Monday, November 10, 2008

Aku Bukan Untukmu - 10

Izham sendiri tidak tahu kenapa dia memilih Anizan. Tapi sebenarnya dia sudah tidak punya akal lain untuk mencari gadis lain untuk melakonkan watak kekasihnya. Anizan dirasanya sesuai dengan watak itu, kerana kalau Anizan bukan pelakon yang baik, dia tak akan berjaya menjadi seakan lelaki walaupun nalurinya perempuan sejati.
Ijan ternganga dengan tawaran itu. Balik ke kampungnya? Untuk apa? Bos aku ni betul ke tak betul? Ataupun dia sengaja nak mainkan aku? Confuse…
Melihat kegusaran di wajah Anizan, Izham mula menceritakan dari awal hingga akhir, kenapa dia harus meminta pertolongan dari gadis tomboy itu. Dia tidak mahu gadis itu terkeliru dengan keadaan yang merunsingkannya. Dia mahu Anizan faham tentang situasinya… dan paling penting dia tak mahu Amira menjadi isterinya. Biarlah dia membujang sampai tua, asalkan gadis kampung yang dianggap bagai adik sendiri tidak menjadi teman hidupnya.
Semasa Amira kecil dahulu, Izham selalu membawanya pusing kampung dengan basikal. Dikeleknya Amira ke sana-sini memberitahu orang kampung Amira adalah adiknya, jangan sesiapa berani menganggu Amira. Takkanlah dah besar, dia nak kelek Amira lagi dan beritahu pada orang kampung, Amira adalah bakal isterinya dan jangan ada sesiapa yang berani menganggunya… Perkara itu takkan dibiarkannya berlaku!
“Macamana Anizan awak setuju ke tak?!” soalan Izham membuatkan wajah gadis itu berkerut. Dia tak dapat nak memikirkan jawapannya.
Boleh ke aku berlakon ni? Buatnya mak dia species Mak Dara dalam filem Ibu Mertuaku, masak aku! Tapi tawaran Izham lumayan, lima ribu untuk berlakon selama seminggu. Bukan senang aku nak dapat duit sebanyak itu. Boleh gak aku tukar motor baru…
“Bagi saya seminggu untuk berfikir dulu Boss!”
“Fikir apa lagi? Tiga hari lagi saya nak balik kampung, nak bagi awak masa berfikir seminggu pula? Tak payah fikirlah! Saya takkan tipu awak!” sergahan Izham membuatkannya terkaku sejenak.
Nak minta tolong aku, tapi sikit-sikit nak sergah-sergah! Entah sampai bilalah dia nak berbini kalau dah sikit-sikit sergah, sikit-sikit sergah… elok-elok bini tak ada sakit jantung, kahwin dengannya, terus meninggal kena sakit jantung! Elok pun Izham dijodohkan dengan perempuan sombong tu, mahunya tiap-tiap hari mereka terjerit-jerit macam Tarzan…He! He! He!
“Hey! Awak nak tolong saya ke tidak ni?” jerkah Izham lagi.
“Emm… okeylah! Tawaran pun bagus…”
“Kalau macam tu, lepas office hour awak ikut saya pergi shopping, beli blous dan skirt. Saya nak tukar imej awak. Takkan awak nak berlakon pakai macam ni?”
“Tukar imej? Cik Izham tak cakap pun kena tukar imej… kalau macam ni, tak jadilah!” Takkanlah aku nak pakai skirt? Hilang akal apa? Habislah imej macho aku…
“Anizan, kalau awak tak sanggup terima tawaran ni, saya berhentikan awak!” ugut Izham, sengaja mahu menunggu reaksi gadis itu.
“Okeylah, pakai skirt pun skirtlah! Janji jangan berhentikan saya, lagi satu kena buat satu agreement, Boss jangan ceritakan pada orang lain ye… malulah saya!” pinta Ijan. Mahunya tak malu, dah lah balik kampung Bos sendiri, seminggu pula tu.
Dah tu siap ubah-ubah imej lagi… kalau orang tahu tak ke malu. Dah tu sure kena gossip nak-naknya mulut si Fizah tu, mahunya satu building tu tahu…
Izham tersenyum. Gila! Takkan dia nak ceritakan pada orang. Ingat dia tak tahu malu? Kalau budak pejabat ni tahu, mahu dia jadi bahan kutukan sepanjang hayat. Mana tidaknya, punyalah banyak perempuan yang cantik-cantik dalam dunia ni, budak tomboy ini yang dipilihnya. Bukan apa, dia sudah tiada pilihan lagi untuk dicari dalam masa sesuntuk itu, tiga hari lagi nak balik kampung. Lagipun, Anizan je calon yang terdekat yang tak ada apa-apa komitmen lagi.

No comments: