Hari ini sahaja sudah tiga kali dia cuba telefon lelaki itu, tetapi jawapannya tetap sama. Fizal tidak ada. Kelmarin dia telefon pun tak ada, semalam telefon pun tak ada. Ini betul punya Romeo, sampai tak ada masa duduk rumah.
Aryssa merenung jam dinding, tepat pukul 10:00 malam. Tangannya sekali lagi menekan butang-butang nombor telefon hijau tua itu.
“Hello, Assalamualaikum… Fizal ada?” suaranya sengaja dilembutkan.
“Ye… Fizal bercakap. Siapa tu?” jawab suara di sebelah sana.
Yes! Bingo!
“Amboi, Susah nak bercakap dengan awak ye…tak ada memanjang! Busy mengalahkan Perdana Menteri. Kalau ada secretary boleh gak saya buat appointment…ni tak ada pula. Nasib baik mak awak baik hati, sudi ambil panggilan saya…” tanpa menjawab pertanyaan Fizal, Aryssa terus membebel.
“Kalau iya pun, kenalkan diri dulu… Saudari ni siapa?” mesra suara Fizal di hujung talian.
Alamak! Formal la pulak! Siap saudari, saudara…
“Ops! Sorry…saya Rina, Syarina Wirdayu…boleh saya berkenalan dengan saudara? Itupun kalau saudara sudi… kalau tak sudi, tak apa. Saya letak telefon,”
Aryssa tahu, taktiknya itu pasti mengena. Entah dari mana datangnya nama Syarina Wirdayu, tetiba je terkeluar dari mulutnya. Tapi sedap juga nama itu…
“Ops…jangan lah letak dulu. Macam pernah dengar suara ni… Kat mana ye?”
Takkan dia kenal suara aku? Kacau! Macammana dia boleh cam suara aku, rasanya baru sekali je aku cakap dengan dia.
“Kat radio lah tu… ada orang kata suara saya sebijik suara Siti Nurhaliza…eh! Betul kot?” Nasib baik dia pandai meloloskan diri.
“Eleh, perasan! Ni Liza ni…menyamar jadi Rina pula. Dah lah Liza, Jay baru je balik ni. Penat tak hilang lagi, esok je kita keluar ye…” teka lelaki itu.
Liza? Yang mana pula ni? Berapa banyak awek la yang dia ada… betullah kata Wani, lelaki ni memang romeo. Bukan, bukan romeo tetapi Buaya darat sebenarnya. Tak boleh buat suami. Jantan gini, silap-silap kena tiga-empat kali bermadu itu tak masuk yang mutaah lagi tu.
“Liza mana pula ni? Nama saya Syarina Wirdayu. Tu alasan la tu… tak nak borak lama-lama. Okeylah, besok tunggu saya call… pukul sepuluh malam, okey. Bye!” Aryssa letak telefon.
Nampaknya first step nya agak berjaya. Dia akan pastikan Fizal tangkap lentok padanya. Aryssa masih ingat dengan kata-kata Fizal yang dia tak ada selera dengan gadis macam Aryssa. Tengoklah nanti sejauh mana benarnya kata-kata itu. Tengoklah nanti kerana seleranya akan berubah juga nanti.
Bermula malam ini Aryssa akan membuat Fizal sentiasa berselera untuk mendengar suaranya.
*********************
Siapa pula yang nak bermain teka teki dengan Fizal? Nak kata Liza, suaranya memang sama tapi masa ketawa lain pula, lagipun Liza tak banyak cakap, tapi Si Syarina Wirdayu ni pula, banyak mulut. Siapa nak kenakan aku ni?
Bukan Fizal takut, tapi confuse dengan identity perempuan itu. keliru.
Ni mesti kes nak kenakan aku. Kononnya nak ayat aku, lepas tu report pada awek-awek aku yang lain. Biasalah taktik orang perempuan ni, dua puluh empat jam nak menguji. Tidak pun ada yang menaruh hati tapi takut untuk menyatakan perasaan. Takut tak diterima. Mungkin. Tapi kalau personality okey, fotogenik ke, takkan aku nak menolak. Memang hobi akupun mengumpul seberapa banyak gadis yang boleh.
