Sunday, August 10, 2008

SEMANIS SENYUMANMU -BAB 25

BAB DUA PULUH LIMA

Hampir setengah jam dia menunggu Wani. Sudah separuh kotak kentang goreng masuk ke perutnya. Berjanji dengan Wani macam inilah jadinya. Tapi, dah lama dia tidak keluar dengan kawan baiknya itu. Malah hubungan mereka sudah mulai renggang gara-gara Wani sibuk melayan Fizal. Tiap kali Aryssa mengajak keluar, ada sahaja alasan yang keluar dari mulutnya. Tapi, hari ini Wani serius mengajaknya keluar. Dan biasanya, bila dia bersungguh-sungguh, pasti ada sesuatu yang menarik.
“Ary, aku dah jatuh cinta…” beritahu Wani, wajahnya ceria, hatinya berbunga riang.
“Aku tahu,” Aryssa menjawab, bosan.

Tidak adakah cerita lain yang mahu diasak ke telinga melainkan tentang lelaki itu? Aryssa tahu dengan siapa Wani jatuh cinta dan ianya membuatkan gadis tomboy itu bertambah bosan.
“Kau tak mahu tanya ke dengan siapa?” pertanyaan Wani di balas dengan gelengan malas.

Matanya langsung tidak merenung wajah teman baiknya itu. Ada sekelumit rasa yang sukar dijawab bila mendengar Wani sudah jatuh cinta. Aryssa sudah tahu siapa gerangan lelaki yang dicintai Wani.
“Aku tahu,” jawapannya masih bernada sama, acuh tak acuh.
“Kau tak mahu tanya sejak bila?” soalnya.

Wani masih mahu bercerita tentang boy friend barunya itu. Walaupun dia tahu, Aryssa langsung tidak berminat dengan ceritanya.
“Aku tahu,” jawapnya acuh tak acuh lagi.

Aryssa masih seperti tadi, menatap komik kegemarannya. Tidak menoleh langsung pada kawanya yang sedang dalam keriangan.
“Apa yang kau tahu?” Wani mulai bosan dengan sikap Aryssa.

Hatinya yang tadi berbunga, layu akibat sikap endah tak endah Aryssa. Sejak sebelum keluar tadi dia mahu bercerita tentang perasaannya terhadap Fizal. Dia mahu bercerita tentang hari-harinya yang indah sejak hatinya mula dihuni lelaki itu.

Semua itu terus padam bila melihat sikap dingin Aryssa. Mungkin kawannya itu irihati padanya. Mungkin juga Aryssa ada menyimpan perasaan yang sama terhadap Fizal. Dan dalam diam Wani tidak akan membenarkan ianya berlaku.
“Aku tahu, kau dah jatuh cinta sejak beberapa bulan lalu. Aku tahu lelaki tu Fizal. Aku tahu kau dah tak mahu kawan dengan aku sebab kau dah ada kawan, sahabat, kekasih, balak, pak we, or what everlah… Wani!” Aryssa merengus.

Bukannya dia marah, tapi dia cepat bosan dengan orang yang suka bercerita tentang teman lelaki. Memualkan. Tambahan pula dia sudah tahu siapa lelaki itu. Lelaki sama yang telah membawa pergi secebis hatinya.
“Bunyinya macam kau cemburu?” bentakan Wani, membuatkan Aryssa terhenti membaca. Direnungnya temannya itu dengan pandangan tajam.
“Cemburu? Hey! Ini Aryssalah! Nak buat apa aku cemburu? He just not my type!” tegasnya.

Memang Wani, memang aku cemburu. Mana pergi kawan baik aku yang sama-sama berjanji untuk mengenakan Casanova Perdana Kolej? Dengan Casanova itu pula kau bercinta!

“Okey, sorry! Ary, aku bukan tak mahu kawan dengan kau. Kau pun tahukan, Fizal perlukan teman untuk berbual dan aku nak pulihkan semangat dia balik…” jawabnya, sekadar tidak mahu pertemuan mereka petang itu menjadi tegang.
Tanggapannya terhadap Aryssa tadi salah. dia kenal Aryssa. Aryssa tentu masih tidak dapat melupakan Amir, teman lelakinya semasa zaman persekolahan dahulu. Wani juga sedar, dia sudah mula menjauhkan diri dari kawan baiknya. Sebelum ini, mereka langsung tidak pernah bertelagah. Pendapat mereka selalunya sama. Tapi kini, hubungan mereka bagaikan telah retak. Aryssa terasa bagai kehilangan seorang sahabat.
“Okey, carry on! Aku tak kisah pun kau nak couple dengan dia ke tidak… It’s up to you! So, kalau kau tak mahu kawan dengan aku pun, I don’t care!” bentak Aryssa.

Dia bagaikan tidak dapat menyembunyikan rasa marahnya. Geram.

