Hari ini keputusan SPM akan di umumkan.
Sejak semalam Amir menelifonnya, memberitahu betapa gugupnya dia untuk mengambil keputusan itu. Dia tahu Amir sudah lakukan yang terbaik. Semasa peperiksaan percubaan tempoh hari, keputusan peperiksaan Amir amat memberangsangkan.
Amir, pelajar bijak yang menjadi kesayangan guru. Anak muda itu bijak membahagikan masanya di antara belajar dan bersukan. Malah, sejak mereka berkawan, tidak pernah sekalipun Aryssa melihat Amir leka hanya kerana menyulam cinta. Pelajarannya tetap menjadi keutamaan. Malah, pada Aryssa juga sering diingatkan bahawa pelajaran yang akan membawanya ke hujung cita-cita.
“Hati Am berdebar-debar la Ary…” ucapnya lewat malam itu ketika dia menelifon untuk mengucap selamat malam.
“Selawat banyak-banyak. Ary tahu, Am akan Berjaya. Ary yakin Am akan dapat straight A nanti…” ujar Aryssa memberi keyakinan.
“Am tak risau nak ambik result tu Ary…tapi Am risau yang lain. Am risau sangat bila Am dapat keputusan cemerlang, Am kena study kat ‘U’. Kita akan jauh, Ary…” ada gundah pada tutur lembutnya.
Aryssa terdiam. Sejauh itu Amir fikirkan?
“Masa tu Am kena tinggalkan Ary… nanti siapa nak tengok-tengokkan Ary? Dah la Ary tu asyik main-main je. Tahun ni nak SPM tau…tapi Ary asyik dengan melukis je,” bersambung rungutnya.
“Add Maths tu penting, tahu tak? Exam last year, Ary tak dapat score. Add Maths kantoi! Dah tu tak nak berusaha lagi. Am tak nak Ary kantoi periksa,”
Bebelan Amir Hizam membuatkan Aryssa bahagia. Benar kata orang. Kalau hati sudah suka, walaupun leteran itu berunsur kemarahan, namun ianya bagaikan nyanyian merdu di telinga si pencinta.
“Ish… Ary baru je nak doakan Am lulus cemerlang, ni sekarang dah rasa nak tukar doa pulak. Am jangan la risau, kalau Am pegi ‘U’ Ary tahu la jaga diri. Add Maths tu memang la Ary tak minat… huhuhuuuu!”
Gurauan itu membuatkan Amir Hizam ketawa kecil.
Lapang dada Aryssa bila mendengar tawa lelaki itu. Dia tahu, Amir teramat mengambil berat tentangnya, tentang pelajarannya.
Aryssa juga akan kesedihan kalau Amir melangkahkan kaki ke universiti. Sudah tentu mereka akan terpisah. Berjauhan. Walaupun teknologi komunikasi pada zaman ini sudah teramat maju, namun ianya tetap tidak sama jika Amir berada di sisinya. Kadangkala Aryssa rasakan yang dia terlalu kejam kerana mendoakan Amir tidak pergi jauh darinya. Semuanya kerana cinta yang terlalu mendalam terhadap lelaki itu.
Pagi itu Aryssa ke sekolah seperti biasa. Ramai bekas pelajar kelihatan berpusu di pejabat sekolah kerana mengambil keputusan SPM pagi itu. Aryssa memanjangkan leher menjenguk ke luar kelas, namun bayangan lelaki tampan yang menunggang Yamaha RXZ tidak kelihatan. Mahu sahaja dia menghubungi telefon bimbit buah hati kesayangannya. Namun dia risau kalau-kalau Amir mengangkat telefon ketika menunggang motorsikal. Sudah tentu ianya bakal mengundang bahaya.
“Yang kau macam kucing hilang anak ni kenapa?” cuit Wani yang berada di sebelahnya.
Aryssa merenung sekilas wajah temannya itu. Kemudian menarik nafas panjang. Ada keluh dihempaskan dari dadanya yang sendat.
“Amir… mana dia ni? Kata semalam nak datang awal. Menyesal pulak tak terima pelawaannya semalam nak ambik aku kat rumah,” getus Aryssa.
Semalam dia yang berkeras tidak mahu membonceng motorsikal Amir kerana dia perlu datang awal. Sedangkan keputusan peperiksaan hanya akan di umumkan pada pukul sepuluh pagi.
“Ala, dia lambat sikit lah tu… biasalah. Mamat tu kan memang confident yang dia akan dapat straight A macam trial hari tu…” ujar Wani.
“Confident memang la confident, tapi, ni nak dekat pukul 11. Tak nampak pun batang hidungnya. SMS aku pun tak berjawab,” Aryssa merenung skrin telefon di tangannya.
Hampa. Tiada langsung mesej daripada lelaki kesayangannya itu.
“Hek-eleh, yang kau gelabah sangat ni, apasal? Macam kau pula yang nak ambil result! Relaks la…” Wani tersenyum sinis merenung Aryssa.
Aryssa cuma tersenyum nipis membalas senyuman sinis Wani. Hatinya bertambah walang. Mujur hari ini para guru terlalu sibuk menguruskan bekas pelajar yang sedang mengambil keputusan. Maka tiada guru yang dapat hadir untuk mengajar di kelas mereka. Inilah masanya mereka terlepas daripada leteran dan bebelan guru mereka.
“Wani, aku keluar kejap…nak cari Acid,” beritahu Aryssa sebelum dia berlalu meninggalkan kelas.
Laju langkahnya menuju ke pejabat sekolah. Menyelit antara kelompok pelajar yang telahpun mendapat keputusan peperiksaan masing-masing dengan pelbagai watak. Gembira. Bersedih. Ada juga yang hanya tenang sahaja.
“Ary! Mana Amir?” soal Acid saat dia sudah menjejakkan kaki ke sekumpulan pelajar yang sedang bersuka dan berduka dengan keputusan peperiksaan mereka. Kumpulan itu adalah kawan-kawan Amir.
“Aik, kau pun tanya aku? Aku baru nak tanya kau! Bukan kau datang dengan Amir ke tadi?” pertanyaan Acid tadi di balasnya dengan soalan.
Mahu sahaja dia bertanya apa keputusan yang diperolehi oleh Acid dan kembarnya Meor, namun segalanya tidak terkeluar dari bibirnya bila mengenangkan Amir tidak muncul lagi. Mana Amir?
“Mana ada. Semalam, Amir kata nak datang dengan kau. Aku dah try call dia tapi tak dapat. Awek jawab, tak aktif…” Acid menunjukkan handphonenya saat dia mendail nombor Amir.
“Tak jadilah, sebab awal sangat. Takkan dia nak jadi tunggul dari pukul 7 pagi sampai pukul 10?” balas Aryssa.
Saat itu juga Aryssa tidak sedap hati. Jantungnya berdegup laju. Entah kenapa. Bagaikan ada sesuatu yang buruk bakal berlaku.
Dia mengeluarkan telefon daripada poket baju kurungnya, kemudian mendail. Namun seperti yang dikata Acid, suara operator yang menjawab. Tidak aktif. Tidak dapat dihubungi.
Tidak mungkin Amir akan pergi ke mana-mana di luar kawasan liputan pada saat perkara penting dalam hidupnya sedang diumumkan. Semalam juga Amir tidak memberitahu apa-apa padanya.
“Ry, aku tak sedap hati la,” Meor pula menyertai mereka.
Si kembar berdua inilah kawan Amir yang paling rapat. Mereka juga tempat Amir mengadu. Tempat berjenaka. Tempat bergaduh juga.
“Macam ni la Ry…lepas ni kitorang pergi rumah dia. Apa-apa hal nanti, aku call kau. Kau jangan off kan handphone pulak!” ujar Acid, keputusan peperiksaannya sudah tidak lagi penting. Dia begitu risaukan Amir.
“Cid, aku nak ikut…” rengek Aryssa.
Dia juga jadi tidak sedap hati bila Acid berkata begitu. Risau sesuatu yang buruk telah terjadi kepada lelaki kesayangannya.
“Kau lambat lagi nak balik, tak kan nak ponteng sekolah pulak. Apa-apa hal, aku bagitahu kau. Jangan risau lah…” pujuk Acid. Lembut. Memujuk.
“Lagipun…kalau aku bawak kau, Meor nak letak mana?”
Acid masih cuba menenangkan hati Aryssa. Dia tidak mahu gadis itu fikirkan yang bukan-bukan, walaupun hatinya juga turut menebak perkara yang sama. Harapnya tiada apa yang buruk berlaku kepada Amir.
“Oklah. Jangan lupa call aku tau, Secepat mungkin!” Aryssa beralah.
Acid dan Meor mengangguk setuju.
Aryssa berlalu ke kelasnya semula. Hatinya tidak tenteram. Terasa begitu lambat loceng terakhir persekolahan berbunyi. Dia semakin tidak sabar untuk mengetahui apa yang telah terjadi. Apa yang berlaku kepada Amir Hizam sehingga lelaki itu langsung tidak dapat dihubungi.
**** *********** ****
Berdekah-dekah Wani ketawa mendengar cerita Aryssa sampai berair matanya. Kisah Aryssa mengenakan Buaya Kolej Perdana itu memang menggelikan hati. Sememangnya, dia juga meluat dengan Fizal, lelaki yang suka mengatur gadis-gadis di kolej untuk dijadikan koleksi. Dia ingat semua awek dan Kolej Perdana ni tergila-gilakan dia kot! Mujurlah masih ada gadis yang tidak sewel akibat terkena panahan cinta bodoh lelaki itu.
“Aku tak dapat bayangkan muka dia masa tu, pucat giler… kalau toreh tentu tak berdarah!” tambah Aryssa sebelum meneguk Coke yang masih bersisa di dalam tin.
Sedikit pun dia tidak melangkau jalan cerita tentang Fizal kelmarin. Memang hatinya amat puas dapat mengenakan pemuda itu. Baru kena buku dengan ruas. Macamlah dia bagus sangat. Berlagak! Kalau handsome sangat tu okeylah juga nak buat perangai kasanova. Handsome sikit je dah tak sedar diri. Rasa macam nak muntah!
“Aku ingat, aku nak kenakan dia kaw-kaw punya. Kali ni dengan ini…” ujarnya sambil tersengih memegang telefon hijau tua itu.
“Kau nak crank call dia? What for?” soal Wani setelah menghabiskan sisa-sisa tawanya.
Aryssa mengangguk. Ada serius pada raut wajahnya.
“Yeah! Nak ajar dia jadi lelaki mithali. But not now… kang dia syak aku pulak kan?”
“Kalau kau call dia nanti, kau nak cakap apa…?” tanya Wani kemudian membetulkan duduk sambil memeluk bantal.
Aryssa mengecilkan matanya, kemudian dia buat-buat ketawa macam orang jahat.
Wani menyambung tawanya, gelihati dengan kelakuan kawannya itu. Wani tahu Aryssa akan membuatkan Fizal tak lena tidur. Dia tahu suara Aryssa pasti akan membuatkan Fizal ternanti-nantikan suara manjanya.
Mereka pernah mencubanya semasa belajar di tingkatan tiga dahulu. Aryssa dapat memperasankan seorang budak lelaki yang konon-kononnya rasakan diri handsome sangat. Budak itu gila bayang dengan Aryssa tahap mabuk.
Semasa temujanji, mereka hanya memerhati gelagat budak itu dari jauh. Berpeluh dia menunggu Aryssa di depan TGV. Nasib baik terdapat pendingin hawa di shopping complex, kalau tidak mahu budak tu pengsan!
“Teringat aku kat Jimmy, budak kacukan yang perasan handsome tu… berpeluh menunggu kau kat TGV. Tapi tak serik pula tu…ada hati nak date dengan kau lagi kan? Yang lucunya, dia boleh ikut semua syarat-syarat kau! Biul betul!” Wani dan Aryssa ketawa lagi.
Memang Aryssa tidak pernah lupa kisah itu. Kisah dia dan Jimmy berkenalan melalui telefon. Namun, lelaki itu langsung tidak mengenalinya. Aryssa merancang satu temujanji di TGV.
Mereka menunggu dan mengintip gelagat Jimmy. Lucunya! Kelakar betul!
Jimmy memakai baju belang hitam putih bersama overall berwarna hitam seperti diarahkan Arussa. Dan yang paling lucu, Jimmy menurut saja syarat Aryssa. mengenakan kaca mata berbingkai besar dan menyikat rambutnya ke tepi. Kononnya, Aryssa sukakan lelaki yang kelihatan nerd.
Walhal, lelaki itu tidak tahu yang Aryssa sengaja buat begitu. Selama ini Jimmy terlalu perasan sepertilah dia pelajar lelaki yang paling handsome di sekolahnya. Perasaan bangga dan bongkak itu menyebabkan dia tidak mahu berkawan dengan budak-budak kelas pertengahan. Tak pasal-pasal diperbodohkan Aryssa. Padan muka!
Aryssa memang anti dengan budak lelaki yang bersikap sebegitu. Mahu sahaja dia mengenakan setiap budak lelaki perasan yang ada di sekolahnya, tetapi dia hanya lakukan hal itu kepada pelajar lelaki yang perasannya mencapai tahap kritikal macam Jimmy.
Paling dia tidak dapat lupa, apabila dia dan Wani merakamkan gambar Jimmy yang dalam keadaan nerd itu. Gambar itu mereka fotostat dan lekatkan di dinding dewan sekolah. Hingga sekarang tidak ada siapa pun tahu semua itu perbuatannya dan Wani.
****** ********* *******
Aryssa bernyanyi kecil sambil memakai helmet. Yamaha 125 kebanggaannya sudah selamat keluar dari tempat parking. Dia mula menghidupkan enjin motorsikalnya. Dengan sekali tendang sahaja Yamaha 125 itu mengaum. Saat itu dia menggenggam handle sambil memulas minyak. Tatkala dia mahu keluar dari kawasan itu, tidak semena-mena sebuah Satria GTi kelabu metalik dengan selamba melanggar belakang motorsikalnya.
Aryssa memberhentikan motorsikal, Kemudian mengetuk cermin kereta separuh gelap itu sambil bercekak pinggang. Geram. Sakit hati.
“Hallowww, Encik! Saya tahu la encik bawak kereta, tapi jangan la sampai motosikal saya ni encik tak nampak. Dah tahu pakai tinted gelap, tak payah la pakai rayband petang-petang hari ni!” panjang lebar Aryssa menempelak.
Panas hatinya bila motorsikal yang dijaganya bagai buah hati sendiri, senang-senang sahaja dilanggar oleh manusia yang tidak reti berhemah di jalan raya.
“Hey! Kau ni tak reti nak bersopan santun ke? Yang kau terhegeh-hegeh sangat nak keluar tu apesal? Kau tak nampak kat sini tempat parking untuk kereta?” kasar balasan diterima.
“Hey, budak! suka hati aku lah nak pasang tinted ke, nak pakai ray band ke… aku tak guna reta abah kau tau tak!” bentak si pemandu Satria GTi kelabu metalik.
Alamak, Mamat ni lagi! Betul punya selenga la! Apalah sialnya hari ni… jumpa mamat tak tahu malam siang ni lagi.
“Ini sudah lebey ni bro! Kalau kau guna reta abah aku, dah lama aku pelangkung kepala kau dengan helmet ni!” balas Anyssanya keras.
Aryssa tidak mahu mengalah. Dia membuka helmetnya dan mengacu ke arah lelaki itu. Lelaki ego di hadapannya itu perlu diajar. Dia tidak akan mengalah kali ini. Walau berputih tulang dia tetap akan melawan sehingga lelaki itu membayar gantirugi terhadap plat nombor motornya yang patah. Dia tidak akan membiarkan lelaki kurang ajar itu berlalu begitu sahaja.
Tiba-tiba Aryssa berasa gugup bila melihat lelaki berkaca mata hitam itu keluar dari keretanya.
“Hah! Nak pelangkung sangat kan? Sila lah pelangkung!”
Lelaki itu menghulur kepalanya ke arah Aryssa saat gadis itu cuba mengacu helmet itu kepadanya. Tanpa disangka, tangan Aryssa yang sememangnya sudah bersedia dari awal sudah tidak terkawal lagi. Tindakan refleksinya untuk menghadiahkan satu libasan kecil kepada lelaki itu benar-benar terjadi. Kepala lelaki itu menjadi mangsa helmetnya.
Mujur lelaki itu bertubuh tinggi, cuma terkena sedikit di bahagian tepi kepala. Keberanian Aryssa menghempuk kepala lelaki itu dengan helmetnya membuatkan lelaki itu menelan liur, akan tetapi lelaki itu tetap cuba untuk berlagak berang.
Betul punya serious budak ni. Aku ingat dia penakut!
Aryssa sudah tidak terkata saat lelaki itu menggosok-gosokkan kepalanya kesakitan. Dia menyeringai menahan sakit.
“Biol punya budak! Main kepala! Ingat aku tak bayar zakat ke?” suara Fizal masih keras seperti tadi.
Awalnya dia menganggap budak pengkid yang kecil molek di hadapannya itu tidak berani berbuat apa-apa. Belum sempat dia mengelak, helmet keras itu terus menghentak kepalanya. Dia dapat lihat wajah budak pengkid itu seperti serba salah.
“Aik! Dah kau yang hulur kepala aku libas lah!” selamba sahaja Aryssa menjawab.
Dalam hatinya berdoa agar lelaki di hadapannya tidak bertindak diluar jangkaan. Dia sendiri tidak menyangka tangannya begitu cekap membidas helmetnya ke arah lelaki itu. Tanpa menunggu apa-apa tindakan drastik daripada lelaki itu, dia cepat-cepat menolak Yamaha 125 dan berlalu tanpa menoleh lagi.
“Hoii! Takkan blah macam tu je…” jerit Fizal yang masih menggosok kepalanya.
Sambil terjerit memanggil budak perempuan itu, Fizal mengepal penumbuk. Hatinya memang tengah berang. Kalau dia jumpa lagi budak perempuan itu, pasti dia akan membalas dendam.
Tak guna punya pengkid. Sudahlah kepala aku jadi mangsa helmetnya, dia boleh blah macam tu je. Memang dasar pengkid tak sedar diri. Kalau aku jumpa kau lagi, siaplah kau. Memang aku debik dua tiga bijik.
Tak macho kalau pukul perempuan pun, tak macho lah. Perempuan ini bukan jenis perempuan yang boleh diberi muka. Ini perempuan yang jenis dapat kaki sepenerajang dua. Sesedap rasa saja dia belasah kepala aku. Lepas tu bukannya nak mintak maaf. Terus blah macam tu.
Dia ingat aku ni takut sangat ke bila dia debik aku macam tu? Sekali aku sekeh, mahu pendek akal budak tu jadinya!
No comments:
Post a Comment