Adakalanya dia rasa tidak sedap hati, tentu ada seseorang yang mahu mengenakannya. Pasang perangkap padanya. Malam esok dia akan tunggu gadis itu menghubunginya. Dia akan korek rahsianya sampai dapat. Kalau gadis itu sengaja mahu mempermainkannya, dia sudah tersilap langkah. Fizal akan perangkap dia balik.
Dia tak kenal lagi siapa Fizal. Sekali dah dengar suara, sampai bila-bila tak mahu lepaskan. Maklumlah, Fizal kan lelaki paling romantic abad ini!
******************
“Hello, Boleh…”
“Fizal, cakap!” balasnya tanpa lengah, bila terdengarkan suara seorang gadis di hujung talian.
Dia melirik jam dinding. Tepat jam 10.00 malam.
“Mesti saudara tunggu panggilan saya kan? Maknanya saudara sudi berkenalan dengan saya. Salam perkenalan dari saya…”
Lajunya budak ni bercakap!
“Bukan tunggu panggilan awak, tapi setiap call in semuanya untuk Fizal…by the way panggil saja, Fizal. Tak payah ‘saudara-saudara’ rimaslah Macam teater bangsawan pula. Fizal panggil Rina, boleh?” usul Fizal.
Memang dia lemas dengan perkataan tu, saudara-saudari, tuan-tuan dan puan-puan, formal!
“Ok. Nice name for a nice guy! Rina pun tak suka ber ‘saudara-saudari’ ni…tapi semalam, awak mulakan panggil Rina ni “saudari”. Tu pasallah!” lembut balasanya.
“Ye ke awak tak tunggu panggilan Rina ni? Apasal ada kat rumah pula hari ni? Selalu Rina call tak ada memanjang…”
Soalan itu membuatkan Fizal terdiam. Syarina ni memang suka menembak agaknya, fikir Fizal.
“What ever! Sekarang Fizal nak tahu dari mana Rina dapat nombor ni? Umur Rina berapa? Rina tinggal kat mana? Apa nombor telefon Rina? Kenapa Rina nak berkenalan dengan Fizal? Siapa…”
“Opss… Chup! Chup! Banyaknya soalan. Ada talian hayat tak?” tidak sempat habis pertanyaan Fizal, katanya telah dipotong.
Dia buat lawak Jalaluddin Hassan la pulak!
Fizal ketawa. Memang dia terasa lucu dengan soalan Syarina. Selamba, tetapi ceria.
“Tak ada… jawab semua dalam masa lima saat!” tegasnya, sekadar memberi ujian.
“Soalan satu jawapannya A, nombor dua A juga, soalan tiga….”
“Itu jawapan ke apa tu?” berkerut dahi Fizal cuba memahami jawapan itu.
Lawak budak ni makin melampau pula. Pantang diberi muka!
“Rina jawab dalam objektif la…”
Jawapan suara itu membuatkan Fizal ketawa lagi. Kali ini bertambah kuat.
Memang budak ni loyar buruk betul! Jawapannya pun comel sangat. Ish, dah kenapa Fizal ni terbekenan pula dengan suara budak misteri ni.
“Rina, please be seriously!” pintas Fizal, sengaja dia buat-buat serius.
Memang dia ingin tahu jawapan bagi setiap pertanyaannya. Dia mahu pastikan siapa sebenarnya gadis ini. Gadis yang begitu misteri!
“Rina nak berkenalan dengan Fizal sebab Rina tahu Fizal perlukan kawan macam Rina,”
Oh Ok. Nampaknya gadis ni dah tersilap channel. mana ada perempuan yang hanya sanggup jadi kawan. Aku pun tak pasti aku perlukan dia jadi kawan atau lebih dari itu… tapi kalau Fizal perlukan lebih dari kawan, gadis ini pasti tak menolakkan.
“Nombor ni, Rina cari… tak payah la Fizal nak tau Rina tinggal mana, nombor telefon berapa, mak bapak siapa, nama kucing apa…yang penting, Fizal akan dapat berbual dengan Rina setiap malam jam sepuluh secara percuma. Setuju?” jawab suara itu lagi.
Kali ini Fizal mula pening kepala. Mulanya dia ingat nak mengena, rupanya budak ni lagi terror. Siap bagi perkhidmatan percuma call Fizal tiap malam.
“Tak gerek la borak-borak dalam telefon..kita jumpa nak? Besok pukul 4:00 Fizal tunggu di cafĂ© kat City Center …deal?” tawar Fizal. Umpan juga.
