Tuesday, November 4, 2008

YANG KALUT DIFIKIRAN - BAB 12

BAB DUA BELAS

Hatinya kosong, sekosong-kosongnya, ingin diisinya dengan cinta sepertimana yang pernah dilakukan satu ketika dulu. Cintanya sudah ada, sudah berada di hadapan mata, namun masih terlalu awal untuk dia memulakan, masih terlalu awal untuk dia meluahkan rasa hatinya terhadap si dia.

Andai diluahkannya, pasti dia tidak akan kecewa, dia yakin gadis itu akan menerimanya dengan senang hati. Malah akan menyayanginya dengan sepenuh perasaan. Tapi dia sendiri keliru dengan perasaan itu samada dia benar-benar menyintainya atau hanya kerana dia bersimpati.

Dia teringat kisah Mazwin yang pernah diceritakan padanya oleh Yanti, dan kerana itu dia seperti tidak mahu orang lain akan mengecewakan gadis itu kelak kerana kebanyakan lelaki tidak sanggup memperisterikan gadis yang sudah rosak. Mazwin adalah sahabatnya, mana mungkin seorang sahabat ingin melihat sahabatnya yang lain kecewa, dia bersimpati pada gadis itu, sangat simpati kerana itu juga dia terdorong untuk menyulam cinta.

Syahirwan tahu dia harus menolong gadis itu untuk terus hidup bahagia, hanya dia sahaja yang mampu berbuat begitu. Tapi dalam pada itu dia juga tak mahu dijadikan sandaran sementara, seperti yang selalu dikatakannya cinta sementara tiada dan juga tak mahu dijadikan pilihan terakhir hanya kerana membalas kekecewaan semalam.

Syahirwan merenung siling, pantas mengimbau ingatannya pada Mazwin. Cinta Haizam terhadap Mazwin dikhianati olehnya sendiri, dia teringin sekali menjalin kasih dengan gadis itu, baginya Mazwin sudah matang untuk menafsirkan tentang perasaan. Syahirwan tidak pernah setuju bila Mazwin asyik bercerita tentang Haizam, hatinya bagai dihiris-hiris bila bibir Mazwin asyik menyebut nama lelaki yang tidak selayaknya berada di sisi gadis itu, tapi adakah itu dikatakan cinta? Dia sendiri masih tidak menemui kepastian.

Tapi kerana perasaan yang tidak ketahuan itu juga, dia mengambil keputusan menghantar sms kepada Haizam, memberitahu perilaku Mazwin pada malam itu, dia mengajak Mazwin menari, bila dia sudah pastikan kehadiran Haizam, malam itu Haizam menyaksikan segala-galanya, Syahirwan bertanggungjawab di atas semua yang berlaku, tanpa pengetahuan mereka berdua.
Semua itu dilakukan kerana tanpa disedari, Syahirwan sudah terlanjur menaruh hati terhadap Mazwin dan tak akan membenarkan lelaki lain cuba mendekati gadis itu, Mazwin kepunyaannya dan dia mahu menjadi sebahagian dalam hidup gadis itu.

No comments: