan. Pantas hatinya tertanya, apa yang sedang dilakukan Izlan. Bagaikan hal semalam membuatkannya dalam kerinduan.
-Rindu? Isk! Geli aku… takkan aku rindu pada mamat tu? Takkanlah! Tak mahu lah aku beriparkan lelaki garang macam Izham. Ipar? Gila ke aku ni fikir sampai begitu.
“Anis, kaki tu kan tak elok lagi. Jangan dibawa sangat turun tangga! Nanti umi hantar sarapan ke atas!” suara umi terdengar saat dia cuba menuruni anak tangga. Alangkah baiknya ibu itu.
“Tak apa umi, saya turun sendiri. Dah elok sikit kaki ni!” ujarnya teragak.
Memang kakinya masih tidak selesa untuk bergerak. Namun dia tidak patut memanjakan diri keterlaluan. Dia sudah biasa untuk tidak merasai kesakitan. Di sudah biasa untuk tidak berasa diambil tahu.
“Jangan begitu, nanti bentan. Nanti kejap lagi umi bawak Anis ke rumah Wan Teh, dia pandai mengurut. Seeloknya pagi2 begini,” ujar Hajjah Saniyah sambil tangannya lincah meletakkan sepinggan dan semangkuk nasi goreng kampong bersama-sama satu jag air di atas meja. Kasihan melihat tetamu itu terhencot ke dapur. Dia kemudian datang memimpin Anis.
Sungguh saat pertama kali gadis kecil molek itu datang, dia sudah jatuh kasih. Wajah Anis yang mulus, bagai nampak kejujurannya. Bila dia tahu gadis itu sebatang kara, pantas tangkai hatinya bagai menangis. Wajah itu langsung tidak menggambarkan derita hatinya.
“Eleh, sakit sikit pun nak suruh umi pimpin!” getus satu suara. Anis menoleh. Izham sedang mengejeknya. Geram dihatinya. Terasa bagai mahu sahaja dia menyepak lelaki dibelakangnya.
- Bos kenapalah kau tak sebaik adik kembar kau tu? Ini bikin aku panas hati je dua puluh enam jam.
“Hish! Kau ni, dia memang sakit. Tengok kakinya bengkak membiru tu. Kejap lagi lepas sarapan kau bawa dia ke rumah Wan Teh. Biar Wan Teh yang urut. Selagi Anis tak sembuh, jangan balik KL!” tegas Hajjah Saniyah.
Geram melihat sikap acuh tak acuh Izham terhadap kekasihnya. Kadangkala melihat gelagat mereka bagaikan dia tidak percaya yang mereka itu sedang berkasih. Asyik nak bertekak saja.

Sunday, November 23, 2008
WAHAI PEMBACA
SAYA MINTA MAAF DI ATAS KETIDAK BOLEH BACA NOVEL YANG KALUT DIFIKIRAN BAB 15, SUDAH BERKALI2 SAYA MEMERIKSA DI MANA KESILAPANNYA, NAMUN TIDAK KETEMU. POHON PARA PEMBACA MEMBUKANYA DARI ENTRI NOVEMBER. HARAP MAKLUM...
SAYA JUGA INGIN MEMBERITAHU BAHAWA "YANG KALUT DIFIKIRAN" DAN "AKU BUKAN UNTUKMU" MASIH BELUM SAMPAI PENGHUJUNG... HARAP PARA PEMBACA BERSABAR YE!
SELAMAT MEMBACA....

YANG KALUT DIFIKIRAN - BAB 37
BAB TIGA PULUH TUJUH
“Mama dengar Mazwin dah baik!” sapa Zaharah saat melihat Syairwan keluar dari pintu kereta.
Hajat hatinya mahu menyiram bunga, namun bila dilihatnya cuaca semakin mendung, Zaharah tidak jadi membuka paip air. Dia terus duduk di bangku di halaman.
“Mana mama tahu?” soal anak itu, sedikit hairan, kerana dia sendiri tidak pernah memberitahu Zaharah tentang kepulangan Mazwin.
“Mama jumpa Hanis di Giant. Dia dengan anak Mazwin, Puteri Qistina, petah budak itu bercakap. Comel pun iya, macam muka kau masa kecil-kecil dulu! Kata Hanis, ayahnya Indonesia,” beritahu Zaharah sambil matanya menanti reaksi Syahirwan.
“Agaknya seiras muka kau kot, sebab itu anaknya pun seiras muka kau. Nampaknya Mazwin tak dapat lupakan kau, pasal itu dia berkahwin dengan lelaki seiras kau! Mama rasalah. Teringin pula mama nak jumpa Mazwin,” sambungnya lagi. Namun bicara panjang lebar Zaharah hanya seperti air di daun keladi.
Langsung tidak diambil peduli. Entah mengapa kemudian Syahirwan menyarung semula kasutnya bagaikan terburu-buru dia menekan alarm kereta dan terus masuk ke perut kereta tanpa memperdulikan Zaharah yang masih berceloteh.
“Hey! Shah, kau nak ke mana pula tu? Mama tak habis cerita ni. betullah budak ni, kalau iya pun bawa lah aku sekali, aku pun nak jumpa juga dengan Mazwin!” rungut Zaharah.
Dia tahu pasti Syahirwan terkejut dengan berita kepulangan Mazwin. Dan sudah tentu anak itu ke rumah Manisah. Melunaskan segala hutang yang tidak pernah terbayar.
Alangkah baiknya kalau mereka bersatu semula…
*****************
“Mazwin! Dia anak akukan?” soal Syahirwan, kasar sebaik sahaja dilihatnya Mazwin seakan mahu melarikan diri saat dia mula menjejak kaki di halaman. Mazwin diam, langsung tiada reaksi. Dia pantas menarik tangan Puteri untuk masuk ke dalam rumah.
“Kenapa kau larikan dia dari aku? Mazwin, dia anak aku! Aku tahu Mazwin, aku dapat rasakan. Dia bukan anak Rio! Mazwin kembalikan anak aku!” pinta Syahirwan masih seperti tadi kasar dan lantang.
“Siapa kata dia anak kau. Kalau dia bukan anak Rio, Puteri juga bukan anak kau! Dia hak aku. Aku yang melahirkan dan aku yang memeliharanya. Kau tak layak sebagai bapanya!” bentak Mazwin bila Syahirwan sudah berdiri tegak di hadapannya.
Sememangnya dia ingin memberitahu perkara sebenar, tapi dia memerlukan masa untuk membongkar semua itu. Dia memerlukan kekuatan untuk berkongsi kasih Puteri dengan lelaki di hadapannya. Dia tidak mahu Puteri hilang secara tiba-tiba, dia tidak sanggup andai Syahirwan merampas terus Puteri darinya.
“Kau yang larikan dia dari aku! Kau tinggalkan aku dan bawa anak aku bersama. Kau pisahkan kasih sayang seorang ayah dari anaknya. Betapa kau kejam terhadap aku Mazwin. Tujuh tahun kau biarkan Puteri tanpa aku, kau tipu Puteri. Kau racun fikiran anak itu. Entah-entah kau beritahu dia, aku sudah mati! Ibu apa kau ni, Mazwin! Ibu apa?” lantang suara Syahirwan.
Mujurlah saat itu guruh mulai berdentum, cuaca mulai mendung. Semendung hati Mazwin yang menerima tuduhan itu. Sememangnya dia sudah bersedia namun hatinya tersentak dengan tuduhan itu. Namun dia sudah tidak seperti dulu. Menerima sahaja tuduhan tanpa menyangkalnya. Sehingga dia kecewa sendiri melawan arus hidup tanpa arah.
Mazwin kini sudah bangun dari pengalaman. Mazwin tidak akan mengalah lagi. Mazwin tidak mungkin akan membilang hari yang penuh kecewa lagi.
“Kau jangan pertikaikan tentang aku. Kau sendiri yang membuang kami. Kau sendiri yang menghalau kami. Kau sendiri yang menjatuhkan talak kepada aku, Wan. kau sendiri yang kejam membiarkan aku terkapai-kapai saat berita gembira hadir dalam hidup aku. Kau yang memulakan derita aku, Syahirwan!” saat itu Mazwin sudah terduduk menangis.
Dia tewas juga di hadapan lelaki itu. Tidak berdaya lagi untuk dia mengenangkan kisah tragis yang pernah membuatkan hidupnya kecundang. Kehilangan kasih sayang seorang lelaki yang pernah disandarkan harapan. Ketandusan cinta dari seorang suami yang teramat dicintainya. Pengkhianatan dari seorang yang amat dicintainya.
“Kenapa kau tak beritahu aku semua ini? Kenapa kau biarkan Puteri menganggap aku sudah mati? Kenapa?” jeritan Syahirwan menyebabkan Mazwin termangu sendiri. Ternyata, baran Syahirwan tidak pernah berubah.
“Papa, Puteri tidak pernah menganggap papa sudah mati. Malah mama sering bercerita bahawa papa seorang yang baik dan sayang sama Puteri. Tapi Puteri dapat lihat semua, papa tidak seperti yang Puteri harapkan!” tutur Puteri Qistina yang sudah berdiri di hadapan Mazwin.
Dia mahu menjadi pembela mamanya. Sudah terlalu banyak airmata mama yang tumpah sejak saat mama menceritakan perihal papa dan dia mengerti hati mama terluka. Hati mama telah dikecewakan. Dia dapat rasakan kekecewaan itu terlalu dalam. Walau usianya masih mentah untuk menilai. Tetapi sejauh mana kekecewaan mama pasti menjadi luka di hatinya.
“Puteri, maafkan papa sayang! Papa tidak berniat membuang mama! Papa salah, sayang. Maafkan abang, Win!” rintih Syahirwan bila dilihatnya airmata Puteri sudah merembes.
“Mama, kita tidak perlukan sesiapakan? Mama punya Puteri dan Puteri punya mama. Kita tidak perlukan orang lainkan, betulkan ma? Kita pulang ke Perth, ma. Kita pulang pada Daddy. Puteri janji Puteri tidak akan lagi bertanyakan tentang papa! Puteri janji…” esakan Puteri semakin kuat.
Kekesalan membelit hatinya. Selama ini dia yang sering merengek meminta mama menceritakan tentang lelaki yang segak di dalam gambar di meja solek mama. Rupa-rupanya lelaki itu adalah papanya. Dan seringkali itu juga dia mengharapkan cerita-cerita tentang papa keluar dari bibir mama sepanjang malam sebelum dia tidur dan bermimpi papa datang membawa bahagia. Sehingga dia tidak peduli tentang mama yang akan menangis setiap kali bercerita. Sekarang Puteri sedar, dia terlalu mendesak mama untuk mengenali siapa papanya.
“Puteri maafkan papa, sayang! Mari kepada papa sayang. Papa mahu peluk Puteri. Papa mahu cium Puteri, Puteri anak papa! Sayang!” pinta Syahirwan. Dia mendepangkan tangannya mengharapkan anak kecil itu datang memeluknya erat.
Puteri Qistina serba salah. Dia merenung mama yang masih menangis. Hatinya tawar untuk memeluk Syahirwan. Sedih melihat mama dituduh bukan-bukan oleh papa. Sedangkan papa tidak pernah tahu apa perasaan mama. Walaupun usianya baru enam tahun, namun dia faham erti kecewa, dia mengerti tentang kesedihan. Kerana mama tidak pernah sehari pun ketawa gembira. Dia hanya mengenali wajah mama yang mendung selama ini. Dan yang ada hanya senyuman mama yang sukar untuk diungkapkan.
“Puteri tidak mahu! Papa jahat! Papa lukai hati mama!” jerit Puteri berlari meninggalkan Syahirwan yang masih melutut mendepang tangan.
“Kau racuni fikiran anakku Mazwin. Kau memang tidak berhati perut!” tuduh Syahirwan lagi.
“Kau mahu bercerita tentang hati perut? Di mana hati perut kau semasa kau mengkhianati kasih sayang aku? Di mana perikemanusiaan kau semasa kau menuduh aku curang? Di mana tanggungjawab kau kerana menjatuhkan talak sebelum menyiasat perkara sebenar? Di mana Syahirwan. Kau buang aku saat aku hamilkan zuriat kau. Kau buang aku, kau buang anak kita. Demi Allah Syahirwan, aku tidak pernah curang kepada kau sejak aku menjadi isteri kau!” rintih Mazwin dalam esakan.
Kekuatannya selama ini lenyap dibawa kesedihan yang teramat. Dia tidak lagi berdaya menahan kedegilan hati. Dia tidak mampu lagi menyimpan segala kekalutan yang sering berlegar dalam hidupnya. Dia sudah tidak lagi mampu menahan apa yang terpendam selama ini. Sebelum ini dia mahu meleraikan segala kekusutan yang pernah berlaku dengan aman. Namun yang terjadi sebaliknya. Ternyata Syahirwan tidak pernah berubah, barannya masih seperti dulu. Kata-katanya masih menyakitkan hati.
Syahirwan pula terdiam bila mendengar rintihan wanita di hadapannya. Memang selama ini dia yang bersalah, menghukum tanpa menyoal. Menjatuhkan karma tanpa penyiasatan terlebih dahulu. Dia pernah menyesal, tetapi dia sedar setiap kali tiba di punca amarah dia sendiri tidak tahu apa yang terungkap di bibirnya. Yang paling Syahirwan tidak menyangka bila anaknya memanggilnya ‘papa’ tanpa kekok.
Sudah tentu bibir mongel si kecil itu sering melafazkan perkataan itu. Dan sudah pasti Mazwin yang mengajarnya perkataan itu. Ternyata perkataan itu bagai sudah sebati dengan Puteri Qistina. Betapa kejamnya dia menuduh bukan-bukan terhadap Mazwin.
“Maz…Mazwin… a…bang…. minta maaf… abang salah… abang nak kita bersatu semula macam-”
“Sudahlah Syahirwan… aku memang tidak pernah ada di hati kau lagi. Dulu aku ni kau jadikan perhentian sementara. Dan sekarang aku tidak mahu menjadi orang yang hanya mengisi kekosongan hati kau! Aku dah serik! Kepulangan aku cuma mahu memperkenalkan zuriat kau… itu sahaja!” tegas Mazwin.
Dia kemudian meninggalkan Syahirwan yang masih di situ. Masih termangu dengan jawapan Mazwin walaupun soalannya tentang itu masih belum habis namun jawapan Mazwin cukup untuk dia tidak meneruskan kata-katanya.
“Aku tahu aku salah selama ini… maafkan aku Win!” rintih Syahirwan menyesali kesilapan silam.
Dia kemudian terus mengejar Mazwin. Menarik tangan wanita itu. Kemudian mengucupnya berkali-kali. Drama itu disaksikan Puteri dengan raungannya yang panjang. Dia takut mamanya di apa-apakan.
“Tolonglah papa, jangan lakukan apa-apa pada mama!” rayu Puteri saat Syahirwan menarik tangan Mazwin.
Wanita itu cuma meleraikan pegangan tangan Syahirwan. Namun dengan pantas lelaki itu mengucup bertalu-talu telapak tangannya.
“Terimalah abang semula Win! Abang janji akan bahagiakan kalian! Abang janji Win!” pohon Syahirwan sambil menatap wajah yang basah dengan airmata itu penuh makna.
Kemudian dia memeluk erat gadis kecil yang sedang teresak menangis. Walau kujur tubuh Puteri Qistina tegak tanpa pelukan balas. Dia benar-benar terpana bila mengetahui Puteri Qistina anaknya. Dia benar-benar kesal dengan tuduhan dan bentakannya tadi.
“Papa, please, leave us alone…” Puteri Qistina meleraikan pelukan lelaki yang dipanggilnya Papa. Dia tidak mahu mama terus terseksa dengan bentakan lelaki itu.
Sepanjang dia tinggal bersama Daddy Rio. Tidak pernah sekalipun Rio meninggikan suara kepada Mama apalagi kepadanya. Perlakuan Syahirwan membuatkannya begitu terkejut. Tidak pernah disangkanya, inilah lelaki yang membuatkan hati mama beku.
Syahirwan merenung anak kecil itu. Dia menggapai tangan mahu menarik Puteri ke pangkuannya. Drama itu bagaikan tidak akan berakhir.
“Maafkan papa sayang, maafkan papa!” pintanya berulang kali.
Mazwin yang sudah hilang sendu masih tertunduk di bangku. Hatinya keliru. Kekalutan di fikirannya semakin bercelaru. Sesalan mula menerpa. Bagaimana dia mahu menafsirkan hatinya kini. Bila semalam Rio meninggalkannya, bagai lelaki itu tidak mungkin kembali. Walau dia menganyam janji.

YANG KALUT DIFIKIRAN - BAB 36
BAB TIGA PULUH ENAM
“Mengapa kamu biarkan dia pergi, Win? Tidakkah dia orang yang kamu dambakan, yang kamu nantikan bertahun-tahun sehingga tidak bisa menerima cintaku?” soal Rio, sambil matanya tajam memandang Mazwin yang sedang merenung bulan yang mengambang penuh.
“Aku mahu lihat wajahnya kecewa, seperti mana aku dulu!” jawabnya, perlahan.
“Mazwin, sudah aku katakan berkali-kali, membalas dendam bukan penyelesaian kekecewaan hati. Sampai kapan kamu mahu biarkan luka itu bertambah parah, kamu bisa mengobatinya dengan menerima dia semula bukan?” Rio menggeleng kepala merenung wajah wanita di hadapannya.
“Pokoknya, kamu akan kecewa!” luah Mazwin.
“Yang bakal kecewa nanti iya kamu. Aku tahu kamu tidak pernah cuba menyintaiku, mana bisa aku memaksa. Tapi di wajah Syahirwan aku bisa melihat cintanya masih ada untukmu, Mazwin! Pergilah padanya, aku rela mengalah!” luah Rio.
Dia mengalah bukannya kerana tidak mahu bersaing atau takut untuk bersaing. Tapi apa gunanya dia pertahankan cinta itu jika Mazwin sendiri tidak pernah ada hati padanya. Dia tidak mahu terus-terusan menyeksa hati Mazwin. Dia tahu betapa wanita itu pernah terluka walaupun dia sendiri mahu merawatnya namun Mazwin tidak pernah memberinya peluang.
Dan hanya Syahirwan sahaja yang bisa mengubati luka yang diberikan pada Mazwin kerana wanita itu tidak pernah dan tidak akan membiarkan hatinya dihuni lelaki lain. Cinta dan kasihnya pada lelaki bernama Syahirwan teramat dalam walaupun masih ada dendam mengikat jiwanya.
“Rio! Mengapa kau begitu baik pada aku? Sehinggakan kadangkala aku keliru sama ada aku menyintaimu atau tidak. Tapi hatiku masih untuknya, Rio. Walau aku terluka, namun luka itu telah dibaluti dengan kemaafan bila Puteri lahir ke dunia. Maafkan aku Rio, maafkan~”
“Sudahlah! Aku ngerti, kok! Kamu masih sayang pada pria ganteng itu! Iya pergi kepadanya. Mengapa perlu kamu menyeksa dirimu, bertahun kamu simpan lukamu, pantas Puteri anak kandungnya. Dia punya hak Win! Kamu tidak bisa menafikannya, malah dunia tidak bisa menafikan yang Syahirwan itu punya hak ke atas Puteri! Aku akan mendukungmu sejujurnya!” ujar lelaki itu, ikhlas dan jujur.
Dia tidak mahu Mazwin terus terbelenggu dengan dendam. Baginya dendam tidak pernah akan menyenangkan hati. Malah dendam hanya mampu meleraikan cinta sejati.
Rio menepuk-nepuk bahu Mazwin, menyuntik semangat baru untuk satu-satunya wanita yang pernah disayangi. Namun, cinta tidak semestinya bersatu. Pasti suatu hari nanti, ada cinta baru bakal menantinya, antara sekejap atau cepat.
Mazwin merenung Rio, perasaan kasihan terhadap lelaki itu membelitnya. Tapi mana mungkin dia bisa hidup dengan hanya rasa kasihan. Dia perlu menyintai Rio sepenuh hati andai dia mahu Rio menjadi teman hidupnya. Dia perlu memberikan segala cintanya pada lelaki itu andai dia mahu mengubati kecewa di hati Rio terhadapnya. Namun hatinya masih kuat menyintai Syahirwan.
Betapa dia ingin melunaskan segala hutang kerinduannya pada lelaki yang pernah digelar suami itu. Betapa dia mahu dibelai oleh jemari Syahirwan sepertimana dulu. Tetapi sekerap mana perasaan itu datang, sekerap itu juga dendamnya hadir memintanya membalas setiap kelukaannya selama ini.
Mazwin keliru sendiri dengan perasaannya. Dia tidak mampu lagi menafsir apa yang berlegar di fikirannya, sama ada cinta, rindu, atau dendam yang membara.
“Win, besok aku harus pergi. Aku doakan kamu bahagia! Cintailah dia semula Win! Aku rela! Aku tidak bisa mungkin menemuimu lagikan? Tapi kita masih boleh jadi sahabat! Sahabat nan kanti! Aku tunggu berita bahagia mu nanti di sana, di lautan!” untuk kesekian kalinya Rio bersuara.
Dikucupnya lembut jemari Mazwin yang masih seperti tadi. Diam dan terus membisu.
“Maafkan aku Rio! Aku pasti merinduimu!” ucapan itu sudah cukup memuaskan hatinya.
Dia tidak perlu lagi mengharap jawapan yang mengembirakan. Dia tahu tiada langsung ruang untuknya di hati wanita itu. Dia hanya berharap agar wanita itu tidak melupakannya. Terutama Puteri, dia tidak sanggup melupakan anak kecil yang didiknya seperti anak sendiri.
“Aku juga, kok! Aku tidak ingin lagi melihat tangisanmu! Jarang sekali melihat kamu tersenyum! Tertawa juga tidak pernah lahir dari hatimu! Aku akan berusaha melupakan cintaku, tapi jangan pinta aku melupakan mu ya!” ucapnya Rio.
Dia merenung Mazwin penuh makna. Mazwin faham makna renungan itu. Dia tahu, dia juga tidak dapat memaksa Rio untuk memadamkan namanya di hati. Apalagi perasaan lelaki itu. Mazwin tidak mampu memberi cintanya apalagi untuk mengubat luka dihati lelaki itu kerana dia sendiri yang melukakan.
*****************
Hari ini tangisan menyelubungi pagi. Selepas subuh tadi, bila Puteri mengetahui Rio akan pergi, dia menangis teresak-esak di dada lelaki yang pernah memberikannya kasih sayang seorang bapa. Dipeluknya lelaki itu erat dan kejap seperti tidak mahu lagi melepaskan. Mereka sekeluarga menghantar Rio ke pelabuhan untuk dia meneruskan pelayarannya. Sepanjang perjalanan itu juga Puteri Qistina murung dan tidak banyak bercakap. Sesekali dia memeluk Rio erat dan mencium lelaki itu bertalu-talu.
Saat tiba di pelabuhan mereka bersalaman. Mengucap selamat tinggal dan Puteri masih dalam dukungan Rio. Dipeluknya lelaki itu, diciumnya semahu-mahunya. Dia bagaikan tahu, kerinduannya akan datang lagi dan kali ini kerinduan itu bakal lama untuk diubati. Semalam Puteri sudah mendengar perbualan mama dan daddynya. Walaupun dia masih kecil untuk menyelami hati orang dewasa, namun dia tahu konflik yang berlaku. Dia faham kenapa daddy tegar menjadi anak kapal semula.
“Puteri jangan nakal tau, dengar kata-kata mama dan opah. Nanti Daddy akan selalu telefon. Nanti bila balik Perth, Puteri call Daddy, okey! Daddy akan pulang dan bermain dengan Puteri seperti dulu,” kata Rio bagi memberi harapan kecil kepada anak itu.
Dipeluknya anak itu erat seperti tidak mahu berpisah. Esakan anak itu membuatkan hatinya bertambah walang. Bagaikan tidak sanggup melepaskan tubuh kecil yang basah pipinya dek airmata.
“Daddy janji pulang ya! Puteri tunggu. Daddy janji kita bermain seperti dulu. Nanti malam Puteri akan lihat pada bintang, Daddy juga. Kalau Daddy lihat bintang itu menangis, itu tandanya Puteri juga menangis. Puteri sayang Daddy!” ucap anak kecil itu dalam esakan.
Puteri menangis teresak-esak sambil mengait jari kelingkingnya bercantum ke jari kelingking Rio. Begitulah yang selalu dilakukannya ketika mahu berjanji sesuatu. Rio mengait erat jari kecil itu. Airmatanya juga tumpah saat itu.
- Apa perlu Daddy lakukan, sayang. Mama mu tidak pernah mahu beri Daddy peluang untuk Daddy buktikan kita mampu membina hidup bersama.
Airmata Puteri mengiringi langkah longlai Rio yang sudah meninggalkan mereka. Mazwin juga turut menahan tangis bila melihat kedua-dua mereka menangisi perpisahan itu. Sungguh dia mengasihani Puteri, namun Puteri harus dipulangkan kepada yang berhak.

YANG KALUT DIFIKIRAN - BAB 35
BAB TIGA PULUH LIMA
Petang itu habis sahaja waktu pejabat, dia terus pulang. Ceria sekali dengan bunga mawar putih dan merah jambu. Kotak coklat yang dibalut cantik juga telah tersedia di dalam kereta. Hari ini dia akan memulakan harinya yang baru dengan kehadiran orang yang baru dalam hidupnya. Tiga hari selepas bertemu Mazwin, dia sudah berfikir semasak-masaknya.
Dia sudah tidak perduli dengan apa saja halangan yang bakal dihadapinya. Dia mahu menerobos segala halangan dan ujian untuk dia mendapatkan kembali segalanya yang pernah hilang.
Hatinya sering berdetik bahawa wanita itu masih lagi menyayanginya. Namun mungkin kerana ego atau dendam yang membuatkan wanita itu menafikan segala perasaan itu.
Dia juga sudah jatuh kasih pada anak comel Mazwin. Puteri Qistina mungkin masih belum mengerti, namun dia akan cuba memenangi hati si kecil itu supaya dia dapat diterima. Alangkah gilanya dia, sanggup menyimpan niat untuk memisahkan anak itu dan ayahnya. Tapi dia sudah tidak perduli, jika Puteri Qistina tidak dapat menerimanya dia tidak kisah, asalkan dia dapat merebut semula hati Mazwin. Dia peduli apa dengan lelaki Indonesia yang menjadi suami Mazwin.
Lagipun masih belum pasti sama ada benar atau tidak Mazwin mengahwininya atas dasar cinta atau kerana terpaksa. Dalam hatinya kuat mengatakan ianya hanya keterpaksaan Mazwin dalam menentukan hidupnya di rantau orang.
Keretanya sudah memasuki ruang banglo setingkat bercat kuning air itu. Dia sudah nekad untuk bersemuka dengan Mazwin, mahu mengetahui sejauh mana perasaan Mazwin terhadapnya kini, dia perlukan penjelasan perasaan Mazwin hari ini.
“Assalamualaikum!” ucapnya saat tapak kakinya sudah berpijak di hadapan pintu rumah.
“Wa’alaikumussalam!” seorang lelaki Inggeris menjawab salamnya, lancar dan tepat walaupun ada loghat Indonesia yang pekat.
Syahirwan mengerut dahi, ‘mungkin dia suami Mazwin,’ getus hatinya. Jambangan mawar yang digenggamnya diletakkan di sisi almari kasut di tepi pintu. Dia tidak mahu hadiahnya itu bakal merosakkan suasana bila suami Mazwin melihatnya. Namun kotak coklat berbalut cantik itu masih digenggamnya erat.
“Uncle!!!” jeritan Puteri Qistina diriba lelaki Inggeris itu membuat Syahirwan tergamam, namun dihulurnya juga kotak coklat itu kepada Puteri Qistina.
“Hai, Puteri! Mana mama?” Alangkah hilang akalnya dia bertanyakan seorang wanita di hadapan suaminya sendiri.
“Thank you uncle. Mama, ada di dapur! Uncle ayuh masuk. Ayuh, Puteri kenalkan sama Daddy,” Anak itu pantas menarik lengannya ke arah lelaki Inggeris yang telah pun menghulur salam.
“Rio!”
“Syahirwan!”
Salam bersambut walaupun mukanya hambar. Rio yang tersenyum kepadanya tidak diperdulikan. Petang yang redup itu terasa berbahang walaupun kipas siling ligat berputar.
“Oh! Jadi, ini yang dikata Puteri kawannya mama? Ganteng ya!” Rio memulakan perbualannya. Senyuman manis tidak pernah lekang dari bibir lelaki itu. Penuh keihklasan memberi salam persahabatan.
Diusap lembut rambut anak kecil itu, sebelum anak itu berlari meninggalkan mereka berdua di ruang tamu. Dia merenung Syahirwan lama. Ingin diselaminya wajah lelaki yang pernah mengecewakan Mazwin. Dia mahu tahu apa yang tersirat di hati lelaki yang telah membuatkan Mazwin tidak dapat menerimanya.
“Sudah lama awak kenal Mazwin?” tiba-tiba Syahirwan bertanya.
Soalan apa ini? Bertanyakan sejauh mana perkenalan seorang suami dengan isterinya. Tidak masuk akal.
“Erm… almost seven years and I know that you know her from secondary school, am I right?” Rio masih tenang seperti tadi.
“Yeah! And she is my lovely friend!” Syahirwan mahu menyorokkan rasa. Dia tidak mahu lelaki Inggeris itu mengesyaki sesuatu.
“And ex-wife too~” sambungan kata dari Rio membuatkan matanya tepat merenung lelaki Inggeris itu.
“How did you know?”
“Well, I love Mazwin very much! I know everything about her,” jujur Rio meluahkan.
Dan kerana kata-kata itu juga Syahirwan terpempan. Terasa selama dia mengahwini Mazwin tanpa mengetahui isi hatinya. Namun sebelum sempat Syahirwan membalas, Mazwin dan Manisah keluar dari dapur menatang dulang.
“Patutlah, terjerit-jerit Puteri memberitahu. Syahirwan yang datang rupanya. Minum Rio, Wan, air bujang je. Ni mak buat sikit kuih bingka ubi. Ini ubi yang ditanam Haizam di belakang rumah. Ubi pulut ni, isinya kuning,” penerangan Manisah dibalas anggukan Rio sambil tangannya mencapai sepotong bingka di dalam piring dan terus digigitnya kuih itu penuh nikmat.
“Erm… enak sekali ya bu! Pantas masakan Mazwin juga enak, mewarisi ibu ya,” puji Rio.
Mazwin yang mendengarnya tersenyum dan terus duduk di sisi Rio, menuang air dan kemudian menghulurkannya untuk lelaki itu. Puteri pula duduk di riba Manisah.
Betapa bahagianya keluarga ini, betapa dilihatnya wajah Mazwin tersenyum riang disisi suami dan anaknya. Masih sanggupkah dia untuk merampas Mazwin dari mereka? Masih mahukah dia meneruskan tekadnya untuk memenangi semula cinta Mazwin. Tidakkah dia kejam andai dia sanggup melakukan semua itu, Syahirwan telan liur, terasa bagai ketulan batu kecil yang ditelannya, tawar dan menyakitkan bila melihat kemesraan Mazwin dan Rio.
“Mak, Win, saya beransur dululah. Saya ada hal lain ni!” Syahirwan sudah bangun meminta diri.
“Eh! Cepatnya nak balik, kopi ni belum habis secawan. Minum dulu Wan, tak baik tolak rezeki! Lagipun Wan belum lagi berkenalan dengan Rio, kenal-kenallah dulu!” sanggah Manisah.
Faham benar dia apa yang berlegar di fikiran bekas menantunya itu. Dia tahu hati Syahirwan dilanda cemburu bila melihat Mazwin melayani Rio. Manisah tahu, Syahirwan pasti salah anggap dengan kedatangan Rio. Yang pastinya, Syahirwan mesti menyangka bahawa Rio adalah suami Mazwin.
“Tak apalah, mak. Biar saya pergi dulu. Lagipun, Rio baru saja datang tak elok kalau saya kacau mereka anak beranak!” ujar Syahirwan, tangannya pantas meraih tangan Manisah, dia mengucupi tangan kurus itu.
Dia beralih pula kepada Rio, menyalami lelaki itu dan kemudian Puteri pula mengucup tangannya. Dia merenung Mazwin, namun tiada perkataan yang keluar dari bibir Mazwin, jangan kata hendak menghalangnya dari pulang. Malah senyuman Mazwin bagaikan racun yang menyakitkan jiwanya.
Dia tidak tahu apa erti senyuman itu, namun dia pasti itulah senyuman kemenangan Mazwin tatkala hatinya hancur sekarang. Syahirwan terus pergi meninggalkan kuntuman mawar yang dibelinya untuk Mazwin melayu dan terus melayu tanpa dikucup wangiannya.
Syahirwan berlalu dengan hati yang teramat pedih. Betapa dia tidak sanggup untuk menahan hati walangnya saat melihat lelaki itu begitu mesra dengan bekas isterinya. Betapa dia tidak menyangka segala kerinduannya selama ini bakal dibalas sedemikian olah orang yang paling dicintai. Namun dia sedar kerana dia pernah tersilap, kerana kesilapan yang tercipta dari kejahilannya sendiri. Syahirwan terpaksa akur dengan kenyataan yang Mazwin bukan miliknya.
Saat itu dia menjerit sekuat hati, lantas keretanya laju membelah jalan menuju ke Padang Polo. Di situlah termeterai cinta mereka. Di situ jugalah tempat dia sering menanti dan terus menanti wanita yang amat dicintainya untuk memohon seribu kemaafan. Namun sebelum dia meleraikan keinsafannya, wanita itu sudah terubat lukanya. Sudah terpadam cintanya.
Padang Polo pernah menjadi tempat rasmi mereka untuk berbual, menyelam hati budi masing-masing dan menjadi saksi lafaz cintanya pada Mazwin. Tempat itu juga menjadi tempatnya meluah rasa luka saat Mazwin meninggalkannya. Syahirwan harus mengakui bahawa tiada lagi tempatnya di hati Mazwin. Buktinya, anak kecil itu yang menjadi pengikat kasih antara Mazwin dan lelaki separuh Barat itu.
Betapa dia tidak merelakan lelaki itu mengambil Mazwin darinya, namun apa daya, Mazwin yang meninggalkannya kerana dia sendiri yang memulakan cerita kecewa ini. Dia harus redha. Pasrah dengan keputusan Tuhan. Kerana segala yang berlaku adalah kesilapannya. Ternyata kesilapan itu akan mati begitu sahaja tanpa kemaafan. Tanpa tebusan.
Syahirwan meraup wajahnya. Sesalan demi sesalan menerpa. Jauh di sudut hati masih ada lagi keikhlasan untuk menerima wanita itu semula. Ingin membina segala kehancuran cinta yang dulu.

Subscribe to:
Posts (Atom)