Wani mengajaknya keluar semata-mata untuk memberitahu yang dia dan Fizal saling menyintai! Noncense! Dia tidak mahu Wani salah anggapan terhadapnya. Wani ada hak untuk menentukan siapa teman lelakinya.
Kata-kata Aryssa membuatkan hati Wani tercalar. Bengang. Entah kenapa Aryssa begitu serius. Sungguh dia berasa pelik. Mungkin juga benar tanggapannya, Aryssa juga menyintai Fizal.

Jangan harap Aryssa, Fizal hak aku! Hak mutlak Wani!
“Memang aku nak couple dengan dia. Eh, kau dengar sini. Aku tak mahu kau ganggu dia lagi. Aku dah bosan dengar nama kau dari mulut dia. Tiap-tiap hari, kau tahu tak? Aku tak mahu dia kecewa bila dapat tahu perempuan tu adalah kau!” bentakan Wani membuatkan Aryssa terkesima.
“Yang disebutnya bukan nama aku, Wani… tapi Syarina! Kau tu yang terlalu cemburu. Dia tak akan kecewa kalau dia benar-benar menyintai kau! Kenapa kau nak takut?” soal Aryssa kembali.

Wani terdiam. Matanya terkelip-kelip.
“Ataupun, kau sendiri tak yakin yang Fizal cintakan kau? Hey, come on Wani! dulu kau yang beria-ria mengajak aku kenakan mamat selenga tu. Kau yang marah sangat bila mamat tu kecewakan gadis-gadis kolej. Mana Wani yang aku kenal dulu? Mana Wani? Sekarang kau kata kau dah jatuh cinta pada lelaki yang pernah kau gelar Buaya tu?”

Pertanyaan bertubi-tubi daripada Aryssa itu menjadikan Wani hilang kata-kata. Jauh di sudut hati, ketakutan serupa itu memang ada. Namun, perlukah dipamerkan pada temannya di hadapan? Memalukan!
“Aku tak peduli! Ini last warning Aryssa. Jangan call Fizal lagi, atau…aku bocorkan rahsia kau dan kita putus kawan! Aku tak mahu berkawan dengan orang yang menipu boy friend aku!” kata-kata Wani membuatkan Aryssa tersentak.
“What? Just because of that guy, kau dah tak mahu kawan dengan aku? Okey! Fine! That is your choice! Aku tak pernah rugi pun kalau tak ada kawan macam kau! Nanti kalau kau kecewa dengan buaya tembaga tu, jangan cari aku! You asked for it!” bentak Aryssa.

Kemarahannya amat memuncak. Bukan dia marah Wani nak bercinta. Dia peduli apa dengan cinta Wani. Hanya kerana lelaki itu, Wani sanggup memutuskan tali persahabatan mereka yang terjalin sekian lama. Ini memang melampau. Aryssa tak dapat menerima hakikat itu!

Hampir sepuluh tahun mereka berkawan. Hanya kerana seorang lelaki, Wani sampai sanggup memutuskan tali ukhwah mereka yang telah lama terjalin. Mereka tidak pernah bertengkar selama ini. Kerana lelaki itu, mereka bermusuh. Putus sahabat. Aryssa benar-benar tidak menyangka, hanya kerana sudah jatuh cinta, dia akan kehilangan sahabat yang paling baik dalam hidupnya.
“Ah! Kau tu yang jealous! Kau tu sebenarnya dah terpikat pada Fizal. Kau jangan cuba dekat dengan dia, dan setahu aku dia tak pernah suka pada tomboy macam kau! Watch out, Aryssa. Aku takkan berdiam kalau kau rapat dengan Fizal!” telunjuk Wani betul-betul berada di depan matanya.

Mahu sahaja ditunjalnya kepala Aryssa saat itu. Tapi dia tahu, Aryssa tidak akan berdiam diri kalau jari-jemarinya menyentuh kasar tubuh Aryssa.

Wani yang berada di hadapan Aryssa hari ini memang benar-benar telah berubah. Wani yang begitu feminine dan setia pada persahabatan, berubah menjadi bengis dan pendendam.

Aryssa juga punya maruah yang harus dipertahankan. Tidak mungkin dia mengalah. Dia perlu mempertahankan haknya, kerana Aryssa dapat merasakan ada sesuatu yang terjadi pada hatinya sejak dia mula menghubungi Fizal.
“Aku pun tak peduli apa kau nak buat… Aku akan robekkan hati kekasih kau tu sehingga dia tak boleh menerima perempuan dalam hidupnya!”

Ugutan Aryssa membuatkan Wani tergamam. Dia tahu Aryssa serius. Aryssa tak pernah memungkiri setiap patah kata-katanya. Dia juga tahu Aryssa mampu berbuat begitu, kerana itu juga dia harus bersedia untuk berbuat sesuatu sebelum Fizal dimiliki Aryssa.

Sungguh Aryssa tidak percaya, tali persahabatan mereka yang selama ini kukuh, telah terlerai hanya kerana seorang lelaki yang mereka cintai. Walaupun dia sendiri mahu menyimpan perasaan itu, tetapi hatinya jadi terbakar bila Wani bagaikan sengaja mahu mencabarnya.

No comments: