Tuesday, June 24, 2008

SEMANIS SENYUMANMU -BAB 7

Aryssa sudah mulai panas. Bukan sahaja panas dibakar matahari, panas hati juga. Sudahlah tayar motorsikalnya pancit, handphone pula kehabisan bateri, berpeluh dia menolaknya. Jalan pula berbukit-bukit. Nak cari bengkel di sini, macam nak cari sebutir belian dalam pecahan kaca.

Apa punya tempat la ni, nama je kawasan perumahan ni dahlah tak ada bengkel, public phone pun tak ada. Dahlah kawasan di sini berbukit bukau, mampus aku menolak motor sampai ke jalan utama.

Tiba-tiba sebuah Honda Accord berhenti di sebelahnya. Seorang wanita yang kelihatan anggun berbaju kurung hijau muda tersenyum memanggilnya.
“Hai, Aryssa… motor rosak ke?”

Teguran itu membuatkan Aryssa menoleh. Mak cik Salina keluar dari keretanya itu. Aryssa cuma mengangguk sambil mengesat peluk di dahi dengan lengan baju dipakainya.
“Pancit mak cik…kat sini ada bengkel yang dekat tak, mak cik? Nak telefon pun bateri weak…” Aryssa terus mengesat peluh yang tidak henti menitik dari dahinya. Terik tengah hari benar-benar telah membakar kulitnya.
“Jauh Ary, kat bawah sana!” beritahu Mak cik Salina.

“Apa kata Ary ikut mak cik balik rumah. Nanti, mak cik call anak buah mak cik, minta dia tunda motor Ary. Dia ada bengkel kat bawah tu…” pantas jari Salina mendail telefon.

Aryssa cuma akur dengan cadangan itu. Mujur juga ada mak cik yang peramah ini. Kalau tidak, masak dia terpaksa menolak motosikal sendirian di bawah terik tengahari begini.
“Duduk lah…inilah rumah mak cik. Time macam ni, mak cik tinggal seorang. Tadi mak cik hantar anak dara mak cik, si Nurul ke tempat tuisyen,” ramah Salina berbicara macam bertih goring setelah menjemput Aryssa masuk.
“Tadi, Ary nak ke mana?” sambungnya lagi.
“Pergi rumah kawan mak cik…” bohongnya.

Memang tidak wajar benar untuk beritahu mak cik Salina yang dia sebenarnya pergi melepak.

Aryssa mulai mencapai gelas yang berisi jus oren yang dihidang Salina. Haus di kerongkongnya tidak akan dibiarkan lama. Naik kering tekak menolak motor mencari bengkel di kawasan perumahan elit itu.
“Makan tengahari di sini ye. Tak lah mak cik makan sorang… Anak jantan sorang tu malam karang barulah nampak batang hidung…” pelawa Salina sambil menuju ke dapur.

Aryssa tahu ‘anak jantan’ yang dimaksudkan adalah Fizal. Mana nak nampak batang hidung, dia sendiri pening nak mengatur masa untuk dating dengan awek-aweknya.

Salina pula tidak henti menceritakan perihal anak-anaknya. Habis dibawanya Aryssa melawat rumahnya. Mulutnya yang ramah itu adakalanya membuatkan telinga Aryssa penat.

Selepas makan, dia masih menunggu motorsikalnya dihantar oleh Bandi, anak buah Salina. Salina pula masih tidak habis lagi bercerita. Kali ini mengenai Fizal, anak bujangnya yang sulung itu. Habis semua riwayat hidup Fizal keluar dari mulut Salina. Tak cukup kisah hidup, melarat pula sampai makanan kegemarannya. Hobinya. Macam-macam lagi.
“Fizal tu Ary, nama je anak sulung..tapi manja mengalahkan anak bongsu. Kadang tu, rimas mak cik dengan perangainya. Tapi kan, Ry…dia rajin menolong. Kemas rumah. Basuh pinggan. Itupun kalau dia ada di rumahlah,” cerita Salina lagi.

Tidak berhenti mulutnya berceloteh tentang anak lelakinya itu. Siap disuakannya gambar-gambar Fizal semasa kecil hingga besar. Apa sahaja kegemaran anak lelaki itu keluar daripada mulut Salina. Bagaikan segala cerita itu sudah dibuat skripnya terlebih dahulu. Tiada satu pun cerita tentang Fizal tertinggal. Kesemuanya habis diluahkan oleh wanita itu.

Ai, mak cik ni macam promote anak je. Takkan nak jadikan betina-jantan ni menantu kot. Mau meraung anak jantan mak cik tu, bila tengok muka aku!