Kenapa mesti nak sorok identity? Ni kes nak tipu oranglah ni. Nampak macam nak memerangkap aku saja. Tak apa…aku akan layan sampai habis. Sampai dia mengaku kalah. Dan yang penting, sampai dia mengaku siapa dia sebenarnya.
“Esok, tak bolehlah. Rina tak boleh keluar rumah sampai akhir tahun… Tahun ni Rina ada exam. Lepas exam, Rina boleh jumpa Fizal. Tak lama kan? Lagi sepuluh bulan je. pejam-celik, pejam-celik…”
Kukuhnya alasan dia. Perempuan memang begini, hidup mereka penuh dengan alasan. Kalau tidak ada alasan mungkin mereka tidak mampu untuk meneruskan hidup agaknya.
“Tak pun Rina e-mail kat Fizal… sertakan sekali gambar Rina, ok!”
Apa pula alasannya lepas ni? Dia ingat dia bijak sangat nak bagi banyak alasan? Heh! Perempuan, ini Fizal lah, jaguh wanita seantero Negara… tidak pernah ada mana-mana gadis yang akan menolak cinta lelaki ini, tahu!
“Fizal nak tengok sama ada Rina ni cantik ke tak ye…! Kita tak perlu memilih paras rupa untuk membina sebuah persahabatan. Keikhlasan itu lebih penting. Kalau Fizal tak jujur dengan diri sendiri, Fizal tak akan mampu mendapat seorang sahabat yang baik…” balas perempuan itu lagi.
Isk! Terkena lagi! Syarina ni memang pandai tembak orang. Asal saja dia tembak, pasti Fizal terkena balik. Tapi…betul ke, Fizal perlukan seorang sahabat? Yang dia tahu, selama ini semua perempuan mahu menjadikannya teman lelaki.
Adakalanya dia macam barang pameran pula. Masing-masing macam megah dan menunjuk-nunjuk pada teman mereka yang lain yang mereka pernah keluar dengan Fizal. Tapi adakah mereka semua jujur berkawan dengan Fizal?
“Kalau Rina ikhlas sangat, tunjukkanlah diri Rina. Kalau tak, Rina pun tak jujur pada Fizal juga. Mana tau Rina sengaja nak main-mainkan Fizal…”
Biar dia juga tahu yang Fizal juga seorang penembak terbaik.
“Belum tiba masanya lagi. Jangan risau, Rina tak suka mempermainkan orang. Lagipun, Rina lebih senang berbual dalam telefon. Fizal jangan risau, sepuluh bulan lagi kita jumpa. Okeylah, Rina nak masuk tidur. Assalamualaikum!” ucap suara itu.
Dia nak letak telefon pula! Sajalah tu, sudah tidak ada idea nak menipu. Mulalah bagi alasan lagi. Nak tidurlah, konon!
“Eh! Nantilah…belum habis cakap lagi…”
Dia masih tidak puas berbual dengan gadis itu. Banyak lagi yang mahu ditanyakan. Banyak lagi yang dia mahu tahu. Siapa dia sebenarnya? Apa yang dia? Andai dia mahukan cintaku, aku sudah lama bersedia Syarina Wirdayu…
“Esok kita sambung…bye!”
klik! Belum sempat nak kata apa-apa, talian hujung sana dah terputus.
Amboi seronoknya dia! Main letak je telefon. Siapalah minah ni? Macam nak kenakan aku je, tapi berbual dengannya lebih seronok jika dibandingkan berbual dengan awek-aweknya yang lain.
Perempuan yang Fizal kenal hanya berbual tentang sayang, rindu, cinta…macam tak ada perkataan lain. Kadangkala rasa mual juga. Tapi untuk jaga reputasi punya pasal, dia terpaksa tadah telinga. Nanti member yang lain tak respect pula.
Maklumlah Fizal kan Romeo Perdana College. Mana ada gadis yang pernah menolak cinta Fizal. Belum ada lagi gadis yang sanggup mengatakan ‘tak nak’ pada Fizal. Fizal akan pastikan Syarina Wirdayu juga tidak terlepas daripadanya. Dia akan memerangkap gadis itu, sehingga gadis itu mengaku kalah dan tunduk padanya.
Bersiap sedialah, Syarina Wirdayu. Kau akan dapat merasa secebis dari cinta ‘suci’ ku!
No comments:
Post a Comment