Aryssa menahan gelihati. Bukan kerana cerita mak cik tu, kerana teringatkan peristiwa kelmarin. Tidak pernah disangkanya tangannya begitu pantas membidas helmet ke kepala lelaki itu. Tidak dapat dia lupakan bagaimana menyeringainya wajah lelaki itu menahan kesakitan. Walaupun setelah pulang Aryssa terasa bersalah, namun jauh di sudut hati dia berbangga kerana telah berjaya menumpaskan jantan buaya darat yang pernah menghinanya.

Hampir 2 jam dia menunggu, namun selepas itu dia lega bila Bandi sudah menukar tiup tayar motorsikalnya. Aryssa ingin membayar, tetapi dihalang Salina kerana dia yang mahu membayarnya.
“Terima kasih, mak cik. Menyusahkan mak cik je…” ucap Aryssa.
“Eh! Tak ada susahnya. Lain kali jangan segan-segan, datanglah rumah mak cik. Bila-bila masa pun tak apa. Pintu rumah ni terbuka untuk Ary. Balik nanti kirim salam pada mak…” ucap Salina ramah.

Aryssa cuma mengangguk. Dia rasa lega setelah motosikalnya sudah keluar dari pintu pagar rumah besar itu. Aman telinganya!

Selepas berlalu meninggalkan banglo atas bukit itu, terus dia menghubungi Wani, mengajak temannya itu keluar. Kalau dia balik ke rumah terus pun, emak dan ayah bukannya ada. Mereka menghadiri majlis ulang tahun syarikat tempat ayahnya bekerja. Lagipun dia sudah memberitahu orang tuanya terlebih dahulu.

Selepas sahaja mengambil Wani di rumahnya, mereka keluar melepak di kompleks membeli belah. Mengambil tempat duduk di food court sambil minum-minum dan memerhatikan gelagat manusia di sekeliling mereka. Memang itulah hobi mereka bila ada kelapangan. Duduk-duduk sambil memerhati pelbagai gelagat manusia yang juga berpeleseran di sini.
“Ary, jom main game. Kita racing, siapa menang dia belanja makan!” ajakan Wani dibalasnya dengan cebikan.
“Malas aku! Asyik aku je yang selalu menang…kau suka main tipu,” balasnya.

Memang benar kata Aryssa. Kadang kala Wani memang sengaja mengalah dan memberi peluang untuk Aryssa menang. Setelah itu Aryssa perlu bayar untuk makanannya.

Sudahlah tu, makan banyak pula. Tak cukup sepiring chee cheong fun, dia makan pula sizzling mee. Asam laksa pula. Perut macam tong sampah! Yang hairannya si Wani ni, badannya tak pula gemuk. Tetap cikeding macam cicak kubing. Entah-entah dia bela hantu raya!

“Okey, kalau macam tu siapa kalah, dia belanja…” Wani masih tidak mahu mengalah.
“Eleh, kau tahu aku makan tak banyak mana, beranilah kau!” jawab Aryssa.

Wani ketawa. Memang Aryssa tidak makan banyak. Benda yang boleh dihabiskannya cuma sup herba ayam yang dimasukkan kurma merah dan beberapa herba cina yang lain. Punyalah pahit, tetapi Aryssa selamba sahaja menghabiskannya. Siap dikunyah-kunyahnya herba-herba tu.

Wani sendiri hairan mengapa Aryssa suka sangat minum sup itu. Setahunya, orang sebaya mereka cukup tidak gemar dengan masakan yang berasaskan herba. Pahit. Namun Aryssa tidak pernah menjawabnya dengan tepat, cuma katanya menjaga kesihatan.

Mereka terus berbual dan adakalanya ketawa melihat gelagat remaja di situ. Tiba-tiba sahaja Wani meletakkan jari ke bibir mengisyaratkan diam pada Aryssa. Aryssa mengangkat kening bila mendengar perbualan sepasang kekasih di meja bersebelahan meja mereka. Tempat itu agak tersorok dan sedikit sunyi sehingga mereka dapat mendengar apa yang diperbualkan pasangan tersebut.
“Jay, kenapa you buat macam ni pada Ayu? Apa salah Ayu? Kenapa you tiba-tiba je nak tinggalkan Ayu? …selama ni, Ayu sayang sangat pada you, Ayu tak kisah kalau you ada girlfriend lain…” rayu gadis itu dalam sedu tangisan.

Mereka nampak seorang gadis yang mempunyai beberapa parut yang belum sembuh di wajahnya. Gadis itu menangis dan merayu pada lelaki yang amat mereka kenali, Fizal. Mata lelaki itu meliar bagaikan takut kalau-kalau ada orang ternampak dia dengan gadis bernama Ayu itu.

Aryssa dan Wani langsung tidak berganjak untuk melihat drama swasta yang dilakonkan secara langsung di hadapan mereka.
“Please Ayu, I cant’ stay with you anymore. Lagipun…sejak you accident, muka you berparut macam ni. Hey, I malu tahu tak?” jelas suaranya.

“Please lah Ayu…carilah orang lain. Lagipun selama ni…we are just a friend. Tak lebih dari tu, cuma you je yang suka lebih-lebih,” ujar lelaki itu, terus mempertahankan diri.

Tidak mungkin dia mahu lagi dengan wajah huduh perempuan ini. Mana dia mahu letakkan mukanya kalau orang melihat dia keluar dengan perempuan yang berparut teruk ini. Dia sendiri geli melihat kesan-kesan parut yang berselerak di muka perempuan itu. Sudahlah begitu ada pula kesan jahitan di bawah matanya.
“Tapi, dulu you kata you cintakan I, Jay. Please don’t do this to me… I really need you! I really love you… I sanggup buat apa saja asalkan you bersama I… I sanggup pergi Singapore for surgical operation… Please, don’t leave me, Jay. I really love you…” rayu gadis itu lagi entah untuk keberapa kali, sambil memegang lengan lelaki di hadapannya. Masih juga dia menagih simpati meminta lelaki itu tidak pergi darinya.

Kenapalah perempuan bernama Ayu itu sebegitu lemah? Masih sanggup bermuka sedih menagih kasihan daripada lelaki yang berhati busuk ini?
“Hei! Bukan I yang tergila-gilakan you tau. You tu yang terhegeh-hegeh datang goda I. Please la Ayu, I said no! Don’t you understand? I tak mahu apa-apa hubungan dengan you lagi. I dah menyampah tengok muka you yang dah buruk tu! Is it clear?” tengking lelaki itu lagi sambil menepis tangan sang gadis.

Lelaki sombong itu terus berlalu meninggalkan sang gadis yang sedang menangis teresak-esak sendirian. Merintih dengan suara yang amat perlahan. Dia tidak menyangka Fizal akan meninggalkannya hanya kerana dia sudah tidak secantik dulu. Sedangkan dahulu Fizal amat menyayanginya.

Dahulu, mereka sering keluar bersama. Namun setelah dia sembuh daripada kemalangan yang meragut kecantikan di wajahnya beberapa bulan lalu, dia ditinggalkan dengan wajah kebencian dan jijik dari lelaki itu.

Kejamnya mamat ni. Kurang ajar! Dah diayat awek tu dulu, bila awek tu dah buruk dia nak tinggalkan macam tu je? Apa punya jantanlah!

“Ary, aku rasa memang bagus kalau kau nak kenakan dia…tak guna punya jantan. Macam tu je dia blah! Apa punya jantan lah macam tu? Tak gentlement langsung!” bentak Wani. Geram.

Tangannya dikepalkan dan dia menumbuk meja tanda protes terhadap perlakuan Fizal. Langsung wani tidak menyangka lelaki itu tidak berhati perut. Betapa bodohnya lelaki itu, yang memilih kecantikan untuk kepuasan. Kesian dia melihat gadis yang berparut itu. Merintih dan merayu kepada lelaki sial yang tidak punya perasaan. Harap muka saja handsome, perangai macam sial!
“Don’t worry, Wani, lepas ni dia akan rasa penangan Aryssa pula. Kalau dia boleh jadi Play Boy Malaya, aku pun boleh. Ini Aryssalah,” tutur Aryssa yakin.
“Awek paling Jiwang Karat di dunia!” pantas Wani menyambungnya lantas ketawa.

Aryssa mengetap bibirnya. Geram dengan gurauan Wani. Namun jauh di sudut hatinya, terasa mendendami lelaki sombong tadi. Tidak di sangkanya, lelaki kacak yang menjadi kegilaan gadis dikolejnya punya hati yang sekejam itu.

Kenapalah ada lelaki sehina itu. Setelah menabur kata cinta pada si gadis, tiba-tiba pergi setelah gadis mendapat malang. Kesian Ayu. Wajahnya sudah tidak ayu lagi. Kekasih hati pula melarikan diri. Sudah jatuh ditimpa tangga. Mudahnya roda hidup berputar!

No comments: